Semalam hantar Farah untuk menjalani orientasi darjah 1.....Macam biasa,semua ibubapa diberi taklimat mengenai aktiviti,perkara yang perlu dipatuhi dan pelbagai lagi maklumat yang perlu diketahui oleh ibubapa dan juga para pelajar baru.
Farah berlatarbelakang sekolahnya
Sampai je kat sekolah,kami 'terpaksa' lepaskan Farah sebab semua pelajar perlu beratur mengikut kelas yang telah ditetapkan.Dibandingkan tahun lepas,macam tak ramai pulak murid tahun ni.......
Farah di dalam kelas 1 Gigih
Harap prestasi Farah bagus sebab 3 bulan pertama ini semua murid Tahun 1 perlu melalui beberapa peringkat ujian bagi mengenalpasti tahap pengetahuan dan kebolehan dari segi pembacaan,penulisan dan juga pengiraan.Dari keputusan ujian2 tersebut,barulah murid2 akan ditempatkan didalam kelas yang tetap sehingga akhir tahun.Well,that's seem so easy.......tapi tengok abang dia tahun lepas kurang le memberangsangkan........budak lelaki agaknya.Walaupun dia naik 1 kelas tapi keputusan peperiksaan dia seringkali kurang memuaskan,melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku sebab tidak membaca soalan dengan baik......dlm ertikata lain,nak cepat siap......:P
Sesi mewarna
Lepas dah siap mewarna dan selesai membayar yuran sekolah,Farah dibenarkan balik......sekejap je.Bila tanya seronok ke sekolah........seronok.Tapi tak tahu le nanti,kan..........Itu belum pegi sekolah agama lagi......hari Isnin Farah kena pergi 2 sekolah,pagi sekolah kebangsaan dan petang pergi sekolah agama.
That's all for now....jumpa lagi insyaallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan