Selasa, 30 Disember 2008

Wedding photographer

Salam,
Untuk makluman semua pembaca,suami saya ada menyediakan perkhidmatan fotografi untuk para pengantin atau apa jua event yang memerlukan jurugambar.Disini saya sediakan link website dia untuk anda lawati : http://mylensa2u.fotopages.com/

Disini saya sertakan gambar terbaru yang telah diambil :


Hari kerja

Salam,

Hari ni kerja lagi.........tapi ramai staf kat ofis yang bercuti.Saya sambung cuti lepas 1 Januari memandangkan tahun ini Farah anak kedua saya akan mula bersekolah - darjah 1.Boring jugak tinggal sorang kat ofis ni tapi relaks la sikit sebab tak de la banyak sangat kerja..........

Anyway,nak sambung kerja lepas ni....

Jumpa lagi,insyaallah.

Isnin, 29 Disember 2008

Selamat pagi

Salam,

Bertemu kembali di arena blog.Hari ini bersama 29hb Disember 2008 adalah permulaan bagi tahun baru Islam.........penghijrahan baru akan bermula buat semua umat Islam.Tapi,apakah semuanya mahu dan akan 'berhijrah'?Tepuk dada tanya selera........sebab semuanya bergantung kepada nawaitu seseorang.Tiada siapa yang boleh memaksa dan tiada siapa yang boleh menentukan kecuali diri sendiri.Jika fikir fasal perubahan,banyak perubahan yang telah dilalui sejak dari kecil hingga dewasa dan masing-masing telah merancangkan kehidupan yang ingin dilalui cuma apa yang akan berlaku seterusnya adalah ketentuan Illahi.
Dan,saya sendiri sering merancang perjalanan hidup keluarga kami walau sedar ada waktunya sesuatu yang dirancang itu seringkali tidak kesampaian........merancang masa berkualiti dengan anak-anak dan juga merancang masa depan anak-anak.
Tapi yang pasti kehidupan perlu diteruskan

Jumaat, 26 Disember 2008

salam perkenalan

salam buat semua,
setelah sekian lama melayari laman blogger lain yang mana ada yg lucu,banyak yang menarik dan ada yang menjadi inspirasi untuk kehidupan yang lebih baik.Lalu menimbulkan minat saya untuk cuba mencipta blog saya sendiri......will it be interesting?Well,I'll try to be a good blogger and update it now and then....so welcome to my blog.