Hari ini lagi seorang umat manusia terjebak dalam satu kes berkaitan FACEBOOK keluar di akhbar dan kali ini berkaitan dengan Almarhum Sultan Johor.Tak tahu la apa yang difikirkan oleh empunya diri semasa meluahkan rasa hati tapi bak kata pepatah "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa".Memang di Malaysia malahan kebanyakkan negara memberikan kelebihan bersuara kepada rakyat masing-masing namun kita yang ada adab dan sudah biasa dengan adat sopan santun rasanya sudah biasa cakap berlapik walau dengan siapapun apatah lagi pembesar negeri @ negara.Saya tidak pula membaca apa yang tercatat dalam laman FACEBOOK orang itu tetapi berdasarkan cerita dalam akhbar itu saya pasti kenyataan yang dibuat memang tidak boleh diterima oleh sesiapapun.....sedangkan kita sebagai umat Islam telah diingatkan untuk tidak mengaibkan sesiapa apatah lagi jika orang itu telah tiada.Saya pun tak pasti orang itu beragama apa,bangsa apa tapi yang pasti tentunya orang MALAYSIA.Kalau bukan orang Malaysia lagi tak patutlah dia nak bercakap pasal kerajaan mahupun rakyat Malaysia.....
Mereka yang melayan FACEBOOK ni tak faham-faham lagi ke etika berforum.......kalau ya pun nak meluahkan rasa tidak puas hati dan sebagainya gunalah channel yang betul bukan dengan mengutuk dan menghina orang lain.....memang tak beradap langsung.Hantar surat kepada PM ke atau akhbar ke dan luahkan apa yang tidak memuaskan hati tapi gunalah ayat dan perkataan yang baik kerana apa yang kita keluarkan dari mulut kita ni adakalanya mencerminkan peribadi kita.......kalau asyik mengeluarkan kata-kata yang kotor dan kesat seolah-olah fikiran dan akal pun macam tu.....kotor dan tercemar.Dan saya memang nak tengok sangat macamana rupa orang yang tidak beradab tu.......bukan apa nak tengok muka dia tu macam muka orang bijak ke atau sebaliknya.......Entahlah kalau-kalau nak cari glamour tapi kalau dapat malu lebih dari glamour baik tak payah.
Akhir kata, jagalah ayat-ayat anda kerana banyak hati kena jaga terutama keluarga anda.......kalau dah macam ni sape yang malu.......???? Sendiri mau ingat le.........
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan