Selasa, 9 Mac 2010

Hospital swata atau hospital kerajaan?

Salam,
Tetiba teringat pertanyaan teman saya"Kenapa tak pergi hospital swasta?" dan saya agak terkejut jugak mendengar dia tanya soalan itu padahal saya tak pernah menyatakan hasrat untuk bersalin di hospital swasta.Ketiga-tiga anak saya sebelum ini alhamdullilah selamat dilahirkan di hospital kerajaan walaupun saya agak risau masa mula-mula nak bersalin anak pertama akibat mendengar cerita2 kawan berkaitan staf @ nurse hospital kerajaan.Betapa mereka itu begitu dan begini....cerita yg agak negatif dan kurang sesuai didengar bagi mereka yang pertama kali ingin bersalin.Namun,saya bertawakal kerana saya pasti jika kita tidak buat perangai tentu la staf tersebut akan melayan kita sebaiknya dan jika kita terlalu emosi dan terlalu manja tentu la keadaan sebegitu tidak dapat membantu kita dalam proses untuk bersalin.Dan,alhamdullilah saya tidak mengalami apa jua keadaan atau situasi sebagaimana yang saya sering dengar sebelum ini.
Semua itu bergantung kepada kemampuan masing2,jika anda mampu bersalin dan membayar sejumlah wang untuk bersalin di hospital swasta itu adalah hak anda dan begitu juga sebaliknya.Dan, pada saya pula jika saya boleh bersalin di hospital kerajaan dengan selamat mengapa saya perlu pergi ke hospital swasta dan kehidupan selepas bersalin juga memerlukan perbelanjaan yang besar.Itu yang lebih utama.Walaupun saya tidak tahu bagaimana istimewanya layanan di hospital swasta namun saya tidak ada sebab untuk memilih hospital swasta setakat ini.Semoga kelahiran yang ke empat ini juga akan selamat dan sihat walaupun cuma di hospital kerajaan dan di kelas kedua.
Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan