Rabu, 29 Jun 2011

3D scan sekali lagi......

Minggu dah masuk 27 minggu usia kandungan saya......kejap je,kan....

InsyaAllah, 2 Julai 2011 ini saya sekali lagi akan melakukan 3d scan utk baby baru ini.....Rasa tak sabar juga nak lihat keadaannya..mungkin kerana apa yang berlaku diluar jangkaan jadi saya amat-amat berharap agar anak ini berada dalam keadaan sihat walafiat sebagaimana abang dan kakaknya.


Walaupun doktor telah beritahu kemungkinan besar baby ni baby perempuan...saya sebenarnya tidak kisah perempuan atau lelaki memandangkan memang dah ada 2 pasang......apa yang Allah kurniakan tetap saya syukuri.


Nama?memang saya dah siapkan....walaupun En suami belum berapa setuju namun saya pasti akhirnya dia akan terima kerana biasanya dia memang jarang berusaha nak survey nama-nama ni.......


Barangan baby?Mungkin saya cuma perlu cari sedikit sahaja baju baru kerana baju Arissa masih elok lagi....


Cuma tinggal lebih kurang 3 bulan lagi utk melahirkan.....walaupun yang ke 5 tapi perasaan sebak,teruja dan seronok masih seperti baru pertama kali melalui proses ini.


Tak sabar nak menunggu 2 Julai 2011..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan