Selasa, 20 Januari 2009
anak kecil.........
Isnin, 19 Januari 2009
La la la..........
Semalam Lagu Terbaik 2008 dimenangi oleh Meet Uncle Hussein....tahniah.Sebenarnya tak berapa berminat nak nonton AJL tu sebabnya frust Fiq tak dapat masuk....Tapi oleh kerana TV kat rumah tu ada satu je dan suami tercinta nak nonton terpaksa le kita nonton jugak....:(
Tapi saya memang suka dengar lagu MUH iaitu La La La Kerjalah.....adakalanya macam terkena kat diri sendiri walaupun bab Diploma tu agak tak sesuai.......
Jumaat, 16 Januari 2009
Apabila ubat menjadi racun........
KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta untuk tidak menggunakan sejenis minyak angin dikenali sebagai Kwan Loong Medicated Oil kerana mengandungi kloroform.Menurut Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Eisah A Rahman, kloroform adalah sejenis bahan yang biasa digunakan sebagai pelarut bagi menambah kelarutan dalam produk berkenaan.“Terdapat tiga jenis minyak dari jenama Kwan Loong iaitu Kwan Loong Oil, Kwan Loong Medicated Oil dan Cap Dua Singa Kwan Loong Minyak Angin,” katanya.Menurutnya, pada 27 November lalu, Health Canada mengeluarkan kenyataan Kwan Loong Medicated Oil tidak boleh digunakan kerana mengandungi kloroform.
“Kenyataan yang dikeluarkan itu menunjukkan penggunaan kloroform pada manusia tidak dibenarkan mengikut Peraturan Dadah dan Makanan (Food and Drug Regulations) di Kanada,” katanya.
Menurut Eisah, ia tidak dibenarkan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kegatalan dan terbakar, malah boleh menembusi kulit dan menyebabkan kesan sampingan toksik.“Namun, produk berkenaan hanya didaftarkan bagi tujuan eksport dan tidak dibenarkan dijual di negara ini,” katanya.Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu bimbang kerana produk Cap Dua Singa Kwan Loong Minyak Angin yang didaftarkan untuk pasaran tempatan tidak mengandungi kloroform.“Oleh itu, pengguna tidak perlu bimbang mengenai isu keselamatan jika menggunakan produk itu,” katanya.
- sumber Harian Metro 16/1/09
Apa yang berlaku.......
Tak berapa tahu bagaimana rentak lagu ni sebenarnya tapi senikatanya sedikit sebanyak ada menyentuh perihal kemanusiaan.Betapa manusia adakalanya berlagak lebih berkuasa dari Tuhan......Betapa ada masanya manusia itu seringkali mengabaikan sensitiviti manusia lain.....
Dan, betapa hanya semangat juang sahajalah yang membuatkan seseorang manusia itu terus hidup..........Betapa keazaman dan semangat itu menjadi tunjang untuk terus berjuang demi satu kehidupan walaupun ianya tiada nilai pada manusia lain.
Apakah manusia itu tiada berakal.......menjadikan manusia lain sebagai alasan untuk mereka bertindak kejam.....
Apakah senjata yang ada pada sikecil ini sehingga Yahudi Laknatullah sewenang-wenangnya membunuh mereka ....atau mungkin hanya kerana mereka kaum Palestin????
http://www.israel-vs-palestine.com/gz/ - untuk mengundi sokongan anda pada Palestin........Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar........
Sabtu, 10 Januari 2009
Peta Palestin.......
Sabda Rasululullah saw "Tidak akan datang hari kiamat sehingga orang-orang Islam memerangi dan membunuh orang-orang Yahudi" - riwayat (Muslim)
Sabda Rasulullah saw "Barangsiapa berperang dengan tujuan agar agama Allah berjaya di dunia ini, maka ia berperang di jalan Allah" - riwayat (AlBukhori)
Daripada Jabir ra, bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda "takutlah kamu daripada melakukan perbuatan zalim kerana sesungguhnya perbuatan tersebut membawa kebinasaan kepada orang-orang sebelum kamu, mereka sanggup melakukan pertumpahan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang haram" - riwayat Muslim
Kebebasan......
Bebas......merdeka.....itu yang rakyat inginkan.Apa hak sesebuah negara untuk merampas kebebasan dan kebahagiaan rakyat negara lain?Apa perlunya peperangan sekarang ini,di zaman millenium ini?Membesar dalam keadaan merdeka tentulah berbeza dibandingkan sebelum merdeka dan saya pasti rakyat Palestin tua mahupun muda masing-masing inginkan suasana bebas......bukankah kita sudah berada di tahun 2009? Dimana sepatutnya setiap negara sudah bebas dari penjajahan.Atau mungkinkah mereka tidak akan merasa kemerdekaan hingga akhir hayat.........
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." - surah Al-A'raf ayat 167
Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti. Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.
Dan kita sebagai rakyat Malaysia akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saudara Islam di Palestin.......insyaallah.
Jumaat, 9 Januari 2009
Surah Al-Fil.......
Surah al fil:
"A'lam tara kay fafa 'ala rob'buka bi as-haa bil fil "A'lam yaj'al kaydahum fi tadhli lin Wa arsala 'alayhim 'tayran ababil "Tarmihim bi hijaratinm min sijjil Fa ja'ala hum ka asfin ma'kul"
- Baca sambil membayangkan kehancuran tentera Yahudi - Insyaallah.
Peperangan.........
Khamis, 8 Januari 2009
Mengapa wanita menangis...........
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab:”Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Setelah si anak menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, diabermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnyamenjadi sangat indah.”“Ku ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.”“Ku berikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walaukerap berulangkali menerima cercaan dari si bayi itu apabila dia telah besar.”“Ku berikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.”“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.”“Ku berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam keadaan apapun dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya.“Ku berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.” Sebab bukan kah “tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?”“Ku berikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.”
Dan akhirnya, Ku berikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus yang diberikan kepada wanita, agar dapat dia gunakan kapanpun dia inginkan.
“AnakKu, kecantikan wanita bukan lah pada apa yang dikenakannya, bentuk tubuhnya atau cara dia menyisir rambutnya. Tapi kecantikan wanita dapat dilihat dari matanya, karena disitulah jalan masuk menuju hatinya - sumber cintanya.”
- Sumber dari ratnaariani.wordpress.com
Rabu, 7 Januari 2009
Sekolah pun bermula........
Hari ini adalah hari ketiga anak-anak mula bersekolah.Saya sendiri pun baru mula bekerja hari ini kerana bercuti selama 2 hari untuk menyelesaikan hal persekolahan.Hari ini juga Farah perlu melalui waktu persekolahannya tanpa kehadiran kami berdua........macamana yek?Selagi dia di sekolah saya tak risau sangat tapi yang saya risau ialah waktu balik sekolah,betul ke dia naik kereta Tok Nab tu.Kalau ikutkan tak de la susah sangat untuk dia mengenali Tok Nab sebab dah kenal, orang yang sama hantar abangnya ke sekolah tahun lepas,lagipun Tok Nab bawa kereta bukan van @ bas warna kuning tu......Tadi dah telefon taska tempat singgah Farah sementara nak ke sekolah agama......rupanya dia dah sampai dan sudahpun siap.Alhamdullilah,kira dah selamat le 1/2 hari ni......Esok macamana pulak?
Jumpa lagi di lain kali,insyaallah.
Ahad, 4 Januari 2009
Makan-makan..........
Dan, ini pulak Beef Steak Blackpepper ibu punya....heehee.....tapi masih tak boleh beat Big Plate punya presentation........marvelous......^=^
Sabtu, 3 Januari 2009
Gunting rambut.........
Klu ikutkan nak gunting rambut ala-ala Mawi.....bukan apa lambat sikit panjangnya.Tapi dah pernah buat macam tu,2-3 hari jugak le mengamuknya sebab dah tak boleh buat rambut pacak....ala macam style punk tu.Tak tahu apasal minat rambut macam tu.......
Ini sesi menggunting rambut.......baru le kemas sikit klu tidak macam baru bangun tidur je rupa dia......:)
Ok le nanti saya update lagi......mungkin dengan gambar hari pertama persekolahan anak-anak..........
Jumpa lagi,insyaallah.
Alam Persekolahan.......
Semalam hantar Farah untuk menjalani orientasi darjah 1.....Macam biasa,semua ibubapa diberi taklimat mengenai aktiviti,perkara yang perlu dipatuhi dan pelbagai lagi maklumat yang perlu diketahui oleh ibubapa dan juga para pelajar baru.
Farah berlatarbelakang sekolahnya
Sampai je kat sekolah,kami 'terpaksa' lepaskan Farah sebab semua pelajar perlu beratur mengikut kelas yang telah ditetapkan.Dibandingkan tahun lepas,macam tak ramai pulak murid tahun ni.......
Farah di dalam kelas 1 Gigih
Harap prestasi Farah bagus sebab 3 bulan pertama ini semua murid Tahun 1 perlu melalui beberapa peringkat ujian bagi mengenalpasti tahap pengetahuan dan kebolehan dari segi pembacaan,penulisan dan juga pengiraan.Dari keputusan ujian2 tersebut,barulah murid2 akan ditempatkan didalam kelas yang tetap sehingga akhir tahun.Well,that's seem so easy.......tapi tengok abang dia tahun lepas kurang le memberangsangkan........budak lelaki agaknya.Walaupun dia naik 1 kelas tapi keputusan peperiksaan dia seringkali kurang memuaskan,melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku sebab tidak membaca soalan dengan baik......dlm ertikata lain,nak cepat siap......:P
Sesi mewarna
Lepas dah siap mewarna dan selesai membayar yuran sekolah,Farah dibenarkan balik......sekejap je.Bila tanya seronok ke sekolah........seronok.Tapi tak tahu le nanti,kan..........Itu belum pegi sekolah agama lagi......hari Isnin Farah kena pergi 2 sekolah,pagi sekolah kebangsaan dan petang pergi sekolah agama.
That's all for now....jumpa lagi insyaallah.