Jumaat, 27 Mei 2011

2 hari Teaming With Passion@Menara TM

Salam,

2 hari menghilang dari pejabat di Shah Alam kerana menghadiri kursus Teaming With Passion.....
Antara suasana yang boleh dilihat ketika kursus dijalankan....ini adalah hari ke-2.





Kalau ikutkan dalam keadaan berbadan dua ni memang agak malas nak berkursus jauh-jauh namun bila jatuh 'COMPULSORY'....nak buat camna lagipun nasib baik tak buat di TTC..heemmm......nun jauh di Setapak sinun...Lagilah bercinta nak pegi nanti...huhuhuuu.....

Apapun,bila dah tamat 2 hari tu memang le lega sesangat.....kejap jek rasa dah habis sebab aktiviti padat...ruang masa rehat dan lunch hanya secukupnya untuk buat apa-apa yang wajib.Saya akui saya bukan seorang yang mudah enjoy atau boleh joint dengan budak-budak muda...bila diajak menari atau buat persembahan memang saya surrender...hehehee......segan.Tapi bila nyanyi ramai-ramai,saya suka...mungkin kerana bila nyanyi ramai-ramai tak de la org dengar suara sumbang saya,kan....

Khamis, 19 Mei 2011

Arissa yang tidak sihat.........

Salam,
Sudah beberapa hari Arissa demam dan pada 17hb kami membawa dia ke klinik memandangkan demamnya tidak juga berkurangan.Dalam hati saya memang terdetik kemungkinan dia akan mendapat cacar air atau lesion....agak-agak je........
Tapi semalam waktu balik dah nampak bintik-bintik merah halus hampir penuh dimuka Arissa.....ala sian bucuk ibu tu.....layu jek mukanya.....dengan hidung dan mata yang berair....Dan dia asyik nak memerap jek...nak berdukung.......
Dan pagi ini bintik-bintik merah itu semakin jelas dilihat walaupun cuma disekitar bahagian kepala dan leher....

Semoga adik cepat sembuh sebab dah lama tak dengar adik gelak besar bila ibu gelikan badan dia...huhuuhuuuu....


Buat lawak pun dia tak nak senyum......hemmmm


Alahai.....muka tatak sunyum........cedeh jek rupanya.....

Rabu, 18 Mei 2011

WonderMilk Cuppies.........

Salam,

Hari Sabtu 14hb Mei....kerah suami pi UpTown Damansara utk beli cuppies dari WonderMilk...Dah lama tak makan so saja-saja mintak suami drive ke sana.....mesti hari ni jugak....hehehheee.Anak-anak memang suka cuppies WonderMilk sebab bila makan tidak muak....krimnya match dengan keknya....Lagipun anak-anak memang teruja bila tengok manik yang berwarna-warni tu......:P


Yang ini Cheese Cupcake dengan Cupcake bermanik...huhuuhuhuhuuu lupa lak nama sebenar......

Abang Fikri dengan cupcakenya......


Adik Arissa yang comot........habis dari kepala sampai kaki berkrim...hehhehehee



Akan beli lagi bila teringin....itu sudah pasti............

Khamis, 12 Mei 2011

Makan di De Palma, Shah Alam.....

Jamuan sempena perpindahan En Samsudin Hassan (ODM) ke Johor............

Bergambar dahulu sebelum makan...........Saya,Alina dan Adibah

Kak Suzana,Azrin,Lindawati dan Fazlin...........

Rafidah dan kak Hamidah......hidangan kami pada hari ini antaranya Ikan Siakap masak sos 3 rasa dan Ayam goreng bersos.....


Waktu makan kena concentrate.....


Kak Suzana menggayakan betapa sedapnya hidangan hari ini....huhuuhuuu


Rafidah yang habiskan ikan tu....buktinya kepala ikan kat tangan dia...hehhehehhee


Kenyang hari ni....kemungkinan sampai ke malam......

Rabu, 11 Mei 2011

Gambar di Beryl's

Beryl's Serdang.......7.5.11

Arissa yang takut dengan replika aiskrim gergasi.....




























Oleh kerana belum beli coklat sebenar....so ayah cuba nak rasa replika coklat ini....hehehhehe












Menunjukkan betapa panasnya hari itu.......





















Muka poyo jek......














Menjamu selera di Tesco The Curve.......

















Selasa, 10 Mei 2011

Mengandung lagi..........

Mungkin rasa terkilan sedikit kerana usaha utk menjarakkan tidak berjaya....namun saya sentiasa tetapkan dalam ingatan bahawa 'I'm the lucky one"...kerana apa?Kerana Allah telah beri peluang utk saya kembali mengandung instead of menunggu another 3 tahun....yang mana waktu itu usia saya akan memasuki 40 tahun.Jadi saya ambil perkara ini sebagai sesuatu yang positif........biar mengandung di usia ini daripada ketika usia 40-an.....sambil memujuk hati agar pasrah....



Dan, kemungkinan rasa terkilan itu timbul kerana peluang saya utk menyusukan dia sehingga usia 2 tahun juga terbantut setakat usianya 10 bulan.Saya cuba tetapi mungkin saya tidak sebertuah ibu-ibu yang masih boleh menyusukan anak walaupun mengandung.........InsyaAllah jika diizinkan Allah saya akan dapat peluang tersebut dengan anak ke-5 yang bakal lahir ini.


Amin.









Kembali berblogging....





Setelah sekian lama tiada kesempatan,hari ini dlm tempoh 15 minit ini saya akan upload gambar-gambar terbaru Arissa.....yang kini telah pun berusia 1 tahun 1 bulan....huh....baru perasan betapa lama tak jengok blog ini...















Masa ni sedang tunggu ayah utk ke Beryl's di Serdang...



Ketika di Beryl's....hari yg amat panas...so pekena aiskrim ya Arissa....