Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan

Khamis, 22 Ogos 2013

Foto Aidilfitri 2013















Baru dapat upload gambar Aidilfitri tahun ini...
Kalau tiada apa-apa halangan tahun 2014 insyaAllah nak beraya di Pekan Pahang pula..:)









Selasa, 20 Ogos 2013

Sunat Syawal 1434

Alhamdullilah...hari ke2 berpuasa sunat syawal hari ini.Semoga berjaya menghabiskan 6 hari seblm syawal tamat.

Amin.

Selasa, 13 Ogos 2013

Puasa sunat Syawal

Wahai anak-anak yang Ibu cintai,

Semalam aku mula berpuasa ganti...cadangnya ingin menghabiskan 5 hari yg telah ditinggalkan dalam bulan Ramadan lalu dengan segera agar aku berpeluang menunaikan puasa 6 atau sunat Syawal,InsyaAllah.
Oleh kerana anakku Muhammad Fikri masih bercuti sekolah...dia merasa hairan kenapa aku berpuasa ganti sedangkan aku selalu berbuka puasa sama ketika Ramadan.Pada pendapatnya jika orang tidak berpuasa tidak boleh berbuka bersama yang lain.Tergelak sekejap bila dengar kata-katanya...aku jelaskan Ibu bukan Muhammad Firdaus yang bila tidak berpuasa makan seperti hari biasa..kejap-kejap nak air...kejap-kejap nak makan.Oleh kerana Ibu hanya makan ketika sahur dan tidak makan apa-apa sepanjang waktu kecuali minum tentulah Ibu boleh berbuka bersama.Namun Muhammad Fikri masih tidak berpuashati malahan beliau pelik kerana tidak pernah nampak aku minum...bila masa Ibu minum?Aku jelaskan bukankah kita tidak boleh makan dan minum dihadapan orang yang berpuasa sebagai tanda menghormati bulan Ramadan.Kenapa Ibu berpuasa ganti..kenapa Ibu tidak boleh puasa?Aku jelaskan lagi bahawa itulah ISTIMEWAnya wanita itu dimana ALLAH memberinya cuti tetapi perlu diganti.Jika datang bulan ketika Ramadan puasa perlu diganti pada hari-hari yang dibolehkan berpuasa.Ibu berpuasa ganti sekarang kerana Ibu ingin sambung berpuasa sunat Syawal atau puasa 6.
Muhammad Fikri hairan mengapa aku sibuk-sibuk ingin berpuasa sunat Syawal.Sunat saja,kan kata beliau.Aku pun bertanya,solat Tarawikh juga sunat tetapi mengapa umat Islam berebut-rebut melakukannya?Umat Islam sibuk melakukannya kerana ganjaran yang diterima begitu juga dengan puasa 6 Syawal....ianya adalah perbuatan sunat yang amat besar pahalanya.
Dan sebagai panduan kepada Muhammad Fikri dan anak-anak yang lain:

DALIL PUASA SUNAT ENAM SYAWAL

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata:


Rasulullah saw bersabda:


Maksudnya:


“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”


[Muslim no: 1164]


Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.


 Para ulama‟ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut, kerana setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.


Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari.


Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.


Picture1


HUKUM PUASA ENAM SYAWAL


a. Hukumnya adalah sunat.


Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam alSyafi‟e, Imam Ahmad, Daud dan ulama‟ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).


b. Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh.


Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]


BILAKAH DIMULAKAN PUASA SUNAT ENAM SYAWAL ?


Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal.


Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut.


Abu Hurairah ra berkata:


Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil)


Adha.” [Al-Bukhari no: 1991].


pes


BAGAIMANA MELAKSANAKAN PUASA SUNAT ENAM SYAWAL ?


Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti


puasa wajib pada bulan Ramadhan.


Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama ialah:


1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?


Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal.


Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya.


Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.


Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:


Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Ali Imran:133]

Isnin, 12 Ogos 2013

Selepas Aidilfitri...

Salam semua,

Hari ini kembali bertugas...mood raya memang tidak berapa nak ada mungkin kerana faktor usia.Sekarang ini hanya seronok meraikan anak-anak...masak-masak dan sediakan keperluan mereka.Tidak ada istilah berbaju lip-lap,bertumit tinggi atau bertudung 3 layer kerana kesempatan untuk membeli-belah memang tiada.Kalau ada waktu untuk membeli pun hanya mencari pakaian anak-anak....
Seronokkah Aidilfitri anda semua?Alhamdullilah kerana Allah masih memberi peluang padaku untuk meraikannya bersama keluarga.Cuma yang tidak seronoknya masih belum lagi duduk-bersalam-bermaafan dgn suami dan anak-anak.Dikampung hari tu mana ada peluang nak duduk tenung-tenung mata-menangis bagai sebab ipar-duai sibuk bermaafan dengan ibubapa mertua dan sibuk menghulur duit raya pada anak-anak saudara.
Harap nak ambik gambar di studio pun tak dapat sebab asyik tak betul je program yang dirancang.Apapun akan pi juga studio sbb belum ambik gambar raya kami anak beranak.Boleh juga hulur sekeping pada Mak....asyik hulur ke Bukit Pekan jek.
Aku memang asyik rasa boring jek sekarang ni....agaknya sebab kerap sangat beraya di Perak.Rasa macam aku lebihkan orang sana walau hakikatnya aku cuma mengikut kemahuan suami dan anak-anak yang lebih seronok beraya di kampung.Nak buat camne,nenek tinggal di Cheras kalau nenek tinggal di Pekan,Pahang lama dah ibu bawak kalian balik sana bila raya..ahhh...tak yah tunggu raya la...asal cuti sekolah je mesti ibu bawa kalian.Seronok sebab kat sana boleh mandi sungai..(klu sungai ada lagi la...)..kat Bukit Pekan mana ada sungai...air kat rumah pun bercatu...seksa kalau time perut tengah memulas...huhuhuuuu.

Abang,sempena Aidilfitri yang ke 13 kita bersama,Ima mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki semoga abang redha dengan isteri abang ini.Andai ada kata-kata dan tingkah-laku yang menyinggung perasaan abang,ampunkan Ima kerana Ima juga ada tekanan perasaan yang tidak mampu disimpan hanya didalam hati.Adakalanya Ima tidak mampu berterus-terang sedangkan kata-kata tergumpal didalam benak hati meronta untuk diluahkan.Kerana tidak mampu untuk meluahkan hanya airmata yang mengalir untuk melegakan hati yang sesak.

Semoga kita akan tetap bersama dunia dan akhirat,Amin.

Wassalam,
12/08/2013.

Selasa, 6 Ogos 2013

Mak...

Alhamdullilah...akhirnya dapat berbuka puasa dengan mak...
Dah beri apa yang patut pada Mak...semoga Mak sudi menerima...Memang tiap-tiap tahun aku akan hadiahkan Mak baju...tak kisah la baju kurung atau jubah.Apa yg mampu aku beli dan berkenan itu yang akan ku berikan pada Mak...Walaupun tak seberapa pada orang lain namun aku berharap Mak terima pemberian ikhlas dari anaknya ini.
Semoga Aidilfitri mak tetap ceria disamping kakak dan cucu-cucu Mak....
Tahun ini aku akan sekali lagi berhariraya di Bukit Pekan bagi menyempurnakan hasrat suami dan anak-anakku yang ternyata lebih seronok berhari raya di kampung.Nak kata aku merungut tidak la cuma aku belum pernah lagi merasa berhari raya bersama mak lebih dari 2 hari walaupun cuti seminggu.
Hurmmm...kalaulah mak tinggal di Pekan pasti ada peluang untuk pulang ke kampungku pula.Pasti anak-anak pun dapat merasa suasana orang Pekan menyambut Aidilfitri. Pasti aku ada peluang ke rumah teman-teman lama yang hampir 23 tahun tidak ku temui. Rindu amat rasanya......Tapi mungkinkah mak akan tinggal di kampung?Siapa yang ada pun....Adik-beradik Mak memang ada disana tapi Mak lebih suka tinggal dengan cucu-cucu mak.
Aku pun tidak pasti apa yang meriahnya berhariraya di Bukit Pekan tu....Encik suami tak pernah pula bawa kami anak beranak ke rumah teman-teman lama dia....Kadang tu 2 hari beraya disana hanya duduk dirumah atau berjalan ke rumah keluarga berhampiran sahaja....Hanya anak-anak sahaja yang seronok sebab boleh bermain bersama sepupu-sepupu mereka,pusing 1 kampung collect duit dan malamnya membakar duit pulak...bakar bunga api aka mercun la tu.Adakah benar jika kita telah meningkat usia Aidilfitri itu lebih kepada anak-anak sahaja dan kita hanya perlu duduk dirumah menanti kehadiran tetamu?

Tetiba aku terkenangkan zaman persekolahan dulu...pusing kampung bersama teman-teman..betapa waktu itu tak mungkin akan berulang.

Kepada semua semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju agar Aidilfitri ini akan disambut ceria dan gembira bersama keluarga.

Wassalam,
Ramadan 28,1434H


Rabu, 14 Oktober 2009

Jamuan raya anjuran CSM Selangor

Salam semua..........
Jamuan rumah terbuka CSM Selangor ini telah diadakan pada 8hb Oktober yang lalu.Saya yang bertugas di unit Complaint dan kawan-kawan yang lain telah sepakat untuk manjamu para jemputan dengan ROJAK MAMAK..........tapi bila dah terhidang kat meja kitorang, nama ROJAK tersebut telah bertukar kepada ROJAK COMPLAINT....eemmm nasib baik takde yang buat complaint rojak tak sedap ke,tak cukup ke atau sebagainya.......
Ini kak Rozita sdg berposing sambil mengisi bahan2 rojak kedalam bekas dan saya sendiri kebetulan je berdiri di situ...bukan enter frame yek!

Dari kiri Norlela,kak Kasmah,Azah,kak Rozita,kak Hamidah,kak Zarina dan saya.........

Beramai-ramai memenuhkan bekas (atau memenuhkan gambar?) sementara menanti para jemputan tiba..........

Jumpa lagi..........

Aidilfitri 2009

Salam semua..........,
Hari pertama boleh makan pepagi.......walaupun ada diantaranya memang tak berpuasa...heehehehehe.Tahun ni beraya di Kampar Perak untuk 3h 3mlm je sebab Rabu 23hb ibu dah kena kerja........

Sessi bermaaf-maafan dan yang penting sekali angpaunya.......abang Fikri tentu le dpt terlebih sudah dari adik-adik sebab dia berpuasa penuh,alhamdullilah........Farah pun mengaku puasa penuh gak walaupun ibu lebih tahu cerita yang sebenarnya......emmm dapat le kurang sikit dari abang....Firdaus? Tak tau ayah bagi berapa sebab dia memang tak puasa sebulan........

Sessi bergambar dengan atuk dan opah...........

Sessi dapat duit dari atuk........yahuuuuuuuuu

Sedang bersedia untuk menziarahi kubur mereka yang telah tiada.......emmm berani gak diorg yek.....ye lah kubur...tempat orang meninggal aka mati.......dan ada kaitan dgn hantu cam dalam cerita2 seram tu........tapi takde le kami takut2 kan pulak bagi menghalang anak2 pegi....biar la anak2 tahu suasana kubur tu sendiri camana sebab kat Shah Alam dan KL susah nak jumpa........
Nur Farah Ain dan Alia Batrisyia........

Dari kiri cepat jalan..........
Ehhhhehh.....dari kiri Alia,Fikri,Ashraf.Shamimi,Natasha,Farah Ain dan sikecil Firdaus.........

Malam menjelang Aidilfitri.....Firdaus kalau main bunga api memang serius..........muka paling serius masa nak nyalakan bunga api........

Hari kedua Aidilfitri.........Hakimi dan Firdaus........

Sehingga jumpa lagi di lain masa dan kalau ada lagi gambar raya akan di upload kemudian..........
Wassalam...........