Jumaat, 6 Mac 2009

Pesanan buat anak.........


Salam buat anak-anakku,

Maafkan Ibu dan Ayah jika tidak dapat memenuhi segalanya yang diingini,walaupun sepanjang usiamu Ibu dan Ayah sentiasa bekerja keras untuk kalian.Sesungguhnya kami amat bertuah memiliki kalian sebagai permata hati kami dan lebih bertuah dan betapa gembiranya kami jika segala kasih-sayang kami dibalas juga dengan kasih-sayang dan rasa hormat kalian........Tidak sabar untuk melihat kalian dewasa kerana mungkin di waktu itu kalian akan memahami kepayahan kami dalam membesarkan kalian..........Betapa kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak kami dengan harapan kalian akan lebih berjaya dalam hidup dibandingkan dengan kami.
Tiada ibubapa yang ingin melihat anak-anak mereka susah dan sedih.......kesedihan kalian adalah kesedihan kami.Sedaya-upaya kami cuba untuk berusaha demi anak-anak kami........
Buat anakku Muhammad Fikri,
Abang seorang anak yang baik,amat baik seperti kata guru tadika dan guru sekolah abang.......Ibu doakan semoga abang akan terus menjadi seorang anak dan seorang abang yang baik dan berjaya dalam hidup.
Buat anakku Nur Farah Ain,
Ibu dan Ayah sentiasa ingin memenuhi permintaanmu namun ada masanya kami tidak mampu.Ibu amat berharap semoga Farah akan menjadi anak yang lebih baik dalam berkata-kata........semoga dirimu akan cuba belajar menghormati kami sebagai ibubapa.Kami juga sentiasa cuba memahami dirimu lantaran usiamu yang masih muda.Semoga Farah akan menjadi anak yang lebih baik apabila meningkat dewasa nanti.
Buat anakku Muhammad Firdaus,
Tiada pesanan lain yang ingin Ibu sampaikan kecuali berdoa semoga dirimu akan membesar sebagai seorang anak yang baik dan berjaya dalam hidup.

Sesungguhnya Ibu dan Ayah sentiasa,selalu,amat,sungguh dan tidak pernah lupa untuk menyayangi kalian......permata hati kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan