Selasa, 27 April 2010

Kembali bercerita........

Salam,
Jarang-jarang dapat buka blog saya ni dlm masa berpantang sebab Firdaus jarang nak ke tadika lagi pun rasa nak berehat je....
Hari ni Firdaus demam lagi..tak tahu samada berjangkit dengan kakaknya yang demam 2 hari lepas atau kawan di tadika...nasib baik mahu makan ubat demam tapi yang berperisa strawberri je...emmm tak kisah le janji makan.Nak lekatkan COOL FEVER kat dahi dia punyalah payah jadi kenalah kerap lap-lapkan badan dia dengan air sejuk.Kalau anak demam saya paling risau waktu malam sebab takut tak tersedar kalau badan anak panas gila......itu yang buat saya tidur2 ayam je.Jadi sambil bangun susukan Arissa sambil lap badan Firdaus....tapi nampaknya sampai tengahari ni demamnya masih belum kurang......alahai camne ni suami pulak balik keje kul 9 mlm.Terpaksa le saya bagi ubat demam yang semakin nak habis tu.....Kalau ikutkan memang takde rehat walaupun sepatutnya masa berpantang kita boleh berehat....yang saya pantang cuma makanan je.....nak buat camne dah anak2 tak sihat.
Terpaksa berhenti bercerita........
Wasalam.

Khamis, 15 April 2010

Nur Farah Arissa.....

Salam semua,

Inilah dia permata hati kami yang baru.....gambar diambil di hospital oleh Zakiah Waty ketika datang melawat saya....




Masih tidak berpeluang mengambil banyak gambar sebab suami bekerja dan saya sendiri cuma ambil gambar dan simpan dlm handphone....Malas nak cari cable utk upload gambar ke pc...:p

Kembali bercerita..........

Salam semua,
Lama tidak bercerita.Hari ini Nur Farah Arissa sudah berusia 10 hari setelah dilahirkan secara pembedahan pada Isnin 5.4.2010.
Mengapa pembedahan?Emmm...kalau boleh saya sendiri memang tidak mahu melakukannya malah tidak terfikir akan melaluinya apatah lagi kelahiran 3 orang anak sebelum ini berlaku secara normal.Namun segalanya telah tersurat,semuanya akibat tekanan darah tinggi....dan mungkin juga menandakan Arissa bakal menjadi anak bongsu saya....wallahuallam.Ye la....sakit jahitan dan luka pembedahan susah untuk saya terima dan hadapi kerana saya perlu berpantang di rumah sendiri jadi kebanyakkan perkara dan urusan saya perlu lakukan sendiri.Cuma jika suami di rumah barulah senang sedikit kerana sekurang2nya makan minum saya ada yang melayan....Lagipun pergerakan agak terbatas kerana duduk bangun semuanya menyakitkan.....
Kadang terfikir camane ramai yang memilih untuk menjalani pembedahan dari melahirkan secara normal?
Kalau ikutkan rasanya memang lambat lagi waktu untuk Arissa lahir sebab bila doktor periksa katanya kedudukan bayi masih terlalu tinggi....jauh dari pangkal rahim.Tapi oleh kerana tekanan darah saya yang turun naik maka doktor nasihatkan untuk saya segera melahirkan....sedangkan saya rasa darah saya naik turun kerana stress tinggal di hospital lama sangat.Hari yang sepatutnya hari check-up menjadi hari pendaftaran masuk hospital........
Dan,saya sepatutnya perlu memeriksa tekanan darah saya setiap 2 hari sekali di klinik dan kemudian hadir ke hospital untuk pemeriksaan lanjut tapi saya rasa saya tidak sanggup lagi untuk ke hospital........stress.Takut kena tahan lagi...warded lagi sekali.....
Mana saya tidak stress....anak2 makin besar dengan pelbagai kerenah,tekanan tempat kerja-pergi dan balik kerja,perlu menguruskan makan minum keluarga dan pelbagai lagi.....Saya rasa kalau periksa tekanan darah saya sekarang pun mungkin ianya tinggi sebab stress kena jaga diri sendiri dan merasai luka pembedahan ini masa pantang.
Rasanya macam malas nak bekerja semula.......

Sabtu, 3 April 2010

Selamat hari lahir ke36...Ima

Salam,
Hari ini adalah lahir saya yg ke36....dan kali ini di sambut di hospital.Dah masuk hari ke 3 saya berumahtangga di PPUM ni....semuanya kerana kes BP yg tinggi....dah nak jadik nak buat camne.Hari yang sepatutnya hari untuk check-up biasa bertukar kepada hari pendaftaran masuk ke wad...heeeheehehee.
Semoga nanti semuanya selamat.