Jumaat, 30 Oktober 2009

Ini pendapat dan pandangan saya........

Salam,
Baru-baru ini ada sahabat baik saya mengajak saya sebagai downline dia dalam satu jenis kumpulan yang saya tak pasti nak sebut samada sejenis dengan UPTREND ataupun MLM.Yang pasti kumpulan aka syarikat yang sahabat baik saya masuk ini juga memerlukan downline bagi memastikan bonus upline.Saya dengan lemah lembut telah menolak pelawaan sahabat baik saya itu dengan harapan dia tidak berkecil hati kerana saya fikir saya belum cukup susah dan terbelenggu hingga memerlukan income yang beribu-riban setiap hari mahupun setiap bulan.Bukanlah bermakna saya hendak hidup susah tetapi saya masih yakin dengan income saya dan suami setiap bulan untuk membayar apa jua jenis perbelanjaan kami.Lagipun kami sentiasa membuat kira-kira setiap bulan bagi memastikan perbelanjaan kami tidak melebihi had dan masih lagi ada peruntukan untuk simpanan dan perbelanjaan sampingan sekiranya berlaku kecemasan dan setakat ini alhamdullilah rezeki yang diberkati Allah sentiasa mencukupi walaupun tidak mewah.
Mengapa saya tidak mahu?
Entahlah......mungkin kerana ada kawan-kawan suami saya pernah terlibat,terkena dan malahan tiada perubahan dalam hidup apabila menyertai skim atau syarikat mudah dapat duit ini menyebabkan kami juga kurang berminat untuk menyertainya.Lagipun hendak menyertai satu-satu kumpulan memerlukan kita mengeluarkan modal yang agak besar yang kami rasa agak payah untuk dikeluarkan.Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah dan kami tidak mahu jadi susah atas sebab kesilapan kami sendiri.....Saya sering juga melawat blog sahabat baik saya ini,membaca tentang kejayaannya mendapat sokongan dan imbuhan......namun ianya masih belum mampu buat saya tertarik untuk menyertainya kerana saya masih tidak nampak apa yang cuba dijual oleh syarikat ini.Dan apabila kita tidak yakin tentang halal dan haramnya lebih baik kita tidak menyertainya...itu pendapat saya.Saya takut nak beri makan minum anak-anak saya apatah lagi ibubapa saya sedangkan saya tidak yakin dari mana imbuhan yang diterima itu datang.......Walaupun sahabat baik saya telah cuba menyakinkan saya bahawa syarikat ini benar-benar telus tapi saya sendiri pun belum berjaya menyakinkan diri saya untuk turut serta.Terima kasih pada sahabat baik saya kerana bersedia membawa saya berjumpa dengan Upline dia untuk memberi maklumat lebih lanjut memandangkan saya masih belum yakin namun saya tidak dapat memenuhi keinginan dia kerana saya tidak berminat.Dan bukanlah saya nak kata imbuhan yang sahabat baik saya terima itu tidak halal...TIDAK.....cuma kerana saya yang tidak yakin maka saya tidak mahu menyertainya.....Apabila kita tidak yakin samada makanan itu halal atau haram adalah lebih baik kita tidak menjamahnya dan haram apabila kita memakannya.........Dan terlalu banyak yang saya baca mengenai syarikat/MLM/Uptrend dan sebagainya......
Namun sebagai sahabat baik saya cuba untuk memberi sokongan kepada teman saya itu walaupun bukan sebagai downline dia.Dan saya harap dia akan berusaha mencapai apa yang diinginkan dan berjaya.Saya masih bersyukur dengan rezeki yang diterima biarpun kecil namun 100% halal insyaallah kerana saya terima setelah saya penat bekerja 8 jam 1 hari selama lebih kurang 24 hari 1 bulan dan bonus yang akan saya terima adalah apabila anak-anak saya berjaya dalam pelajaran atas keberkatan rezeki yang kami cari .
Janganlah salah anggap dengan catitan ini sahabat....ianya hanyalah luahan rasa yang tidak dapat disampaikan secara terus kerana bimbang sahabat akan berkecil hati.
Wassalam.

It's Friday again........

Monday.............

Friday.........


The true ghost stories.......are U ready?

A woman named Mrs. Andrews was visiting the grave of her daughter in a cemetery in Queensland, Australia in 1946 or 1947. Her daughter Joyce had died about a year earlier, in 1945, at the age of 17. Mrs. Andrews saw nothing unusual when she took this photo of Joyce's gravemarker. When the film was developed, Mrs. Andrews was astonished to see the image of a small child sitting happily at her daughter's grave. The ghost child seem to be aware of Mrs. Andrews since he or she is looking directly into the camera.
Is is possibly a double exposure? Mrs. Andrews said there were no such children nearby when she took the photograph and, moreover, did not recognize the child at all – it was no one she would have taken a picture of. She remarked that she did not believe it was the ghost of her daughter as a child. Investigating this case, Australian paranormal researcher Tony Healy visited the cemetery in the late 1990s. Near Joyce's grave he found the graves of two infant girls.

Freddy Jackson
This intriguing photo, taken in 1919, was first published in 1975 by Sir Victor Goddard, a retired R.A.F. officer. The photo is a group portrait of Goddard's squadron, which had served in World War I at the HMS Daedalus training facility. An extra ghostly face appears in the photo. In back of the airman positioned on the top row, fourth from the left, can clearly be seen the face of another man. It is said to be the face of Freddy Jackson, an air mechanic who had been accidentally killed by an airplane propeller two days earlier. His funeral had taken place on the day this photograph was snapped. Members of the squadron easily recognized the face as Jackson's. It has been suggested that Jackson, unaware of his death, decided to show up for the group photo.
Interesting side note: In 1935, Sir Victor Goddard, now a Wing Commander, had another brush with the unexplained. While on a flight from Edinburgh, Scotland to his home base in Andover, England, he encountered a strange storm that seemed to transport him through time into the future. You can read more about his experience in the article "Time Travelers" under the section "Flight Into the Future."

Cerita seram hujung minggu.......

Cerita seram aka lawak dari internet.........
Cerita 1
makcik aku cerita kat aku 2 minggu lepas dia keluar dari hospital sebab melahirkan anak. tapi cerita ni aku buat don't know jer sampailah aku sendiri bertanya pada sorang jururawat yang bertugas kat hospital tu. jururawat tu cakap yang perkara mcm tu memang selalu terjadi dan moral of the story is kepada pompuan2 yang masih subur.PLEASEEEE!!!! jangan jadi pengotor!mcm ni ceritanya.makcik aku ni dia baru je lahirkan anak yang ke 2. zaman sekarang nie kalau tak lahir kat hospital,susah nanti urusan dengan pendaftaran.silap2 kena denda.tapi tu hal lainlah.yang aku nak citer nie ialah masa malam(tak tau ler malam ape) makcik aku nie dia nak terkucil. so dia pun jalan le pi toilet.then dalam toilet tu dia nampak ada org pompuan lain selain dari dia.so dia pikir yang pompuan tu pun salah sorang pesakit mcm dialah.so dia buat don't know jelah.pompuan tu rambut panjang jatuh menutupi muka dan duduk mencangkung mengadap tong sampah.makcik aku ni tak le busy body nak sibuk ajak bertegur sapa.almaklumlahkan..dia sendiri berhajat nak melepaskan bebanan kumbahan dalam badan. so dia tak tegur lah pompuan tu.then di jalan le belakang pompuan tu.bila dia dah dekat dengan pompuan tu dia pun gatal le nak tengok apa pompuan tu buat.then dia ternampak yang pompuan tu tengah pegang tuala wanita yang berdarah dan menjilatnya.apa lagi,hilang sakit perut dan menjerit ler sekuat hati.then pompuan tu bangun dan terus terbang ke arah tingkap.lepas tu makcik aku cakap dia dah tak ingat aper2 dah.yang dia ingat lepas dia sedar,dia dah kat katil dia dan jururawat tengah kipaskan dia.
Cerita 2
ni member aku yang kena...masa tu dia tenah mandi kat dalam toilet..dalam toilet tu ada 4 bilik mandi..dia mandi dalam bilik mandi yang ke 3..dalam kul 4 pagi lbey tu memang tak ramai yang dah bangun..dia ni memang stok2 yang mandi dulu pastu tido balik...tengah syok2 mandi tu tiba2 dia terdengar bunyi bising dari luar..riuh semacam..dia pun pasang la telinga..suara macam budak2..tengah hentak2 kaki kat lantai..pelik la jugak mana datang budak kecik tu..dia terus slowkan paip..dengar pulak budak tu nyanyi2...pastu main kra2..dialog dia lbey kurang camni la.."e eh ada orang mandi la""a ah la"sambut yang len."Kat mana tu?""jom cari.nombor satu...nombor dua...nombor tiga...."senyap..member aku yan kat dalam baldi tu dah menggeletar dah..dah la air sejuk..sekali kena macam tu pulak..dia pasang telinga je..derap kaki budak2 tu makin dekat..bila dah ada kat depan pintu toilet no 3 tu dorang berhenti...berdebar dah minah tu...terasa macam pintu di ketuk bertalu2..."aini!Aini"member aku dah terdiam.macam mana la pulak dia tau nama aku ni...member aku memang dah cuak abes..."Aini,lepas kau mandi aku eh,"tiba2 aini macam tersedar..tu macam suara dorm mate dia..mana budak2 tadi tu...cepat2 dia bersiap..bukak je pintu memang dah tak ada sapa pun kat toilet..balik bilik je dia nampak member dia yang engah panggil dia tadi tengah tido...nak buat macam mana..nasib baik tak ada apa2 jadi..tapi tak serik2 pulak si aini tu nak mandi pepagi bute sorang2....
Cerita 3
Cerita nih jadi di Maktab Perguruan Tuanku Bainun Tahun 1994.Makcik Hindon nih keja sebagai cleaner kat MPTB, cerita nih aku dengar dari dia on her last day working at MPTB.Sehari sebelumnya.....Semalam dia kena duty sapu sampah kat library. Library kita org agak besar jg lah, ada dua tingkat dan tingkat atas tu biasanya lebih ramai yang berdating sambil belajar....Masa tu jam awal lagi dalam kul 8.30pagi, makcik nih startlah sapu sampah dari tingkat bawah naik ke tingkat 1. Kat ceruk di celah celah rak buku adalah sebiji meja yang agak tersorok skit (port dating) makcik nih nampak sorang student pompuan dok study kat situ, dari belakang nampak dia pakai baju kurung rambut lurus lepas bahu skit...Makcik nih buat dono sapu kat tempat lain dulu...Sapu punya sapu punya sapu jarak semakin dekat ngan budak pompuan tadi, makcik tu pon tegurlah tapi dari belakang dak pompuan tu.... "Tak ada kelas ka?" Dak pompuan tu geleng. Makcik cakap lagi "Berani dok kat atas nih sorang sorang tak takut ka? gelap lagi nih".... Tetiba jer makcik rasa ada benda melayang kot atas kepala, tengok jer atas makcik nampak budak pompuan tu dah terbang atas rak rak buku ala ala superman, makcik apa lagi pecut laju cam road runner turun bawah....Sampai kat bawah kerani perpustakaan dah bleh agak apa jadi, so dia suruh makcik tu mengucap dan istifar banyak banyak... Yang best nyer nakcik tu bleh cakap "Dah lah siang nasib baik aku tak nampak muka dia"...begitulah cerita Macik Hindon kat aku.Ok lah nak, makcik nak balik dah, hari nih last day makcik minta maaf kalau ada salah silap... Chow...Makcik pon kayuh basikal trurn bukit sambil melambai tangan kat Pak Guard ketika melwati guard post...
Nanti lain kali cerita lagi........

Rabu, 28 Oktober 2009

Rumah......


Adakalanya hidup kita ni perlukan angan-angan sebagai pemberi dan penaik semangat untuk mencapai apa yang diinginkan disamping dorongan dan sokongan orang tersayang.Dan,impian itu saya mulakan dengan menyimpan pelan dan rekabentuk rumah yang boleh didapati dalam internet........kelebihan kuasa IT.Seronok bila berangan ni walaupun berangan jadi kaya tak pernah saya fikirkan.....tak terfikir pun akan jadi orang kaya pada suatu hari nanti.Kalau nak kata saya ni jenis suka duduk ditakuk lama,terserah la......sebab saya lebih senang hidup bersederhana.Bukan tak pernah hidup susah memandangkan ibu saya merupakan Ibu Tunggal tentu anda semua boleh bayangkan kepayahan dan keperitan kehidupan kami di KL ini namun alhamdullilah saya bersyukur kerana kesusahan kami dulu tidak memaksa saya melakukan kerja yang tidak halal atau menjadikan saya orang yang tidak baik,terima kasih mak sebab mendidik saya dan kakak agar menjadi manusia yang berguna.Dan,hingga kini setelah berkeluarga walaupun saya masih belum menjadi kaya, saya tidak kisah janji kami sekeluarga tidak menyusahkan ahli keluarga yang lain, buat masa ini dan seterusnya Insyaallah.Saya percaya pada rezeki kurniaan Illahi kerana yang penting usaha kita untuk mendapatkannya adalah dengan menggunakan tulang 4 kerat kita sendiri.
Berbalik pada angan-angan saya, diatas saya sertakan gambar salah satu dari banyak contoh pelan rumah yang saya simpan untuk digunakan apabila tiba masanya....walaupun masih jauh jarak waktu itu.Dan,insyaallah jika jodoh dan usia kami panjang........AMIN.Sebenarnya pelan rumah itu adalah contoh pelan rumah US tapi saya sukakan rekabentuknya.Susun atur pelan itu boleh diubah mengikut kehendak kita dan contoh ini akan saya jadikan panduan untuk membina rumah nanti.....insyaallah.
Heeheeehhee....dalam hal sebegini memang saya yang terlampau teruja dibandingkan suami saya kerana suami saya tidak berminat untuk memikirkan perkara yang bakal terjadi 10 @ 20 tahun lagi,dia lebih suka memikirkan apa yang ingin dicapai dalam tempoh terdekat......Pada dia dalam tempoh 10 tahun macam-macam boleh berlaku.....benar juga tu namun itu tidak pernah mematahkan semangat saya untuk berangan :-).
Akhir kata selamat berangan pada semua pembaca.........:-P

Jumaat, 23 Oktober 2009

Kerja.........

Salam semua,
Alhamdullilah,Jumaat tiba lagi.....setiap hari Isnin saya bertanya bilakah tiba hari Jumaat.Mengapa? Sebab malas nak memandu....macamana orang lain boleh mempunyai minat dan hobi memandu yek? Mungkin kerana mereka bukan penakut macam saya......Dan,kekadang saya jadikan alasan itu untuk berhenti kerja yang menyebabkan saya diketawakan oleh suami saya......emmmm kalaulah dia tahu apa yang bergolak dalam hati saya di setiap pagi bila saya memegang stereng kereta! Mungkin ada juga dikalangan pembaca yang turut ketawakan saya tapi jangan terkejut bila saya katakan ada dikalangan lelaki juga mempunyai fobia macam saya......LELAKI yang kita tahu punya perasaan berani dan mengaku diri gagah ada perasaan fobia bila memandu........eemmm macam pelik,kan.Tapi,kalau dah takut tu tak kira apa jantina pun sebenarnya.Saya dah cuba relaks bila memandu tapi bila nampak kereta bersimpang-siur mula la berpeluh tapak tangan.....kadang-kadang sampai aircond pun lupa nak 'on'.......emmm patut le rasa panas je dalam kereta......haaahahaha.Bila dah selamat sampai ofis @ rumah, saya relaks jap dalam kereta sebab nak hilangkan rasa lenguh (gigil) kaki saya.....pasni nak panjat tangga lagi,kan.Keluar pun awal pagi,6.45am saya dah bergerak sebab tak nak bertembung dengan kesesakan tapi waktu balik tak dapat nak elak le sebab lagi lambat balik lagi banyak kereta...so terpaksa redah je la.....
So.....ALHAMDULLILAH hari Jumaat dah tiba......pasni Sabtu, Ahad....ALAMAK dah masuk Isnin.......cepatnya......:-(

Rumah..........

Salam semua,
Semalam ada baca dalam surat khabar pasal banglo Linda Onn - cantik,menarik, tertarik.....eee bertambah le keinginan nak tinggal kat rumah teres ni walaupun tak sebesar dan secantik rumah Linda Onn tapi teringin gak nak hias rumah macam rumah dia......Ada taman untuk bercucuk-tanam atau buat kolam ikan ke.........tentu cantik.Tapi itu la,belum ada kepastian dan keputusan yang tepat lagi.Kalau tak jadi di kawasan Semenyih atau Dengkil, husband saya tetap akan cari jugak rumah teres....mungkin di kawasan Sungai Buloh atau persekitarannya. Dan,semuanya bergantung pada keadaan kerjanya......Buat sementara itu saya cuma boleh berangan-angan apa yang akan dibuat bila sudah mempunyai rumah itu...hehhehee.
Jumpa lagi........

Khamis, 22 Oktober 2009

Darah tinggi semasa kehamilan.......

Ibu hamil yang menghidap darah tinggi tidak perlu memilih makanan mereka kerana darah tinggi ini lain daripada darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh orang yang tidak mengandung. Pendek kata ia tidak ada kena mengena dengan darah tinggi yang disebabkan oleh makanan seperti pengambilan garam berlebihan.
Wanita hamil mengalami darah tinggi adalah disebabkan kehamilannya, uri dan bayi itu sendiri. Perkembangan uri sangat penting semasa proses kehamilan berlangsung. Di dalam uri terdapat banyak saluran darah. Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri (spiral arteri) tidak berkembang seperti sepatutnya (mengecut) dan menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna. Jadi sebaik sahaja bayi dilahirkan darah tinggi pada ibu mengandung itu akan turun. - Pakar Obstetrik dan Ginekologi dari Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. S. Silvam dalam Ibu Hamil Waspada darah Tinggi, Utusan Melayu

Kesihatan

Salam semua,

By now you realize that you cannot control stress and that, as long as you live in the world, you are going to encounter some sort of stress in your life. You have probably learned the types of stress that you have encountered as well as the types of stress that you were able to control and those of which you had no control.You have also learned that although you cannot control stress in your life, you can control the way that you react to stress. You have learned the difference between negative reaction and positive reactions.
There are many different ways you can alleviate stress in a positive manner. Here are a few positive steps to alleviate stress:
1.Breathing exercises. Breathe in through your mouth and out through your nose. Take deep breaths and count to 10 in between each breath. Try to hold the air in your lungs for at least 10 seconds before exhaling through your nose.
2.Get into a routine of watching a certain television program every evening and stick to it. Make sure that it is entertaining and funny. You can look forward to seeing this bit of entertainment each night and this will put some stability in your life.
3.Get a dog. Although a dog may be stressful at first, a dog will force you to slow down when it comes to life. Like people, dogs thrive on routine. In addition to getting you to slow down, a dog will also help you settle into a routine.
4.Find a creative pursuit. Stifled creativity can be very stressful for some people. This can also be the reason for your stress. Taking up a hobby that is fruitful such as painting or writing, can not only relieve your stress but eliminate the stress.
5.Read a book before bed instead of taking sleeping pills. Reading a book is a natural way to relax and is a much better for insomnia than sleeping pills.
6.Join a gym and force yourself to go. You may be more inclined to exercise if you actually shell out some money for the club. In addition to exercising, you will also get to meet different people.
7.Join a group where you can meet people who have interests similar to your own. This will give you a renewed sense of confidence, enable you to make new friends and get your mind off of your own stressors.
8.Volunteer to help someone else. Sometimes, just seeing other people who are way worse off than you is a real eye opener and instant stress relief. You end up doing something nice for another person who needs the help and everything gets put in its proper perspective.
9.Take a fast walk or run around the block. Sometimes, just getting out in the fresh air and running is a giant stress reliever. If nothing else, it is good exercise. Chances are that you will feel refreshed when you return home.
10.Cry! Johnnie Ray said it best - “go on baby and cry!” Crying, like laughing is a great way to release stress in an instant. Sometimes we all need a good cry. If you have been bottling up emotions, let it out by crying and chances are you will feel better.

Rabu, 21 Oktober 2009

Rumah......

Salam semua,



Walaupun sebelum ini tidak berminat untuk berpindah kemana-mana sehinggalah pencen nanti dan membuat rumah diatas tanah yang suami saya beli....tetapi kerana suami saya beria-ria ingin membeli rumah teres idamannya saya pun dah jadi macam begitu berminat 'searching' dalam internet mana-mana projek perumahan baru yang mampu dimiliki di kawasan Sepang,Dengkil,Semenyih dan Kajang.
Kenapa di kawasan sana? Sebabnya suami saya telah mula bertugas di Cyberjaya kerana sekarang ini perjalanan dari rumah kami ke Cyberjaya mengambil masa diantara 40minit ke 1 jam bergantung kepada keadaan trafik.Walaupun saya sendiri tidak pasti berapa lama dia akan bertugas disana .Saya malas nak berpindah-randah ni kerana perlu mengotakkan semua barang terutama pakaian.....macam dulu semasa berpindah keluar dari rumah sewa ke rumah sekarang ni, memang banyak le kami 'let go' t'shirt.Baju-baju tersebut bukan le tak elok malah ada yang kelihatan masih baru tetapi dek kerana dah terlampau banyak sampai berkotak-kotak jadi kami mengambil keputusan untuk menghantar sebahagian ke pusat kitar semula dimana mereka terima baju-baju lama yang masih dalam keadaan baik.
Yang saya risau ialah apabila suami habis belajar nanti....kira-kira 2 1/2 tahun lagi, dia akan mencari kerja lain yang sesuai dengan kelulusannya dan perlu kembali bertugas di Kuala Lumpur dan perjalanan ke tempat kerja kembali jauh.......melainkan dia mendapat peluang kenaikan pangkat berdasarkan kelulusannya kemungkinan dia akan terus kekal bekerja di situ.....semuanya bergantung pada situasi kerja dia.
Emmm......kembali kepada cerita rumah baru ni, saya lebih berminat kepada rumah 1 tingkat walaupun suami saya lebih suka 2 tingkat.Well....memang apa yang suami saya katakan ada logiknya....20x70 1 tingkat lebih kecil dibandingkan 20x70 2 tingkat tapi saya lebih pentingkan tahap kerajinan saya dimana saya kena panjat tangga semata-mata nak mengambil baju sehelai di tingkat atas.......lenguh tu.Apapun semuanya terserah pada kewangan kami.......jika suami saya mampu membeli rumah 2 tingkat maka saya pun tidak boleh buat bantahan kerana hujung bulan nanti dia yang akan membayarnya,bukan!
Tengok la nanti jika ada rezeki kami untuk mendiami rumah teres pula...........

