Walaupun sebelum ini tidak berminat untuk berpindah kemana-mana sehinggalah pencen nanti dan membuat rumah diatas tanah yang suami saya beli....tetapi kerana suami saya beria-ria ingin membeli rumah teres idamannya saya pun dah jadi macam begitu berminat 'searching' dalam internet mana-mana projek perumahan baru yang mampu dimiliki di kawasan Sepang,Dengkil,Semenyih dan Kajang.
Kenapa di kawasan sana? Sebabnya suami saya telah mula bertugas di Cyberjaya kerana sekarang ini perjalanan dari rumah kami ke Cyberjaya mengambil masa diantara 40minit ke 1 jam bergantung kepada keadaan trafik.Walaupun saya sendiri tidak pasti berapa lama dia akan bertugas disana .Saya malas nak berpindah-randah ni kerana perlu mengotakkan semua barang terutama pakaian.....macam dulu semasa berpindah keluar dari rumah sewa ke rumah sekarang ni, memang banyak le kami 'let go' t'shirt.Baju-baju tersebut bukan le tak elok malah ada yang kelihatan masih baru tetapi dek kerana dah terlampau banyak sampai berkotak-kotak jadi kami mengambil keputusan untuk menghantar sebahagian ke pusat kitar semula dimana mereka terima baju-baju lama yang masih dalam keadaan baik.
Yang saya risau ialah apabila suami habis belajar nanti....kira-kira 2 1/2 tahun lagi, dia akan mencari kerja lain yang sesuai dengan kelulusannya dan perlu kembali bertugas di Kuala Lumpur dan perjalanan ke tempat kerja kembali jauh.......melainkan dia mendapat peluang kenaikan pangkat berdasarkan kelulusannya kemungkinan dia akan terus kekal bekerja di situ.....semuanya bergantung pada situasi kerja dia.
Emmm......kembali kepada cerita rumah baru ni, saya lebih berminat kepada rumah 1 tingkat walaupun suami saya lebih suka 2 tingkat.Well....memang apa yang suami saya katakan ada logiknya....20x70 1 tingkat lebih kecil dibandingkan 20x70 2 tingkat tapi saya lebih pentingkan tahap kerajinan saya dimana saya kena panjat tangga semata-mata nak mengambil baju sehelai di tingkat atas.......lenguh tu.Apapun semuanya terserah pada kewangan kami.......jika suami saya mampu membeli rumah 2 tingkat maka saya pun tidak boleh buat bantahan kerana hujung bulan nanti dia yang akan membayarnya,bukan!
Tengok la nanti jika ada rezeki kami untuk mendiami rumah teres pula...........
Ima.. kalu rumah tuh le mmg lawa ler.. usaha tangga kejayaan...
BalasPadamkalau ikutkan memang rumah tu...sebab rumah tu sudah dibuka untuk tempahan tapi masalahnya belum tentu lagi nak tinggal area sana sebab husband pun tak tau lagi berapa lama dia kekal dengan company tu terutama pas dia dah habis belajar nanti.......
BalasPadam