Khamis, 26 November 2009

Salam Aidiladha.......

Salam,
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan salam AIDILADHA walaupun perayaan ini sebenarnya lebih meriah bagi mereka yang menunaikan HAJI dan bagi mereka yang melakukan ibadah korban.........

PENGORBANAN.........
Masih terfikir-fikir apakah PENGORBANAN BESAR yang telah saya lakukan untuk emak saya..........masih belum ada rupanya.Setakat ini saya cuma dapat berkorban masa dan tenaga dan buat sumbangan biasa-biasa sahaja sebagai penghargaan untuk jasa emak membesarkan saya selama ini.Walaupun emak tak minta tapi bagi saya oleh kerana itu sahaja yang mampu saya beri buat masa ini dan juga demi perasaan sayang anak untuk emak maka saya fikir itu adalah kewajipan saya untuk memberinya walau ada waktunya tidak seberapa.......Saya harap jika tiba saat pengorbanan sebenar perlu dilakukan saya akan bersedia.......Dan untuk suami dan anak-anak pula rasanya lebih kepada tanggungjawap sebagai isteri dan ibu,kalau itu dikira satu pengorbanan maka telah hampir 10 tahun saya melakukan pengorbanan sebagai isteri dan ibu.Tugas sebagai isteri dan juga ibu pastinya menuntut satu pengorbanan walaupun setiap individu berbeza kehidupannya.Walaupun ada masanya saya dan suami bertegas dalam mendidik anak-anak, saya pasti itu adalah tanggungjawap kami untuk memastikan anak-anak lebih menghormati dan menghargai kami sebagai ibubapa.Zaman sekarang terlalu banyak kisah anak-anak yang tidak lagi mahu bertanggungjawap atau menghargai jasa ibubapa hingga buat saya bimbang seandainya diperlakukan begitu suatu masa nanti.Pada saya didikan asal ibubapalah yang membentuk keadaan anak-anak di masa hadapan namun apabila anak-anak tidak menjadi sepertimana yang kita harapkan ianya bukanlah salah ibubapa sepenuhnya kerana apabila mereka dewasa dan punya akal sendiri segala pertimbangan dan perbuatan adalah tanggungjawap anak-anak itu sendiri.Maka terserahlah pada mereka samada hendak menghargai jasa dan pengorbanan ibubapa atau terus menidakkannya dengan melupakan ibubapa masing-masing.Sedihkan..........
Semoga kita sebagai ibubapa akan terus dihargai anak-anak dari kecil hinggalah ke akhir hayat kita.......Satu pengorbanan yang kecil sekarang ini akan menjadi satu tanggungjawap yang besar suatu masa nanti......
Jumpa lagi......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan