Selasa, 16 Mac 2010

Diantara penyumbang utama kencing manis.....


Salam,
Alamak.....bila baca tajuk rencana dlm akhbar ni menyebabkan saya agak terkedu.......bukan apa dalam keadaan berbadan dua ni dalam 5 hari bekerja tu hampir setiap hari saya order teh tarik.Nak order Milo sesekali boleh le sebab bila minum Milo cepat benar datang rasa mengantuk dan Nescafe pulak perlu dikurangkan atas nasihat doktor kerana dikhuatiri baby akan terlebih aktif dan berjaga malam akibat kafein yang diambil.Alternatif lain adalah Horlick tapi saya pulak rasa muak bila minum Horlick dek kerana rasa susunya......Dan last sekali terpaksa gak order teh tarik (adakah semua itu alasan semata ;p) kerana tekak ni memang rasa teh tarik je yang paling sedap untuk diminum sekarang ni.....????. Dan,alhamdullilah setelah buat check-up di PPUM awal bulan Februari dulu saya belum masuk dlm kategori itu walaupun terpaksa minum air glukos untuk memastikan samada ada kencing manis atau tidak.Harap-harap akan terus begitu sehingga selamat bersalin nanti dan target saya sekarang ni adalah hendak menambahkan berat badan baby saya ni lebih kurang 1 kg lagi. 3 minggu lepas masa buat SCAN di PPUM doktor kata berat baby saya hanya 2.3 kg je untuk kandungan berusia 34 minggu......dengar cara doktor tu cakap memang le buat saya risau sebab dia kata mengikut berat anak2 yang terdahulu semuanya lebih 3 kg masa dilahirkan.Tapi bila saya search dalam internet, ada lagi baby yang kurang berat dari baby saya dalam usia kandungan 34 minggu dan ianya adalah normal jika berat diantara 2.1 hingga 2.5 kg.Emmm.......hilang le sikit rasa risau tu....namun target untuk meningkatkan berat baby masih lagi saya teruskan.Cuma mengandung kali ini saya tidak berapa suka makan malam....apatah lagi kalau nasi,adakah itu juga punca baby saya tidak begitu berat mengikut persepsi doktor? Entah la..........
Apapun tidak sabar nak tunggu dia dilahirkan kerana saya dapat cuti lama.....heeeheeehheee ;p
Dan yang penting saya nak tengok reaksi Firdaus kerana buat masa ini dia masih lagi berlagak seperti baby...cakap pun kekadang pelat macam baby....dah terlebih manja, sikit-sikit nak ibu dia...nak tidur pun nak peluk ibu dia, bila merajuk sikit dia kata ibu tak payah dapat baby.Ibu nak baby tak? kalau nak jangan marah Firdaus....emmmm macam-macam alasan supaya dia boleh bermanja........
Farah Ain pula tak sabar sebab insyaallah sama geng dengan dia........abang Fikri walaupun dia mengaku suka baby tapi dia berlagak cool je tak tunjuk excited sangat....
Minggu ni dah nak masuk minggu 37 dan esok pegi check-up lagi.......kali ni tak tau jam berapa baru siap.......
Wasalam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan