Selasa, 24 September 2013

Kini sudah 2 tahun.....

Assalamualaikum.......

Alhamdullilah.....kini Nur Farah Airin sudah berusia 2 tahun.Kehadiran yang tidak dirancang adalah anugerah yang terindah dari Allah.Sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.










Special Rainbow Cake khas untuk Airin.........


Dan yang paling penting Ibu berjaya menyudahkan misi Ibu untuk BF Airin sehingga 2 tahun...dan masih belum sudah lagi sehingga hari ini.....Airin tak boleh terima susu Formula kalau dirumah....hehehheee.






Abang Fikri je takde dalam gambar sebab dia terlalu 'HENSEM' untuk diambil gambarnya :P



Ibu bersyukur Airin dilahirkan sihat walaupun kehadiran Airin tidak kami rancang.Kelahiran Airin juga amat mudah Ibu rasakan walaupun Ibu terpaksa tinggal di hospital selama 2 hari sebelum melahirkan Airin.Alhamdullilah Airin diberi kesihatan yang baik dan jarang saklit yang berlarutan.Semoga Airin akan menjadi anak yang solehah,baik,ceria dan penuh kasih-sayang sepertimana Ibu, Ayah serta adik-beradik Airin menyayangi Airin.



Salam sayang buat Airin dari Ibu,

21/09/2013




Isnin, 9 September 2013

Maaf...........

Hari semalam biarlah tinggal sejarah........
Sekali lagi anakku itu mencabar kesabaranku.......
Fahamilah wahai anakku......adalah menjadi tanggungjawap Ibu menegur kesilapan,tingkahlaku dan tuturkata mu jika ianya tidak betul.Adalah menjadi tanggungjawap Ibu dan Ayah untuk mendidik anak-anak kami dengan didikan yang betul berlandaskan agama Islam.Atau kami akan disoal oleh Allah kelak mengapa kami tidak menjalankan tanggungjawap kami sedangkan Allah telah kurniakan cahayamata kepada kami.
Maafkan Ibu anakku...dari saat kamu dilahirkan sehingga kamu telah menginjak remaja kini.....Maafkan Ibu jika Ibu bukan seperti Ibu yang kamu inginkan...Namun Ibu dan Ayah tidak pernah putus-asa untuk memberikan segala yang terbaik buat anak-anak kami mengikut kemampuan kami.......percayalah.
Apa yang terjadi malam tadi amat Ibu kesalkan...Ibu tidak berniat untuk menolak kamu berulangkali...namun perbuatan kamu benar-benar menguji kesabaran Ibu.Salahkah Ibu menegur kamu untuk mandi dan solat setelah balik dari meraikan hari lahir kawan kamu??Lama benar Ibu lihat kamu menggunakan Twitter kemudian FB kemudian Instagram....sehingga waktu Maghrib hampir tamat....Dan kerana teguran itu kamu campakkan telefon Ibu...Ya..betul telefon iitu tidak rosak....tetapi apakah tingkahlaku kamu itu wajar kepada teguran seorang ibu?
Wahai anakku Nur Farah Ain binti Basima Suryati,ampun dan maafkan Ibu jika teguran Ibu untuk kebaikan kamu tidak boleh kamu terima.Maafkan Ibu atas sikap kasar Ibu setiap kali kamu mencabar perasaan Ibu.Maafkan Ibu kerana tidak dapat memberi segala kemewahan yang kamu impikan.Ibu redha dengan segala dugaan yang Allah berikan...Ibu redha jika suatu hari nanti kamu akan lupakan kami sebagai Ibu dan Ayah....jika itulah yang tersurat dari Illahi.





Selasa, 3 September 2013

Selesai sudah.....

Alhamdullilah....selesai sudah puasa ganti dan puasa 6 semalam....Walaupun pelbagai rintangan dan halangan namun berjaya juga menghabiskan puasa sunat Syawal dalam bulan Syawal :P.
Dengan jamuan raya lagi lepas tu jemputan rumah terbuka belum lagi dengan ujian bulanan kaum wanita yang sekejap ada sekejap takde.....
Namun, alhamdullilah berjaya juga habiskan.....
Semoga sempat bertemu dengan Ramadan 1435...insyaAllah.....
Harap dapat menunaikan solat Tarawikh dengan sempurna....


Ya Allah,permudahkan untuk kami dalam menunaikan kewajipan yang telah Engkau tetapkan dan matikanlah kami dalam Husnul Khatimah.........
Amin.....