Khamis, 19 Februari 2009

Apa kes.........(2)

Salam buat semua yang sudi membaca,
Merujuk kepada post yg terdahulu, saya begitu berminat sekali untuk memberi pendapat dan juga pandangan.
Ahmad Hafizal tiada nama sebaliknya Diana Danielle lebih dikenali.
Dan jika dibandingkan alasan yang digunakan oleh Diana dengan Ahmad Hafizal tentulah amat-amat berbeza.......walaupun kedua-duanya perlu bekerja untuk menyara hidup.
Mengikut cerita Ahmad Hafizal,beliau sudahpun berhenti sekolah waktu tingkatan 2 kerana perlu bekerja untuk menyara keluarga dan terputus terus dari alam persekolahan.Dan apabila membaca ceritanya,saya terfikir "Apakah yang menyebabkan pihak pendakwaraya begitu beria-ria ingin menghukumnya".Dan,mengapa beliau tidak boleh diberikan peluang kedua setelah mendengar alasan dan sebab yang diberikan.Mungkin kerana Akta PLKN yang telah ditetapkan sebegitu.........tapi orang yang telah dijatuhkan hukuman mati sekalipun masih boleh membuat rayuan.......pelik,kan.
Apapun kita tunggu pula apa cerita rayuan Diana Danielle dalam kes ini.

Renung-renungkan..........

Apa kes........

Diana Danielle Danny Beeson vs Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi
Monday, January 12, 2009
Kes 1 - Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri PLKN, pada 11 May 2005. Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang merupakan seorang daripada empat beradik kepada seorang ibu tunggal, telah berhenti persekolahan selepas tamat pelajaran tingkatan dua SMK Syed Alwi di Kayang. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara. Abangnya pula (21 tahun) dilaporkan berada di Melaka bagi mencari pekerjaan, dan dua orang adiknya berusia 16 dan 15 tahun. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya di mahkamah.Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk hukuman penjara 14 hari.
Kes 2 - Pelakon Diana Danielle Danny Beeson (gambar), 17, tidak akan mendaftar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini. Pelakon berkenaan membuat rayuan supaya diberi kelonggaran untuk menangguhkan penyertaannya dalam program itu yang sepatutnya bermula hari ini selama tiga bulan. Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak penggambaran sebuah filem berjudul Kecoh Betul. Menurut pengarah filem itu, Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana. Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari depan. Alasan penangguhan Diana itu tiada langsung dalam peraturan PLKN.

Selasa, 17 Februari 2009

Isu semasa

Salam,

Hampir sebulan tidak mengisi ruang ini......agak sibuk menguruskan anak-anak.Apa isu yang menarik sekarang ini yek?
Syukur alhamdullilah Gaza sudah di'bebas'kan.....walau tak tahu sampai bila.......dan bila-bila pun Israel Laknatullah itu boleh menyerang Palestin semula........dengan alasan demi mempertahankan tanahair mereka.
Oh ya!Baru-baru ini saya ada dengar satu isu dari sebuah stesen radio.......kisah isteri orang bercinta dengan suami orang.Emmm.......amat sensitif isu ini........amat menggusarkan bagi mereka yang sudah berumahtangga.Kekadang bukan salah pasangan masing-masing apabila si suami atau si isteri mula berpaling pada yang lain tapi lebih kepada perasaan yang tidak boleh dikawal.Sangka kita si isteri sudah cukup baik dan cantik tetapi rupanya ada yang lebih 'menarik' dari yang di rumah.Semua itu kerana nafsu.......Kalau ikutkan semua manusia ada keinginan namun manusia itu sendiri juga sepatutnya tahu membataskan keinginan mereka.......Tahu laluan mana yang patut dan yang betul.......

Sampai jumpa lagi.......fikir-fikirkanlah.......