Baru-baru ini ada sahabat baik saya mengajak saya sebagai downline dia dalam satu jenis kumpulan yang saya tak pasti nak sebut samada sejenis dengan UPTREND ataupun MLM.Yang pasti kumpulan aka syarikat yang sahabat baik saya masuk ini juga memerlukan downline bagi memastikan bonus upline.Saya dengan lemah lembut telah menolak pelawaan sahabat baik saya itu dengan harapan dia tidak berkecil hati kerana saya fikir saya belum cukup susah dan terbelenggu hingga memerlukan income yang beribu-riban setiap hari mahupun setiap bulan.Bukanlah bermakna saya hendak hidup susah tetapi saya masih yakin dengan income saya dan suami setiap bulan untuk membayar apa jua jenis perbelanjaan kami.Lagipun kami sentiasa membuat kira-kira setiap bulan bagi memastikan perbelanjaan kami tidak melebihi had dan masih lagi ada peruntukan untuk simpanan dan perbelanjaan sampingan sekiranya berlaku kecemasan dan setakat ini alhamdullilah rezeki yang diberkati Allah sentiasa mencukupi walaupun tidak mewah.
Mengapa saya tidak mahu?
Entahlah......mungkin kerana ada kawan-kawan suami saya pernah terlibat,terkena dan malahan tiada perubahan dalam hidup apabila menyertai skim atau syarikat mudah dapat duit ini menyebabkan kami juga kurang berminat untuk menyertainya.Lagipun hendak menyertai satu-satu kumpulan memerlukan kita mengeluarkan modal yang agak besar yang kami rasa agak payah untuk dikeluarkan.Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah dan kami tidak mahu jadi susah atas sebab kesilapan kami sendiri.....Saya sering juga melawat blog sahabat baik saya ini,membaca tentang kejayaannya mendapat sokongan dan imbuhan......namun ianya masih belum mampu buat saya tertarik untuk menyertainya kerana saya masih tidak nampak apa yang cuba dijual oleh syarikat ini.Dan apabila kita tidak yakin tentang halal dan haramnya lebih baik kita tidak menyertainya...itu pendapat saya.Saya takut nak beri makan minum anak-anak saya apatah lagi ibubapa saya sedangkan saya tidak yakin dari mana imbuhan yang diterima itu datang.......Walaupun sahabat baik saya telah cuba menyakinkan saya bahawa syarikat ini benar-benar telus tapi saya sendiri pun belum berjaya menyakinkan diri saya untuk turut serta.Terima kasih pada sahabat baik saya kerana bersedia membawa saya berjumpa dengan Upline dia untuk memberi maklumat lebih lanjut memandangkan saya masih belum yakin namun saya tidak dapat memenuhi keinginan dia kerana saya tidak berminat.Dan bukanlah saya nak kata imbuhan yang sahabat baik saya terima itu tidak halal...TIDAK.....cuma kerana saya yang tidak yakin maka saya tidak mahu menyertainya.....Apabila kita tidak yakin samada makanan itu halal atau haram adalah lebih baik kita tidak menjamahnya dan haram apabila kita memakannya.........Dan terlalu banyak yang saya baca mengenai syarikat/MLM/Uptrend dan sebagainya......
Namun sebagai sahabat baik saya cuba untuk memberi sokongan kepada teman saya itu walaupun bukan sebagai downline dia.Dan saya harap dia akan berusaha mencapai apa yang diinginkan dan berjaya.Saya masih bersyukur dengan rezeki yang diterima biarpun kecil namun 100% halal insyaallah kerana saya terima setelah saya penat bekerja 8 jam 1 hari selama lebih kurang 24 hari 1 bulan dan bonus yang akan saya terima adalah apabila anak-anak saya berjaya dalam pelajaran atas keberkatan rezeki yang kami cari .
Janganlah salah anggap dengan catitan ini sahabat....ianya hanyalah luahan rasa yang tidak dapat disampaikan secara terus kerana bimbang sahabat akan berkecil hati.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan