Isnin, 12 Ogos 2013

Selepas Aidilfitri...

Salam semua,

Hari ini kembali bertugas...mood raya memang tidak berapa nak ada mungkin kerana faktor usia.Sekarang ini hanya seronok meraikan anak-anak...masak-masak dan sediakan keperluan mereka.Tidak ada istilah berbaju lip-lap,bertumit tinggi atau bertudung 3 layer kerana kesempatan untuk membeli-belah memang tiada.Kalau ada waktu untuk membeli pun hanya mencari pakaian anak-anak....
Seronokkah Aidilfitri anda semua?Alhamdullilah kerana Allah masih memberi peluang padaku untuk meraikannya bersama keluarga.Cuma yang tidak seronoknya masih belum lagi duduk-bersalam-bermaafan dgn suami dan anak-anak.Dikampung hari tu mana ada peluang nak duduk tenung-tenung mata-menangis bagai sebab ipar-duai sibuk bermaafan dengan ibubapa mertua dan sibuk menghulur duit raya pada anak-anak saudara.
Harap nak ambik gambar di studio pun tak dapat sebab asyik tak betul je program yang dirancang.Apapun akan pi juga studio sbb belum ambik gambar raya kami anak beranak.Boleh juga hulur sekeping pada Mak....asyik hulur ke Bukit Pekan jek.
Aku memang asyik rasa boring jek sekarang ni....agaknya sebab kerap sangat beraya di Perak.Rasa macam aku lebihkan orang sana walau hakikatnya aku cuma mengikut kemahuan suami dan anak-anak yang lebih seronok beraya di kampung.Nak buat camne,nenek tinggal di Cheras kalau nenek tinggal di Pekan,Pahang lama dah ibu bawak kalian balik sana bila raya..ahhh...tak yah tunggu raya la...asal cuti sekolah je mesti ibu bawa kalian.Seronok sebab kat sana boleh mandi sungai..(klu sungai ada lagi la...)..kat Bukit Pekan mana ada sungai...air kat rumah pun bercatu...seksa kalau time perut tengah memulas...huhuhuuuu.

Abang,sempena Aidilfitri yang ke 13 kita bersama,Ima mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki semoga abang redha dengan isteri abang ini.Andai ada kata-kata dan tingkah-laku yang menyinggung perasaan abang,ampunkan Ima kerana Ima juga ada tekanan perasaan yang tidak mampu disimpan hanya didalam hati.Adakalanya Ima tidak mampu berterus-terang sedangkan kata-kata tergumpal didalam benak hati meronta untuk diluahkan.Kerana tidak mampu untuk meluahkan hanya airmata yang mengalir untuk melegakan hati yang sesak.

Semoga kita akan tetap bersama dunia dan akhirat,Amin.

Wassalam,
12/08/2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan