Ahad, 22 Mac 2009

Lawatan ke Melaka bermula........

Salam buat para pembaca,

Tarikh : Jumaat bersamaan 20hb Mac 2009 .
Perjalanan kami ke Melaka sempena cuti sekolah kali ini bermula jam 730 pagi dan setelah singgah di Petronas untuk mengisi minyak dan membeli sedikit sarapan pagi,kami tiba Ayer Keroh jam 930 pagi.Seronok juga kerana kami pun dah lama tak ke sini,lawatan yang terakhir adalah lebih-kurang 7 tahun lepas dan pada masa itu kami cuma pergi sekejap sahaja dan tak bermalam pun disini sekadar berjalan-jalan di sekitar bandar Melaka.
Oleh kerana masih terlalu awal untuk check-in di Ayer Keroh D' Village maka kami sekeluarga singgah dulu di Zoo Melaka.Perancangannya memang begitu kerana memikirkan waktu sembahyang Jumaat nanti kami tak boleh nak kemana-mana kerana suami saya perlu menunaikan solat Jumaat.
Jam 930 pagi.
Sessi perjalanan kami di Melaka bermula dengan melawat Zoo Melaka.


Ketika menonton pertunjukan burung Cacatua serta orangutan.
Seronok juga sebab pertama kali menonton acara sebegini.....mungkin lain kali kami dapat melihat aksi ikan pula....
Terpegun sekejap Muhammad Firdaus....:-O



Dalam perjalanan untuk melihat zirafah.Zoo Melaka ni terlalu luas sehingga ada tempat yang tidak sempat kami singgah.Bila bawa anak-anak ke tempat sebegini yang mana perlu banyak tenaga untuk berjalan maka kami terpaksa la menyingkatkan masa lawatan kerana masing-masing mula menunjukkan pelbagai jenis perangai.





Firdaus sedang melayan perasaan sambil menghilangkan dahaganya......
Kebetulannya hari itu panas terik.......





Kini kami di arena menunggang kuda.
Harga tiket utk dewasa bersama kanak-kanak adalah RM4.
Bagi kami yang pertama kali menunggang kuda ni.....heeeheee
ngelabah jugak.Macam-macam perasaan ada.....



........macho la tu :-P



Setelah penat puing satu zoo......Ice Cream time...:-)
Masing-masing dapat satu kecuali ibu dan ayah......:-(





Betul ke harimau ni??? - Firdaus














Posing la pulak Nur Farah Ain ni.....;-)
Diluar bilik pameran haiwan yang sudah pupus,mati dan tidak sempat dilahirkan.Ada juga carta-carta menunjukkan bagaimana proses kewujudan haiwan itu berlaku,proses kelahiran dan kehidupan haiwan.Menarik bagi kanak-kanak yang tidak pernah melihat proses tersebut......





Buaya dari Puchong........Tapi tak pasti lak samada real atau tidak sebab dah keras.


Perjalanan pusing-pusing Zoo Melaka tamat lebih-kurang jam 11 pagi tapi panasnya macam dah jam 12 tengahari.Sebenarnya banyak gambar yang telah diambil namun tidak dapat nak dipamerkan semuanya.....Ini diantara gambar-gambar yang menarik untuk tatapan semua.....Dan,seterus perjalanan ke Ayer Keroh D' Village......dalam post lain,ok.

Sampai jumpa lagi.......

Wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan