MC 4 hari dalam 2 minggu.......emmmm risau gak sebab sejak berpindah tempat kerja ni kerap benar saya MC.Belum campur dengan bulan-bulan sebelumnya,rasanya saya dah MC hampir 8 hari. Dibandingkan kerja di tempat lama dulu dalam setahun tu tak sampai 5 hari pun MC.Tapi dah tak sihat nak buat camne kan.......kebetulan pula mengandung kali ini permulaannya adalah dalam bulan puasa dan kebetulan pula kali ini saya kadang-kala didiagnos darah tinggi jadi MC tu memang tak dapat dielakkan.Minggu lepas saya MC 2 hari kerana sakit mata.....dan minggu ini pun dapat lagi 2 hari kerana mata masih sakit dan darah pun agak tinggi......Saya beritahu doktor 3 kandungan sebelum ini tak pernah saya didiagnos darah tinggi...entah kenapa kali ini dapat pula tapi doktor kata mungkin tekanan kerja dan juga keadaan sekeliling.......yang saya pasti memang saya dapat sedikit tekanan perasaan dari segi kerja dan anak-anak......ye la anak-anak dah semakin besar dan banyak kerenah dan saya sendiri bukan berusia muda maka dengan sendirinya tension tu menyebabkan saya naik darah.....Kalau sehari tak bergaduh memang bukan mereka dan saya selalunya hanya berdiam diri kalau yang seorang tu disakiti oleh yang seorang lagi(selagi tidak mendapat cedera serius) sebab dah banyak kali saya nasihatkan mereka jangan cari gaduh di antara satu sama lain tapi nampaknya mereka lebih suka bergaduh dari dengar cakap saya.Dan,bila dengar anak-anak menjerit dan bergaduh itulah yang menimbulkan perasaan tension saya......tapi kalau anak-anak takde pun sunyi jugak jadi kena la saya dengar saja aduan anak-anak lepas diorang bergaduh..............
Soal kerja pula memang ada waktunya saya agak tertekan jika ada aduan yang diterima tidak mudah untuk diselesaikan - perlukan siasatan dari pelbagai segi.Jika aduan yang mudah tu tak kisah sangat, terima 10 satu hari pun saya boleh selesaikan tapi kalau yang memerlukan siasatan pelbagai pihak tu yang buat saya agak tension sikit.Namun saya bernasib baik kerana dalam satu hari kekadang aduan yang diterima dalam 5-6 aduan sahaja jadik ada waktunya saya dapat release sikit tension tu.......
Mungkin bukan mudah untuk mengandung dalam usia 35 tahun lebih-lebih lagi dengan anak-anak yang semakin membesar tapi saya pasti tidak ada lagi masa yang sesuai selain sekarang kerana saya bukan semakin muda.Yang pasti,saya perlu menjaga kesihatan demi kandungan ini sehingga dia dilahirkan,insyaallah April nanti.
Sekian,jumpa lagi.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan