Ahad, 22 Mac 2009

Lawatan ke Melaka bermula........

Salam buat para pembaca,

Tarikh : Jumaat bersamaan 20hb Mac 2009 .
Perjalanan kami ke Melaka sempena cuti sekolah kali ini bermula jam 730 pagi dan setelah singgah di Petronas untuk mengisi minyak dan membeli sedikit sarapan pagi,kami tiba Ayer Keroh jam 930 pagi.Seronok juga kerana kami pun dah lama tak ke sini,lawatan yang terakhir adalah lebih-kurang 7 tahun lepas dan pada masa itu kami cuma pergi sekejap sahaja dan tak bermalam pun disini sekadar berjalan-jalan di sekitar bandar Melaka.
Oleh kerana masih terlalu awal untuk check-in di Ayer Keroh D' Village maka kami sekeluarga singgah dulu di Zoo Melaka.Perancangannya memang begitu kerana memikirkan waktu sembahyang Jumaat nanti kami tak boleh nak kemana-mana kerana suami saya perlu menunaikan solat Jumaat.
Jam 930 pagi.
Sessi perjalanan kami di Melaka bermula dengan melawat Zoo Melaka.


Ketika menonton pertunjukan burung Cacatua serta orangutan.
Seronok juga sebab pertama kali menonton acara sebegini.....mungkin lain kali kami dapat melihat aksi ikan pula....
Terpegun sekejap Muhammad Firdaus....:-O



Dalam perjalanan untuk melihat zirafah.Zoo Melaka ni terlalu luas sehingga ada tempat yang tidak sempat kami singgah.Bila bawa anak-anak ke tempat sebegini yang mana perlu banyak tenaga untuk berjalan maka kami terpaksa la menyingkatkan masa lawatan kerana masing-masing mula menunjukkan pelbagai jenis perangai.





Firdaus sedang melayan perasaan sambil menghilangkan dahaganya......
Kebetulannya hari itu panas terik.......





Kini kami di arena menunggang kuda.
Harga tiket utk dewasa bersama kanak-kanak adalah RM4.
Bagi kami yang pertama kali menunggang kuda ni.....heeeheee
ngelabah jugak.Macam-macam perasaan ada.....



........macho la tu :-P



Setelah penat puing satu zoo......Ice Cream time...:-)
Masing-masing dapat satu kecuali ibu dan ayah......:-(





Betul ke harimau ni??? - Firdaus














Posing la pulak Nur Farah Ain ni.....;-)
Diluar bilik pameran haiwan yang sudah pupus,mati dan tidak sempat dilahirkan.Ada juga carta-carta menunjukkan bagaimana proses kewujudan haiwan itu berlaku,proses kelahiran dan kehidupan haiwan.Menarik bagi kanak-kanak yang tidak pernah melihat proses tersebut......





Buaya dari Puchong........Tapi tak pasti lak samada real atau tidak sebab dah keras.


Perjalanan pusing-pusing Zoo Melaka tamat lebih-kurang jam 11 pagi tapi panasnya macam dah jam 12 tengahari.Sebenarnya banyak gambar yang telah diambil namun tidak dapat nak dipamerkan semuanya.....Ini diantara gambar-gambar yang menarik untuk tatapan semua.....Dan,seterus perjalanan ke Ayer Keroh D' Village......dalam post lain,ok.

Sampai jumpa lagi.......

Wasalam.

Khamis, 19 Mac 2009

New looks for my blog.....

Salam,

Saja nak ubah sikit 'rupa paras' blog saya bagi menghilangkan rasa boring para pembaca.......ramai ke yang membaca yek?......atau saya yang dah boring heeeheee......
Apapun harap-harap ianya nampak cantik,menarik lalu tertarik untuk membaca nukilan-nukilan disini.........

See U soon......

Rabu, 18 Mac 2009

Musim cuti sekolah

Salam buat semua pembaca,

Minggu cuti sekolah sudah hampir tamat,jadi sudahkah kalian membawa anak-anak kemana-mana sebagai hadiah untuk mereka setelah penat bersekolah?

Oleh kerana dulu saya tidak berpeluang bercuti kemana-mana apabila cuti sekolah selain dari pulang ke kampung makanya saya rasa sebagai ibubapa kami perlu meluangkan masa kami untuk anak-anak dengan cara membawa mereka berjalan-jalan ataupun bercuti walaupun sekadar luar daerah......:-)
Yang penting mereka seronok......Fikri pun sebenarnya memang nak sangat bercuti di hotel sebab ingin mandi kolam katanya.Tapi,sehingga hari ini kami masih lagi merahsiakan perancangan kami untuk membawa anak-anak ke Melaka pada Jumaat ini.....SURPRISE...^-^
Tunggulah gambar-gambar kami dari Melaka nanti,Insyaallah.....

Sehingga jumpa lagi........

Isnin, 16 Mac 2009

Ibuku...aku sebagai seorang Ibu....

• Ketika Berusia Setahun, Ibu suapkan Makanan dan mandikan Kita. Cara Kita Ucapkan terima kasih kepadanya Hanyalah Dengan Menangis Sepanjang Malam.
• Apabila Berusia 2 Tahun, Ibu Mengajar Kita Bermain,Kita Ucapkan Terima Kasih Dengan Lari Sambil Ketawa Terkekeh-Kekeh Apabila Dipanggil.
• Menjelang Usia Kita 3 Tahun, Ibu Menyediakan Makanan Dengan Penuh Rasa Kasih Sayang, Kita Ucapkan Terima Kasih Dengan Menumpahkan Makanan Ke Lantai.
• Ketika Berusia 4 Tahun, Ibu Membelikan Sekotak Pensel Warna, Kita Ucapkan Terima Kasih Dengan Menconteng Dinding.
• Berusia 5 Tahun, Ibu Membelikan Sepasang Pakaian Baru, Kita Ucapkan Terima Kasih Dengan Bergolek-Golek Dalam Lopak Kotor.
• Setelah Berusia 6 Tahun, Ibu Memimpin Tangan Kita Ke Sekolah, Kita Ucapkan Terima Kasih Dengan Menjerit :"Tak Nak! Tak Nak!"
• Apabila Berusia 7 Tahun, Ibu Belikan Sebiji Bola. Cara Mengucapkan Terima Kasih Ialah Kita Pecahkan Cermin Tingkap Jiran.
• Menjelang Usia 8 Tahun, Ibu Belikan Aiskrim, Kita Ucapkan Terima Kasih Dengan Mengotorkan Pakaian Ibu.
• Ketika Berusia 9 Tahun, Ibu Menghantar Ke Sekolah,Kita Ucapkan Terima Kasih Kepadanya Dengan Ponteng Kelas.
• Berusia 10 Tahun Ibu Menghabiskan Masa Sehari Suntuk Menemankan Kita Ke Mana Saja, Kita Ucapkan Terima Kasih Dengan Tidak Bertegur Sapa Dengannya.
• Apabila Berusia 12 Tahun, Ibu Menyuruh Membuat Kerja Sekolah, Kita Ucapkan Terima Kasih Dengan Menonton Televisyen.
• Menjelang Usia 13 Tahun, Ibu Suruh Pakai Pakaian Yang Menutup Aurat, Kita Ucapkan Terima Kasih Kepadanya Dengan Memberitahu Bahawa Pakaian Itu Tidak Sesuai Zaman Sekarang.
• Ketika Berusia 14 Tahun, Ibu Terpaksa Mengikat Perut Untuk Membayar Wang Persekolahan Dan Asrama, Kita Ucapkan Terima Kasih Kepadanya Dengan Tidak Menulis Sepucuk Surat Pun.
• Berusia 15 Tahun, Ibu Pulang Daripada Kerja Dan Rindukan Pelukan Dan Ciuman, Kita Ucapkan Terima Kasih Dengan Mengunci Pintu Bilik.
• Menjelang Usia 18 Tahun, Ibu Menangis Gembira Apabila Mendapat Tahu Kita Diterima Masuk Ke Ipta,Kita Ucapkan Terima Kasih Kepadanya Dengan Bersuka Ria Bersama Kawan-Kawan.
• Ketika Berusia 19 Tahun, Ibu Bersusah Payah Membayar Yuran Pengajian, Menghantar Ke Kampus Dan Mengheret Beg Besar Ke Asrama, Kita Hanya Ucapkan Selamat Jalan Pada Ibu Di Luar Asrama Kerana Malu Dengan Kawan-Kawan.
• Berusia 20 Tahun, Ibu Bertanya Sama Ada Kita Ada Teman Istemewa,Kita Kata, "? Itu Bukan Urusan Ibu."
• Setelah Berusia 21 Tahun, Ibu Cuba Memberikan Pandangan Mengenai Kerjaya, Kita Kata, "Saya Tak Mahu Jadi Seperti Ibu."
• Apabila Berusia 22-23 Tahun, Ibu Membelikan Perabot Untuk Rumah Bujang Kita. Di Belakang Ibu Kita Katakan Pada Kawan-Kawan?. "Perabot Pilihan Ibu Aku Tak Cantik, Tak Berkenan Akuuu!"
• Menjelang Usia 24 Tahun, Ibu Bertemu Dengan Bakal Menantunya Dan Bertanyakan Mengenai Rancangan Masa Depan, Kita Menjeling Dan Merungut, "Ibuuu,Tooooolonglahhh?."
• Ketika Berusia 25 Tahun, Ibu Bersusah Payah Menanggung Perbelanjaan Majlis Perkahwinan Kita. Ibu Menangis Dan Memberitahu Betapa Dia Sangat Sayangkan Kita Tapi Kita Ucapkan Terima Kasih Kepadanya Dengan Berpindah Jauh.
• Pada Usia 30 Tahun, Ibu Menelefon Memberi Nasihat Dan Petua Mengenai Penjagaan Bayi, Kita Dengan Megah Berkata,"? Itu Dulu, Sekarang Zaman Moden."
• Ketika Berusia 40 Tahun, Ibu Menelefon Mengingatkan Mengenai Kenduri-Kendara Di Kampung, Kita Berkata,"Kami Sibuk, Tak Ada Masa Nak Datang."
• Apabila Berusia 50 Tahun, Ibu Jatuh Sakit Dan Meminta Kita Menjaganya, Kita Bercerita Mengenai Kesibukan Dan Kisah-Kisah Ibu Bapa Yang Menjadi Beban Kepada Anak-Anak.
• Dan Kemudian Suatu Hari, Kita Mendapat Berita Ibu Meninggal! Khabar Itu Bagaikan Petir! Dalam Lelehan Air Mata, Barulah Segala Perbuatan Kita Terhadap Ibu Menerpa Satu Persatu. Jika Ibu Masih Ada, Sayangi Dia. Jika Telah Meninggal,Ingatlah Kasih Dan Sayangnya. Sayangilah Ibu Kerana Kita Semua Hanya Ada Seorang Ibu Kandung.

Jumaat, 6 Mac 2009

Pesanan buat anak.........


Salam buat anak-anakku,

Maafkan Ibu dan Ayah jika tidak dapat memenuhi segalanya yang diingini,walaupun sepanjang usiamu Ibu dan Ayah sentiasa bekerja keras untuk kalian.Sesungguhnya kami amat bertuah memiliki kalian sebagai permata hati kami dan lebih bertuah dan betapa gembiranya kami jika segala kasih-sayang kami dibalas juga dengan kasih-sayang dan rasa hormat kalian........Tidak sabar untuk melihat kalian dewasa kerana mungkin di waktu itu kalian akan memahami kepayahan kami dalam membesarkan kalian..........Betapa kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak kami dengan harapan kalian akan lebih berjaya dalam hidup dibandingkan dengan kami.
Tiada ibubapa yang ingin melihat anak-anak mereka susah dan sedih.......kesedihan kalian adalah kesedihan kami.Sedaya-upaya kami cuba untuk berusaha demi anak-anak kami........
Buat anakku Muhammad Fikri,
Abang seorang anak yang baik,amat baik seperti kata guru tadika dan guru sekolah abang.......Ibu doakan semoga abang akan terus menjadi seorang anak dan seorang abang yang baik dan berjaya dalam hidup.
Buat anakku Nur Farah Ain,
Ibu dan Ayah sentiasa ingin memenuhi permintaanmu namun ada masanya kami tidak mampu.Ibu amat berharap semoga Farah akan menjadi anak yang lebih baik dalam berkata-kata........semoga dirimu akan cuba belajar menghormati kami sebagai ibubapa.Kami juga sentiasa cuba memahami dirimu lantaran usiamu yang masih muda.Semoga Farah akan menjadi anak yang lebih baik apabila meningkat dewasa nanti.
Buat anakku Muhammad Firdaus,
Tiada pesanan lain yang ingin Ibu sampaikan kecuali berdoa semoga dirimu akan membesar sebagai seorang anak yang baik dan berjaya dalam hidup.

Sesungguhnya Ibu dan Ayah sentiasa,selalu,amat,sungguh dan tidak pernah lupa untuk menyayangi kalian......permata hati kami.

Kengkawan...


Salam semua,
Kita tak pasti sampai bila kita akan bersama oleh itu pastikan setiap waktu yang dihabiskan bersama dipenuhi gelak ketawa dan gurau senda.......
Teman sejati memang susah untuk ditemui namun jika ada teman yang sudi mendengar dan berkongsi pengalaman itu sudah memadai......

How To Reduce Your Double Chin?

The steps required to make it possible to reduce a double chin largely depend on the reasons why you have it in the first place. There are basically three reasons or a combination of these reasons for a double chin – excess weight, age related muscle slackness and genetics. It is best to understand why you have it before you can formulate a plan for reducing it. Read some of the ways in which you can improve the appearance of your chin.
Exercise: A double chin is essentially excess fat around your neck so any exercise, either general or specific that works on these muscles should help in reducing it. Some exercises that you can try include –
Chewing sugar free gum: Chewing gum not only helps in removing plaque and overall dental hygiene, it also serves to work the jaw muscles specifically responsible for your chin. If you don’t like gum just pretend to chew. It has the same effect.
Shovel exercise: To do this, you need to open your mouth real wide and then jut out the lower jaw, making a motion of scooping out stuff approximating the motion of a shovel.
General exercise: Apart from jaw/chin specific exercises, you should also make sure that you do enough cardio (walking, swimming, running…) as also weight lifting exercises that help you lose weight and build overall muscle tone. When body loses weight, it will also lose from specific problem areas like the chin.

Reduce Calorie Intake: Excess weight is the most common reason for an unsightly chin and watching what you eat is important if you want to get your chin back. Eating more high fiber and low calorie foods is the best way to reduce overall calorie intake. Make sure you do not drop to below 60% - 75% of your daily calorific requirements. For most adults 1200 calories is the basic minimum required to stay healthy. Spread it out over 6-8 meals to make sure it gets metabolized well.
Good Posture: Holding your head up high with the jaw line slightly jutting out helps not only in reducing the chin fat but also gives the appearance of a leaner chin. Drooping your head or walking with a downwards tilt on the other hand will bring the fat layers into focus even more. Try investing in an ergonomic chair if you don’t have one to help you maintain an upright posture.
Cosmetic Surgery: Called a Lipectomy or Mentoplasty, this should normally be the last option when nothing else works. A relatively simple surgery, it involves the removal of the fat pad and shortening of muscles under the chin through a small cut. There is a small bruise where the edges are stitched together which disappears in about a week’s time.


Camouflaging A Double Chin
Whatever methods you try and adopt, it is important to be realistic about your expectations depending on your age, weight and of course your chin fat. Results vary from individual to individual and barring surgery, no method can completely reverse the effects of gravity. For the time that you are waiting for your chin to go away, there is some cover up techniques to reduce its prominence and make you feel less conscious.


Make Up: Use a darker shade of make up to highlight the jaw line as against the neck area which should have a lighter shade. Else draw attention away from the neck with bold eye make up.
Hairstyle: Cropped hair that does not sit at the level of your chin also helps to make it less noticeable.
Avoid chokers: Tight ornaments or beads around the neck can serve to accentuate the fat deposits making you look worse. Make sure that you wear jewelry that hangs and does not fit too tightly.
High Necked Clothes: Either a very high Chinese collar or completely open necked styles are the best. The first will hide totally while the second will make sure the folds are less visible.

Well,isn't that a good way to a new good look :-)