Jumaat, 16 Oktober 2009

Blighted Ovum

Ia terjadi kerana apabila berlaku persenyawaan dan implantasi, cuma pembentukan uri sahaja yang berlaku tetapi janin tidak terbentuk. Ia selalunya akan berlaku pada 6-12 minggu kehamilan dan penyebab utama keguguran pada trimester pertama.
Apa yang berlaku?
Setelah implantasi berlaku, selalunya kehamilan akan berlaku seperti biasa, walau bagaimanapun, sekiranya janin tidak normal, proses kehamilan akan terganggu dan berhenti. Ini adalah cara untuk badan kita mempastikan cuma janin yang normal sahaja akan membentuk dan membesar. Ia kebanyakan berpunca oleh kromosom yang tidak normal samada dari sperma atau telur.
Walaupun blighted ovum ini kerap berlaku, tetapi ia jarang terjadi 2 kali berturut-turut kepada wanita yang sama. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku keguguran berulangan, doktor mungkin akan membuat penyiasatan yang lebih mendalam. Ia juga boleh berlaku pada kandungan kembar, di mana salah satu telur yang bersenyawa tidak berkembang manakala yang satu lagi membentuk seperti biasa. Ini dipanggil blighted twin.
Masih rasa hamil
Walaupun janin tidak membesar, selalunya wanita begini masih merasa seperti wanita hamil yang lain kerana hormon kehamilan masih ada di dalam badan, dan sekiranya ujian kehamilan dilakukan ia masih lagi positif.
Tanda-tanda
Tanda-tanda biasa termasuklah pendarahan kecil, sakit ari-ari dan pendarahan dari faraj. Ujian ultra-bunyi akan memberikan kepastian samada janin masih hidup atau mati. Ia selalunya akan menunjukan karung kosong tanpa janin di dalamnya.
Dapatkan rawatan
Blighted ovum selalunya akan gugur sendiri secara beransur-ansur tetapi kebanyakan wanita memilih untuk menjalani D&C sebaik sahaja diagnosa dibuat. Bagi mereka yang mengalami komplikasi seperti jangkitan kuman, kesakitan atau pendarahan yang banyak, D&C akan disarankan kerana ia boleh membahayakan rahim.
D&C adalah satu prosedur kecil di mana tisu yang tertinggal akan disedut dan dikikis keluar (scrape) dengan berhati-hati. Walaupun ia tidak merbahaya, ada sedikit risiko parut pada rahim yang boleh memberi kesan kepada kesuburan.
Peluang hamil pada masa hadapan
Blighted ovum tidak memberi kesan terhadap kesuburan anda dan kebanyakan wanita (>80%) akan hamil secara normal tanpa sebarang masalah. Walau bagaimanapun, dinasihatkan agar anda menunggu selama 2-3 bulan selepas ia berlaku untuk badan dan emosi anda pulih sepenuhnya.

Gambar lama.....

Salam semua,
Tak tahu nak susun camana gambar-gambar.....yang lama ke yang baru dulu......walau apapun harap seronok melayarinya......
Dibawah ini adalah lukisan pertama dari Fikri,dilukis masa dia umur 4 @ 5 tahun.......

Ini Firdaus masa berusia 1 setengah bulan...........

Gambar dalam usia 3 bulan

Ini gambar masa dalam usia 4 bulan.......mula belajar merangak

Gambar di ambil masa tengah nak rasa kereta ni sedap ke tak......usia dalam 3 bulan

Gambar diambil sempena Merdeka....usia 8 bulan

Gambar diambil masa pertunjukan pesawat ringan di LTSB....usia 1 tahun lebih

Farah Ain bertudung........usia 2 tahun.
Fikri dan Farah dalam perjalanan balik kampung
Masa ni berkawan baik.......tapi sekarang eeemmmmm.........
On the way naik ke Genting Highland.....kami memang rajin benar bawa anak2 berjalan..........
Farah Ain dan buku......biasa la masa usia sebegini buku2 berwarna memang jadi kegemaran.....
Takde sapa nak bawa jenjalan naik motor jadik terpaksa le dia bergambar je..........
Gambar diambil masa tunggu speed-boat nak ke Tioman
Gambar Fikri yang paling relaks........
Permata hati kami.......suka,geram,gembira,menangis.......semuanya dari mereka........
Gambar kini.........
Sekian je..........















Kerja.........

Salam semua,
Ada dua lagu yang ada kena-mengena dengan kerja tetapi berbeza tujuannya.

La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!

Dan.......,

Makin aku meronta
Makin aku didera
Makin aku mencuba
Makin aku terseksa
Katakanlah sayang

Aku hanya berangan
Hentikanlah...... Kerja gila
Hentikanlah.... Kerja gila
Hentikanlah.....
Kerja gila ini

Tapi,kedua-duanya boleh dikatakan mengambarkan perasaan saya pada kerja dan kehidupan saya.Tak tahu la mungkin dah terlalu lama kerja sehingga timbul perasaan bosan yang kronik.Mungkin saya tak sama dengan mereka yang boleh bertahan sehingga 20-30 tahun kerja di tempat yang sama atau mungkin mereka sendiri bosan tetapi kerana tiada peluang untuk mencari kerja di tempat lain maka terpaksa la mereka berada di tempat yang sama sehingga tiba masa untuk pencen.........Dan saya sendiri sedang menunggu masa yang sesuai untuk melepaskan kerja saya ini dan memulakan langkah baru dalam bidang lain walaupun suami saya sebenarnya amat-amat tidak menggalakkan....Ada masanya kita terpaksa memikirkan diri kita dahulu,apa yang kita inginkan disamping tidak mengabaikan tanggungjawap kita kepada keluarga dan saya fikir saya tetap akan menjalankan tanggungjawap saya walaupun saya sudah tidak lagi kerja makan gaji.......
Cuma masanya belum tiba.....

JOKES OF THE DAY

Well, not everyday is a happy day not for everyone atleast.........
.And when comes to work become the worse day of your life then your really need something to make a smile on your face..........
Do everybody feel the same way about their job.........?

Emmmm......sometimes admitting of doing something(bad) is not a good idea..........

Hah......this is not a very good example of my job but still sometimes it make me feel the same way........


Enjoy...........

Khamis, 15 Oktober 2009

Apabila emosi mengatasi akal fikiran dan kewarasan.....

http://www.malaysianinsider.com/index.php/opinion/zulhabri-supian/36810-ganyang-malaysia-
SEPT 4 -- “Ganyang”, “hancur”, “jatuh” dan yang sama erti dengannya merupakan satu perkataan yang mudah untuk diungkap. Lagi-lagi jika ditiup dengan api kemarahan, kebencian, prejudis dan yang lebih murni, kekecewaan.
Di Malaysia sendiri, saya sering mendengar dan kadang kala meneriak juga kata-kata seperti “Hancur BN”, “Jatuh Mahathir” dan yang sebaya maksudnya apabila keadaan dan suasana memerlukan saya berbuat demikian.
Saya sekarang berada di Jakarta dan Insya Allah akan meraikan hari lebaran (Hari Raya di Malaysia) 1430 Hijrah di tanah seberang. Sungguhpun ini bukanlah kali pertama saya ke Indonesia, saya pasti tidak terlepas untuk dipertanyakan tentang hal-hal yang membangkitkan rasa panas dan sensitif di sini terhadap Malaysia. Daripada isu pencerobohan armada Tentera Laut Diraja Malaysia di Ambalat (tidak pasti sama ada ia benar terjadi) yang sedang di dalam peringkat rundingan kedua-dua negara, kes Manohara, kes Malaysia sebagai pengeksport pengganas, isu maling (gelar untuk pencuri) lagu-lagu dan adat budaya dari Indonesia (yang terkini isu tarian pendet dari Bali), penindasan terhadap TKI dan beberapa lagi.
Oleh kerana akan berada di sini agak lama juga, saya membuat keputusan untuk menyewa kosan, istilah untuk bilik yang disewakan secara kontrak mengikut tempoh-tempoh tertentu. Agak mengejutkan juga apabila teman saya di sini menasihatkan untuk tidak mendedahkan identiti bahawa saya orang Malaysia kerana mungkin nanti dicurigai sebagai pengganas (terima kasih kepada Noordin Mat Top) dan yang sama erti negatif dengannya. Hal ini tidak dapat ditutup kerana pemilik kosan ini meminta saya memberi salinan KTP (Kartu Pengenalan Diri), maka akhirnya saya memberitahu pemilik yang saya panggil “Ibu” asal usul saya.
Syukur semuanya positif walaupun bertalu-talu juga disiasat dan setelah itu dipersoalkan tindakan-tindakan yang dilakukan Malaysia terhadap Indonesia, mujur saya tidak memberi apa-apa respon selain mengangguk dan tidak cuba untuk membuka diskusi, takut-takut nanti dihalau keluar. Jelas yang tergambar di sini adalah sikap sebahagian masyarakat Indonesia yang senang terpedaya dan termakan emosi nasionalisme sempit yang disensaikan oleh media-media di Indonesia, kebebasan media yang dirayakan setelah kejatuhan Suharto. Layari sahaja forum-forum anti-Malaysia dan juga anti-Indonesia untuk melihat betapa parahnya kebencian yang sedang merebak luas ini.
Namun di satu sisi yang lain, teman-teman saya di kalangan penulis, aktivis NGO, pemuzik, pencinta sukan pemotoran, pencinta kembara, pekerja seks, teman tapi mesra (TTM) dan bermacam-macam lagi mengalu-alukan kedatangan saya ke tanah mereka dengan hati yang gembira dan terbuka. Mereka ini sama seperti masyarakat Indonesia lain, sering menonton berita yang hampir setiap masa menghiasi kaca televisyen dan membaca surat-surat khabar harian yang dijual di mana-mana hatta di persimpangan jalan. Namun apa yang membezakan kelompok ini dengan yang lain adalah mereka inginkan maklumat yang seimbang dan berdasarkan fakta berbanding semangat dan emosional bersuntik nasionalisme melampau.
Dari sumber : THE MALAYSIAN INSIDER

Rabu, 14 Oktober 2009

Jamuan raya anjuran CSM Selangor

Salam semua..........
Jamuan rumah terbuka CSM Selangor ini telah diadakan pada 8hb Oktober yang lalu.Saya yang bertugas di unit Complaint dan kawan-kawan yang lain telah sepakat untuk manjamu para jemputan dengan ROJAK MAMAK..........tapi bila dah terhidang kat meja kitorang, nama ROJAK tersebut telah bertukar kepada ROJAK COMPLAINT....eemmm nasib baik takde yang buat complaint rojak tak sedap ke,tak cukup ke atau sebagainya.......
Ini kak Rozita sdg berposing sambil mengisi bahan2 rojak kedalam bekas dan saya sendiri kebetulan je berdiri di situ...bukan enter frame yek!

Dari kiri Norlela,kak Kasmah,Azah,kak Rozita,kak Hamidah,kak Zarina dan saya.........

Beramai-ramai memenuhkan bekas (atau memenuhkan gambar?) sementara menanti para jemputan tiba..........

Jumpa lagi..........

Aidilfitri 2009

Salam semua..........,
Hari pertama boleh makan pepagi.......walaupun ada diantaranya memang tak berpuasa...heehehehehe.Tahun ni beraya di Kampar Perak untuk 3h 3mlm je sebab Rabu 23hb ibu dah kena kerja........

Sessi bermaaf-maafan dan yang penting sekali angpaunya.......abang Fikri tentu le dpt terlebih sudah dari adik-adik sebab dia berpuasa penuh,alhamdullilah........Farah pun mengaku puasa penuh gak walaupun ibu lebih tahu cerita yang sebenarnya......emmm dapat le kurang sikit dari abang....Firdaus? Tak tau ayah bagi berapa sebab dia memang tak puasa sebulan........

Sessi bergambar dengan atuk dan opah...........

Sessi dapat duit dari atuk........yahuuuuuuuuu

Sedang bersedia untuk menziarahi kubur mereka yang telah tiada.......emmm berani gak diorg yek.....ye lah kubur...tempat orang meninggal aka mati.......dan ada kaitan dgn hantu cam dalam cerita2 seram tu........tapi takde le kami takut2 kan pulak bagi menghalang anak2 pegi....biar la anak2 tahu suasana kubur tu sendiri camana sebab kat Shah Alam dan KL susah nak jumpa........
Nur Farah Ain dan Alia Batrisyia........

Dari kiri cepat jalan..........
Ehhhhehh.....dari kiri Alia,Fikri,Ashraf.Shamimi,Natasha,Farah Ain dan sikecil Firdaus.........

Malam menjelang Aidilfitri.....Firdaus kalau main bunga api memang serius..........muka paling serius masa nak nyalakan bunga api........

Hari kedua Aidilfitri.........Hakimi dan Firdaus........

Sehingga jumpa lagi di lain masa dan kalau ada lagi gambar raya akan di upload kemudian..........
Wassalam...........





Jamuan perpisahan...

Salam semua..........,
Heeheeehee....dah lama tak update yek!.......Ini adalah jamuan perpisahan buat diriku...huhuhuhu......Hari tu nak pindah sangat......sekarang ni cam tak pasti.....tapi sebab dah dapat pegi je la....Hari-hari terakhir berlhidmat di Group Marketing..
Gambar atas bersama dengan Asmaa......baru je kenal beberapa bulan tapi dia ok.....kira boleh masuk la group kitorg.......kalau tak boleh dah lama kitorg 'pulau'kan......heeehehehehe...........
Masih solo tapi not available I think........betul ke Asmaa?Gambar bawah tu masa kak Razlen sedang beri sikit ucapan dan kata2 perangsang sambil senduk mihun goreng......emmm......terima kasih atas tunjuk ajar dan bimbingan selama 1 tahun kita bertugas bersama..........
Sedang cuba menelan mihun goreng yang sedap ni walaupun tekak rasa tersekat-sekat.........Yang gambar bawah ni bersama dengan Cik Khalidah dan hadiah pemberian teman-teman.........



Ni pulak gambar dengan Kak Norsham Abdullah Sani





Emmm.......mana gambar dengan Waty yek?