Isnin, 25 Januari 2010

Kelebihan bersuara.........

Salam semua,

Hari ini lagi seorang umat manusia terjebak dalam satu kes berkaitan FACEBOOK keluar di akhbar dan kali ini berkaitan dengan Almarhum Sultan Johor.Tak tahu la apa yang difikirkan oleh empunya diri semasa meluahkan rasa hati tapi bak kata pepatah "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa".Memang di Malaysia malahan kebanyakkan negara memberikan kelebihan bersuara kepada rakyat masing-masing namun kita yang ada adab dan sudah biasa dengan adat sopan santun rasanya sudah biasa cakap berlapik walau dengan siapapun apatah lagi pembesar negeri @ negara.Saya tidak pula membaca apa yang tercatat dalam laman FACEBOOK orang itu tetapi berdasarkan cerita dalam akhbar itu saya pasti kenyataan yang dibuat memang tidak boleh diterima oleh sesiapapun.....sedangkan kita sebagai umat Islam telah diingatkan untuk tidak mengaibkan sesiapa apatah lagi jika orang itu telah tiada.Saya pun tak pasti orang itu beragama apa,bangsa apa tapi yang pasti tentunya orang MALAYSIA.Kalau bukan orang Malaysia lagi tak patutlah dia nak bercakap pasal kerajaan mahupun rakyat Malaysia.....
Mereka yang melayan FACEBOOK ni tak faham-faham lagi ke etika berforum.......kalau ya pun nak meluahkan rasa tidak puas hati dan sebagainya gunalah channel yang betul bukan dengan mengutuk dan menghina orang lain.....memang tak beradap langsung.Hantar surat kepada PM ke atau akhbar ke dan luahkan apa yang tidak memuaskan hati tapi gunalah ayat dan perkataan yang baik kerana apa yang kita keluarkan dari mulut kita ni adakalanya mencerminkan peribadi kita.......kalau asyik mengeluarkan kata-kata yang kotor dan kesat seolah-olah fikiran dan akal pun macam tu.....kotor dan tercemar.Dan saya memang nak tengok sangat macamana rupa orang yang tidak beradab tu.......bukan apa nak tengok muka dia tu macam muka orang bijak ke atau sebaliknya.......Entahlah kalau-kalau nak cari glamour tapi kalau dapat malu lebih dari glamour baik tak payah.
Akhir kata, jagalah ayat-ayat anda kerana banyak hati kena jaga terutama keluarga anda.......kalau dah macam ni sape yang malu.......???? Sendiri mau ingat le.........
Wassalam.

Jumaat, 22 Januari 2010

Friday jokes......

Just for fun....



Macam ni le jam 3 pm keatas........
Apa yang cuba dinyatakan oleh kartun ini.....lelaki kurang kerja dari wanita? MUNGKIN......

Lawak yang paling serius dan benar............
Jumpa lagi minggu depan......

Positive thinking........

Salam semua,
Baru balik dari mendengar taklimat hala tuju kumpulan kerja kami untuk tahun ini.Well, oleh kerana kerja kami ini memang sentiasa melibatkan sistem jadinya banyaklah soalan berkaitan sistem yang diajukan dan yang penting sekali adalah mengenai imbuhan yang bakal diterima jika mencapai apa yang dirancangkan or atless appreciation gathering for staff yang telah bertungkus-lumus pada tahun lepas.
'Don't blame,don't complaint,no excuses".......agak bagus statement itu jika ianya membabitkan hal kerja.Dan saya sendiri setuju kadang-kala kita ini banyak sangat mengadu tanpa cuma mengatasi masalah yang sebenarnya boleh diselesaikan dengan mudah.Dan,adakalanya aduan yang saya terimapun tidak masuk akal kerana ianya sebenarnya boleh diselesaikan oleh pihak penerima aduan.Namun, perlukah saya buat aduan (complaint) kepada pengurusan?Dan perlukah saya berikan alasan (excuses) untuk tidak melakukan sebarang penyelesaian?Siapakah yang boleh saya salahkan (blame)?
Try to think positive......setlle it and live your life.Lebih mudah macam itu sebab kalau saya terus-terusan mengadu sampai bila hal itu nak selesai, kan!Kadang-kala memang saya elak untuk bercerita hal orang lain kerana saya tidak gemar untuk mengetahui keburukkan orang itu yang saya perlu tahu hanya kebaikannya sahaja kerana saya perlu bekerja dengan dia,akan sentiasa bertemu dengan dia dan mungkin saya perlukan nasihat dari dia pada suatu hari nanti.Jadi, jika saya simpan perasaan negatif mengenai orang itu pasti tiada lagi perasaan hormat saya terhadap dia.
I'd always tried to be a positive thinking person either in my job or myself.I tried not to listen to what people tells me such as gossip....try to think before I jump to any conclusion.Some people like to listen such stories or we can call it gossiping, believe it and to make the stories more interesting they can add up more ingredients.......emmm!But, not me I guess........I don't like to listen when people said 'OH THAT PERSON THIS AND THAT" and the worst thing if I don't even know that person and I believe what ever story about her/him.Don't you?
Working with so many colleagues makes me heard so many stories and I have to make a decision whether I want to believe or I just listen or I'll make it as another one of everyday stories.I always make myself thinking about others feeling if they were the stories so I rather not involve with gossiping.......well since it's hard to avoid I just smile,listen and no comment.
Wassalam....

Khamis, 21 Januari 2010

Bila cemburu melebihi rasa sayang...

Salam,
Ini sekadar luahan hati dan pendapat sendiri dimana ianya tidak bermaksud untuk melibatkan mana-mana pihak.
Oleh kerana saya telahpun berkeluarga maka saya berani untuk memberikan pendapat dan menyampaikan apa yang dirasakan.Jika ianya berlainan dengan apa yang pembaca rasakan itu adalah kerana ianya adalah pendapat peribadi saya dan ianya tidak perlu sama dengan pendapat orang lain.
Pada saya suatu perkahwinan itu berlandaskan rasa kasih diantara 2 perasaan yang ingin disatukan agar ianya mendapat restu keluarga dan rahmat dari Illahi.Seperti satu artikel yang saya baca tajuknya 'Jangan cari suami tapi carilah ayah untuk anak kita....."Emmm......pelbagai reaksi yang saya rasa bila baca tajuk tu.Pada saya kedua-duanya penting - suami dan ayah kepada cahayamata kita.Suami kerana kita perlukan dia untuk berkongsi segala macam perasaan dan mengharungi hidup bersama dalam susah dan senang. Ayah pula sudah tentulah kerana kita akan melahirkan zuriat hasil kehidupan kita bersama.Memang ada perkahwinan seawal beberapa bulan telah terlerai malah ada juga yang sudah masuk usia 60 tahun juga terlerai namun semuanya berbalik kepada pasangan tersebut.Janji yang dimeterai mula-mula dulu haruslah sentiasa dipegang - walau apapun yang terjadi kita harunginya bersama.Melainkan pasangan kita itu benar-benar membuatkan kita susah,terseksa dan memberikan tekanan perasaan maka terpaksalah kita akhiri ikatan itu.
Dan, saya sendiri amat-amat menghargai ikatan diantara saya dengan suami kerana saya masih ingat betapa payahnya untuk kami sampai ke tahap ini - tahun ini adalah tahun ke 10 perkahwinan kami.Walaupun ada waktunya saya agak tertekan dengan kesibukan melayan kerenah anak-anak dan jadual kerja suami yang tidak menentu namun saya lebih menghargai waktu kami bersama.Jadi apabila ada yang bercerai atas alasan cemburu saya agak itu adalah alasan yang terlalu cetek.Siapa yang tidak cemburu kalau kita kerja disini dan pasangan kita kerja nun jauh dari mata tapi kita harus ingat semua itu adalah ujian bagi mengukuhkan kasih sayang kita bersama.Dan yang penting kita jaga hati, perasaan juga jaga makan minum pasangan kita tentu kasih sayang itu sendiri akan bercambah tanpa perlu ada paksaan.Rasa saling hormat dan memahami membuatkan kita sentiasa mesra.......Cemburu memang perlu namun jika keterlaluan emmm....teruklah dan menyusahkan.Bukanlah saya nak kata saya tidak pernah bergaduh dengan suami saya dan seolah-olah kami mesra 24 jam.Tak seronoklah pulak kalau tidak ada gaduh sikit-sikit ialah bukan semua perkara kita sependapat namun saya cuba elakkan dari sesuatu isu itu berpanjangan....lebih-lebih lagi bila dah lama duduk serumah pasti ada je yang kita rasa tak puas hati samada dengan pasangan atau anak-anak.Dan, Farah Ain tahu tahun ini tahun ibu dia - Tahun Harimau.....heeehehhee.Dan suami saya kata patut le saya garang rupa-rupanya lahir tahun Harimau dan suami pula lahir tahun Arnab. Harimau + Arnab....emmmm.Tapi garang bertempat yek.......!Nampaknya lepas ni ada '2 HARIMAU' dalam rumah - saya dan anak yang bakal dilahirkan ini.......hahaahahaha.
Namun itu semua terserah pada gerak hati masing-masing dan saya percaya perbincangan adalah satu tindakan yang lebih bernas dari terus menghukum tanpa mengadili........
Buat suamiku tiada harga yang dapat menilai rasa sayang ini semoga kita akan terus bersama mengharungi susah senang bersama....
Wassalam.

Promote le pulok........

Salam semua,
Nak tolong member......
Kalau-kalau ada yang tercari-cari coklat yang dibuat special untuk dihadiah kepada orang teristimewa atau sekadar ingin menikmati coklat yang diperbuat dengan penuh perasaan kasih dan sayang (itu kata member saya tu la) dan berada dalam range harga yang mampu milik
sila hubungi Cik Asmaa ditalian - 013-333 0201.

Marshmallow - RM1.50/pc

Wafer coated chocolates - RM35 : 35pcs + box

Contoh kotak untuk special occasions.

Assorted loose chocolates - RM12.50 : consists of 9 pcs chocolates
So, kepada sesiapa yang berminat nak beli boleh hubungi Cik Asmaa kerana terdapat pelbagai jenis coklat selain dari yang saya paparkan disini.
Wassalam.

Selasa, 19 Januari 2010

Trauma......

Salam,
Trauma yang melanda,
Menikam-nikam jiwa,
Selemah aku lemah,
Daku berserah,
Trauma yang kurasakan,
Hanya padamu Tuhan,
Yang memahami..............

Trauma yang dialami selalunya mengambil masa hampir 1 minggu untuk beredar dan adakalanya berlanjutan sehingga 2 minggu......Tidur malam sering diiringi dengan mimpi yang menyebabkan kita mengigau dan hampir meracau.Dan,dalam keadaan saya yang begini saya amat-amat takut dilanda trauma.........Kerana 5 bulan lepas saya dah hadapi trauma memandu yang mengambil masa selama 3 minggu untuk pulih dan semalam trauma lain pula tapi kerana kereta juga.....emmm......payah nak ulang cerita tu....macam bila saya cerita dengan suami saya....cara dia tanya bukan macam nak menenangkan perasaan saya tapi lebih kepada nak tahu macamana boleh jadi macam tu........Dan trauma itu saya terbawak sehingga tidur......lebih kepada tidur ayam sebab susah nak lelap mata tapi bila dah terlelap sampai mengigau pula,baby saya pun diam je agaknya dia dapat rasa masa ni perasaan ibu dia tidak tenang......Yang paling saya takut sebab masa tu Firdaus ada dalam kereta bersama saya tapi alhamdullilah Firdaus tidak alami trauma macam saya.....walaupun dia cakap takut tapi masih dalam nada relaks....kaki pun dah macam tak boleh nak beridiri - lemah jek.Nasib baik juga ada yang sudi nak tolong........dan disaat itu apa yang saya fikir dan amat harapkan adalah alangkah bagusnya kalau suami saya bekerja dekat dengan rumah supaya bila berlaku perkara macam itu senang dia nak balik dan tolong saya.Dan alangkah baiknya kalau saya tidak lagi perlu memandu untuk ke pejabat - dalam ertikata lain tidak lagi bekerja makan gaji.....saya cuma nak uruskan hal persekolahan anak-anak je walaupun saya masih perlu memandu untuk menghantar anak ke sekolah tapi tekanannya mungkin berbeza.........entah la.
Yang saya pasti trauma terbaru ini akan mengambil masa untuk hilang.........
Wassalam.

Selasa, 5 Januari 2010

Gambar passport Firdaus


Gambar Firdaus untuk pendaftaran Tadika....ayah dia ambil sendiri gambar ni.Dua kali snap sebab Firdaus tak nak duduk diam.....Dapat gak ambik gambar walaupun sengih semacam......

Musim persekolahan bermula...

Salam,

Saya masih lagi bercuti hari ini kerana menguruskan waktu persekolahan anak-anak.Minggu pertama persekolahan memang agak payah memandangkan mereka perlu kembali bangun seawal 530am......kasihan tu memang la tetapi itu sebahagian dari rutin harian yang perlu mereka hadapi selagi bernama pelajar.Dan, mungkin dalam minggu ini anak-anak belum lagi rasa penat atau letih sebab aktiviti di sekolah mungkin masih kurang memandangkan persekolahan baru bermula.Tahun ini mudah sikit sebab anak-anak ke sekolah yang sama - pagi sekolah agama dan petang sekolah kebangsaan,balik dan pergi bersama......takde la saya risau sangat fikir tertinggal van sekolah sebab mereka berdua.Lupa pulak nak ambil gambar hari pertama ke sekolah memandangkan tahun ini Fikri dilantik sebagai pengawas.......berapa lama tak tahu lagi tapi harap-harap biarlah hingga ke hujung tahun,atleast.......:-).
Saya tak kisah sebenarnya jika dia bukan seorang pengawas pun sebab pada saya yang penting pelajaran dia meningkat dan aktif dalam aktiviti sekolah.....tahun ini juga saya harap dapat hantar anak-anak ke kelas taekwan-do walaupun Fikri memang amat tidak setuju.....katanya takut tangan sakit masa nak pecahkan kayu......emmm.....saya jelaskan pada dia benda-benda itu semua hanya akan dipelajari selepas beberapa lama mendalami taekwan-do,jadi kita tengok je la nanti macamana,kan....Oh lupa lagi seorang tu pun mula bersekolah tahun ini,kalau ikut tarikh lahir memang baru masuk 4 thn pada 17 Disember lalu namun kalau ikut tahun dah masuk 5 thn. Dia tanya saya dia sekolah darjah berapa-sebab kakak darjah 1 dan abang darjah 2 saya jawap darjah 0 dia macam pelik tapi masih boleh terima....em ada ke darjah 0?...:-P. Lepas uruskan yuran sekolah abang dan kakaknya kami jenguk juga la Firdaus di tadika namun belum ada apa-apa aktiviti sebab cikgu kata ini minggu orientasi.......Insyaallah jika Firdaus dah terima uniform dia saya akan snap gambar dan paparkan disini.
Jumpa lagi.......wasalam.