Salam,
Emmmm........apa boring sangat nak buat kerja ni???? Oh patut le esok nak cuti....cuti gantian Deppavali hari tu belum diambil........Nasib baik gak ambil cuti esok sebab sekolah anak2 pun ada buat jamuan akhir tahun,masing-masing nak bawa bekal......jadi esok kena la siapkan bekalan mereka.Dah hampir habis dah tahun ni dan rasanya baru je hantar Farah Ain masuk darjah satu dan tak sampai 2 bulan lagi dah nak hantar dia masuk darjah 2 pula dan Firdaus pula dah masuk tadika tahun depan....dah 5 tahun dah! Fikri pula akan naik darjah 3....emmmm tak tahu le anak2 akan masuk kelas mana pula tahun depan.....SURPRISE!Hari-hari tanya dengan anak2 dah tahu ke masuk kelas apa tahun depan tapi jawapannya hampa belaka.Bukan apa,bila dah tahu dapat kelas apa dapatlah kita kaji setahun yang dah berlalu tu pelajaran anak kita ni semakin meningkat ke atau semakin menurun,kan.Lagipun kalau masuk kelas pertama ke ketiga tu persaingan dalam pelajaran pun tinggi juga dan lebih baik tapi tak boleh nak cakap le bebudak sekolah rendah ni......ada masa rajin membaca ada masa nak buka buku pun payah......
Kalau nak paksa baca buku pun susah juga,bila dipaksa lagi bertambah malas......tapi kalau tak dididik sekarang takut nanti masa dah naik darjah 5 @ 6 lagi bertambah malas....camno? Masa tu kan tahun kritikal sebab nak ambik UPSR....kalau masa tu masih ada lagi la UPSR........Apapun setiap ibu itu sentiasa mendoakan dan mengharapkan yang terbaik buat anak-anak.Saya cuba untuk mengamalkan sikap tidak memaksa dengan anak2 melainkan ketika itu musim peperiksaan sebab saya tahu masa usia sebegini masih ada lagi sikap aktif bermain apatah lagi ada adik yang masih kecil.Kalau kita memaksa anak2 membaca setiap hari pun kesian juga sebab macam anak2 saya, mereka berdua sekolah pagi hingga petang,lepas tu malam perlu ke kelas mengaji, dah habis mengaji saya cuma boleh minta mereka sediakan jadual sekolah untuk esok dan lihat samada ada kerja sekolah yang diberikan oleh guru.Kesian bila lihat anak2 tertidur masa sedang menyiapkan kerja sekolah.....penat.Ada ibubapa yang hanya menghantar anak2 ke sekolah kebangsaan sahaja kerana risau anak2 penat tapi saya dan suami terpaksa menghantar mereka ke sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama bagi membekalkan pengetahuan yang seimbang lebih-lebih lagi dalam dunia zaman sekarang......satu cabaran dalam mendidik anak2.
Jumpa lagi.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan