Hari ini ambil cuti gantian Thaipusam sebab nak pergi buat 3D scan.....Dah lama booked untuk buat scan ni.....ikutkan nak scan diantara 24-28 minggu tapi malang sekali Januari dah fully booked dan yang ada cuma hari ni itupun agak lewat petang..jam 4.Dan hari ini kalau ikut ukuran baby saya dah masuk 30w1d.....kata staff tu ruang dah agak padat sebab baby dah besar.Walaupun agak sedikit kecewa sebab tak dapat lihat muka baby dengan lebih jelas namun saya lebih bersyukur kerana kondesi baby dalam keadaan baik.Itu yang penting sebenarnya.........Bukan nampak tak jelas tapi kaki dan tangan dia naikkan keatas menyebabkan muka dia terlindung lagipun pergerakkan dah terbatas....
Ini diantara gambar yang diambil....dah cuba beberapa mengejutkan baby supaya boleh alihkan tangan dan kaki dari melindungi muka dia tapi dia alih kejap je lepas tu tutup balik....:-P
Maybe dia nak buat suprise.......
Ini pula video....harap takde masalah untuk menontonnya.......
Kalau ikutkan gender dia pun tak begitu dapat dipastikan kerana kakinya diangkat keatas dan terkepit :->....emmmm......suprise lagi?
Kalau takde apa-apa masalah insyaallah dalam tempoh 9 minggu lagi dia akan dilahirkan......
Itu sahaja buat kali ini.Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan