Memaparkan catatan dengan label Angan-angan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Angan-angan. Papar semua catatan

Rabu, 25 Januari 2012

Semakin membesar....2

Salam wahai pembaca......,
InsyaAllah,lagi 2 bulan Cik Farah Airin akan berusia 6 bulan.Saya beritahu bbsitter Cik Airin_k Ida, yang saya hanya akan mula  memberi makanan kepada Cik Airin apabila dia berusia 6 bulan.....Walaupun jawapan K Ida tu agak menggetarkan perasaan saya...wow menggetarkan....hehehhee namun saya benar-benar berharap Cik Farah Airin hanya akan mula makan selepas berusia 6 bulan.K Ida kata..."klu dia tak meragam boleh la....kalau dia meragam akak bagi je biskut pada dia"...ooooo tidak la hendaknya.........Saya buat alasan...tak yah la makan awal ye sbb Cik Airin dah tembun....hehhehee.Boleh?
Dan,saya dalam perancangan mencari HAND BLENDER.....sejak melahirkan Cik Arissa saya dah cari benda ni....bukan sebab tak jumpa tp sebab budgetnya asyik ketandusan jek....semoga kali ini saya berjaya mendapatkannya,AMIN.......*_*.Masa Cik Arissa dulu memang projek penyediaan makanan utknya kurang menjadi....saya cuma sempat menyediakan bekal makanannya setakat usianya 8 bulan sahaja......gara-gara kurang kelengkapan......tiada THERMOS untuk bekal makanan panas dan tiada HAND BLENDER yg boleh membuat puri makanan dgn lebih baik...alasan ke tu?Tidak,sbb saya tetap buat bekal makan dan menggunakan blender biasa...cuma makanan yg diblend tu samada tidak begitu halus atau terlalu cair dan sudahpun sejuk ketika Cik Arissa hendak makan......@_@
Jadi,saya berdoa semoga misi saya pada kali ini lebih teratur dan berjaya..........
Tak sabar nak sediakan makanan yang menarik utk Cik Airin....sama macam saya seronok menyediakan BENTO untuk En Fikri,Cik Ain dan En Firdaus bila mereka ke sekolah.Emmm.....belum boleh dianggap BENTO sebenar kerana belum lengkap aksesorinya......namun saya berusaha menyediakan bekal yg menarik supaya anak-anak suka bawa bekalan dari rumah........Tapi kalau ikutkan memang saya ni jenis sukakan gadget yang unik-unik tidak kira samada peralatan tulisan hingga ke barangan dapur...memang suka......
So,saya akan update jika saya telah berjaya memilik HAND BLENDER itu.....tungguuuu.
Wassalam.

Rabu, 28 Oktober 2009

Rumah......


Adakalanya hidup kita ni perlukan angan-angan sebagai pemberi dan penaik semangat untuk mencapai apa yang diinginkan disamping dorongan dan sokongan orang tersayang.Dan,impian itu saya mulakan dengan menyimpan pelan dan rekabentuk rumah yang boleh didapati dalam internet........kelebihan kuasa IT.Seronok bila berangan ni walaupun berangan jadi kaya tak pernah saya fikirkan.....tak terfikir pun akan jadi orang kaya pada suatu hari nanti.Kalau nak kata saya ni jenis suka duduk ditakuk lama,terserah la......sebab saya lebih senang hidup bersederhana.Bukan tak pernah hidup susah memandangkan ibu saya merupakan Ibu Tunggal tentu anda semua boleh bayangkan kepayahan dan keperitan kehidupan kami di KL ini namun alhamdullilah saya bersyukur kerana kesusahan kami dulu tidak memaksa saya melakukan kerja yang tidak halal atau menjadikan saya orang yang tidak baik,terima kasih mak sebab mendidik saya dan kakak agar menjadi manusia yang berguna.Dan,hingga kini setelah berkeluarga walaupun saya masih belum menjadi kaya, saya tidak kisah janji kami sekeluarga tidak menyusahkan ahli keluarga yang lain, buat masa ini dan seterusnya Insyaallah.Saya percaya pada rezeki kurniaan Illahi kerana yang penting usaha kita untuk mendapatkannya adalah dengan menggunakan tulang 4 kerat kita sendiri.
Berbalik pada angan-angan saya, diatas saya sertakan gambar salah satu dari banyak contoh pelan rumah yang saya simpan untuk digunakan apabila tiba masanya....walaupun masih jauh jarak waktu itu.Dan,insyaallah jika jodoh dan usia kami panjang........AMIN.Sebenarnya pelan rumah itu adalah contoh pelan rumah US tapi saya sukakan rekabentuknya.Susun atur pelan itu boleh diubah mengikut kehendak kita dan contoh ini akan saya jadikan panduan untuk membina rumah nanti.....insyaallah.
Heeheeehhee....dalam hal sebegini memang saya yang terlampau teruja dibandingkan suami saya kerana suami saya tidak berminat untuk memikirkan perkara yang bakal terjadi 10 @ 20 tahun lagi,dia lebih suka memikirkan apa yang ingin dicapai dalam tempoh terdekat......Pada dia dalam tempoh 10 tahun macam-macam boleh berlaku.....benar juga tu namun itu tidak pernah mematahkan semangat saya untuk berangan :-).
Akhir kata selamat berangan pada semua pembaca.........:-P