Khamis, 17 Disember 2009

Hari Lahir Firdaus

Salam,
Hari ini adalah hari lahir anak saya yang ke 3 - Muhammad Firdaus sudah pun berusia 4 tahun dan akan mula masuk tadika tahun depan.......
Cikgu dan teman-teman mengatakan dia nampak kecil malahan abang dan kakak dia pun cakap macam tu.......emmm saya fikir mungkin kerana dia lahir hujung tahun dan ketika mengandungkan dia saya memang tidak begitu selera macam masa mengandungkan abang dan kakak dia.Tapi tak tahu la samada itu penyebabnya dan kalau ikutkan dia memang suka makan terutama roti krim dan krim itu dia makan dulu baru makan roti cuma badan dia tak besar jek........Apapun janji dia sihat.......

Saya telah pun membeli cupcake(gambar) sempena hari lahir dia dan dibawa ke taska hari ini. Cupcake tersebut saya beli dari Wondermilk Cupcake(credit to them for those yummy cakes).Saja pilih yang bermanik-manik begitu kerana kanak-kanak pasti teruja bila tengok dan bila makan.......seronok.Firdaus sendiri memang suka makan cupcake ni (termasuk kami berempat...heeehehee) dan saya dah beberapa kali beli dari situ disebabkan rasanya yang sedap walaupun harganya mahal sedikit dan jauh sedikit dari rumah tapi tak kisah le sebab puas hati bila makan.Kalau nak tengok design yang lain boleh layari http://cuppacakes.blogspot.com/
Selamat membeli dan jumpa lagi...........

1 ulasan:

  1. wah sangat teruja tgk blog akak ni siap main tunjuk2 kat dolphin ni asyik nak mengacau jer orang nak baca post hahahah

    BalasPadam