Khamis, 31 Disember 2009

Selamat tinggal 2009.......

Salam,
Hari ini hari terakhir dalam tahun 2009 dan sepanjang tahun ini banyak perkara yang saya tempuhi dan alami.Ada yang gembira, ada yang sedih, ada yang mencabar dan ada juga yang menarik.Apapun yang telah berlaku tidak pula ingin saya ubah kerana setiap sesuatu itu ada hikmahnya dan di tahun 2010 yang bakal tiba ini kehadiran ahli baru keluarga kami adalah sesuatu yang amat dinantikan.....insyaallah.
Pada teman-teman yang mengenali diri ini saya doakan semoga kita akan berjaya menempuh lagi satu episod baru dalam hidup di sepanjang tahun 2010.
Jumpa lagi di tahun 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan