Khamis, 21 Januari 2010

Bila cemburu melebihi rasa sayang...

Salam,
Ini sekadar luahan hati dan pendapat sendiri dimana ianya tidak bermaksud untuk melibatkan mana-mana pihak.
Oleh kerana saya telahpun berkeluarga maka saya berani untuk memberikan pendapat dan menyampaikan apa yang dirasakan.Jika ianya berlainan dengan apa yang pembaca rasakan itu adalah kerana ianya adalah pendapat peribadi saya dan ianya tidak perlu sama dengan pendapat orang lain.
Pada saya suatu perkahwinan itu berlandaskan rasa kasih diantara 2 perasaan yang ingin disatukan agar ianya mendapat restu keluarga dan rahmat dari Illahi.Seperti satu artikel yang saya baca tajuknya 'Jangan cari suami tapi carilah ayah untuk anak kita....."Emmm......pelbagai reaksi yang saya rasa bila baca tajuk tu.Pada saya kedua-duanya penting - suami dan ayah kepada cahayamata kita.Suami kerana kita perlukan dia untuk berkongsi segala macam perasaan dan mengharungi hidup bersama dalam susah dan senang. Ayah pula sudah tentulah kerana kita akan melahirkan zuriat hasil kehidupan kita bersama.Memang ada perkahwinan seawal beberapa bulan telah terlerai malah ada juga yang sudah masuk usia 60 tahun juga terlerai namun semuanya berbalik kepada pasangan tersebut.Janji yang dimeterai mula-mula dulu haruslah sentiasa dipegang - walau apapun yang terjadi kita harunginya bersama.Melainkan pasangan kita itu benar-benar membuatkan kita susah,terseksa dan memberikan tekanan perasaan maka terpaksalah kita akhiri ikatan itu.
Dan, saya sendiri amat-amat menghargai ikatan diantara saya dengan suami kerana saya masih ingat betapa payahnya untuk kami sampai ke tahap ini - tahun ini adalah tahun ke 10 perkahwinan kami.Walaupun ada waktunya saya agak tertekan dengan kesibukan melayan kerenah anak-anak dan jadual kerja suami yang tidak menentu namun saya lebih menghargai waktu kami bersama.Jadi apabila ada yang bercerai atas alasan cemburu saya agak itu adalah alasan yang terlalu cetek.Siapa yang tidak cemburu kalau kita kerja disini dan pasangan kita kerja nun jauh dari mata tapi kita harus ingat semua itu adalah ujian bagi mengukuhkan kasih sayang kita bersama.Dan yang penting kita jaga hati, perasaan juga jaga makan minum pasangan kita tentu kasih sayang itu sendiri akan bercambah tanpa perlu ada paksaan.Rasa saling hormat dan memahami membuatkan kita sentiasa mesra.......Cemburu memang perlu namun jika keterlaluan emmm....teruklah dan menyusahkan.Bukanlah saya nak kata saya tidak pernah bergaduh dengan suami saya dan seolah-olah kami mesra 24 jam.Tak seronoklah pulak kalau tidak ada gaduh sikit-sikit ialah bukan semua perkara kita sependapat namun saya cuba elakkan dari sesuatu isu itu berpanjangan....lebih-lebih lagi bila dah lama duduk serumah pasti ada je yang kita rasa tak puas hati samada dengan pasangan atau anak-anak.Dan, Farah Ain tahu tahun ini tahun ibu dia - Tahun Harimau.....heeehehhee.Dan suami saya kata patut le saya garang rupa-rupanya lahir tahun Harimau dan suami pula lahir tahun Arnab. Harimau + Arnab....emmmm.Tapi garang bertempat yek.......!Nampaknya lepas ni ada '2 HARIMAU' dalam rumah - saya dan anak yang bakal dilahirkan ini.......hahaahahaha.
Namun itu semua terserah pada gerak hati masing-masing dan saya percaya perbincangan adalah satu tindakan yang lebih bernas dari terus menghukum tanpa mengadili........
Buat suamiku tiada harga yang dapat menilai rasa sayang ini semoga kita akan terus bersama mengharungi susah senang bersama....
Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan