Jumaat, 20 November 2009

Antara EXORA dengan Perodua D46T.......


Salam,

MPV Perodua sudah hampir untuk diperkenalkan.....
Bila lihat dalam gambar cantik juga.......boleh dikatakan hampir nak sama dengan EXORA walau nampak ia lebih sporty.Ruangnya nampak sedikit kecil-menepati kata orang2 PERODUA ianya sesuai untuk keluarga bersaiz kecil dan orang muda yang ingin menggunakan MPV yang lebih kecil dan sporty.Saya pernah naik AVANZA dan rasa kurang selesa sebab ruang belakangnya agak sempit dan kurang sesuai jika penumpang tersebut agak bersaiz besar-orang mengandung macam saya contohnya......^~^.....masa tu kebetulan duduk 3 orang dibelakang emmm lagi le sesak......Mungkin kalau budak2 sahaja takde la rasa sempit tetapi akan jadi masalah bila ada keluarga kita yang ingin tumpang balik kampung ke atau kemana sahaja......Suami masih berminat dan sentiasa 'WISH' dia akan dapat kenderaan kesukaannya itu walaupun saya kurang setuju kerana memikirkan harga bulanan yang perlu kami tanggung untuk sekurang-kurang 9 tahun dan bayaran maintainance yang pastinya melebihi RM1K.Saya lebih berminat pada EXORA memandangkan HL nya sudah menyediakan LCD yang memang anak2 sentiasa minta - "kereta Cik Li pun ada TV" (adik ipar yang menggunakan ISWARA)......emm camna tu?Kalau kereta orang lain ada camne kereta kita takde tapi bila fikir nak pasang LCD kat kereta KANCIL cam tak logik la pulak lagipun saya risau mengganggu pemanduan suami nanti......Kalau ikutkan kami sudah boleh menempah EXORA sebab kereta lama kesayangan kami tu dah lama habis dibayar namun suami mahu menunggu hingga masa yang sesuai (yang tak tahu bila lagi) kerana katanya kekadang hujung tahun syarikat kenderaan ada buat promosi baru samada dari segi harga ataupun design.So,kami tunggu je la....walaupun anak2 cam tak sabar.Lagipun,insyaallah kalau dah ada 4 orang anak tentu dah tak sesuai menggunakan KANCIL lagi,kan..........Walaupun begitu kami tetap membincangkan hal EXORA ni terutama mengenai warna yang menjadi pilihan kami.......Saya prefer HITAM dan suami prefer PUTIH dan kemungkinan kami sepakat memilih KELABU (HITAM+PUTIH=KELABU).
Tapi saya masih tak mahu mengalah untuk memujuk suami agar memilih warna HITAM jugak......nak jugak....
Jumpa lagi.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan