Memaparkan catatan dengan label EBM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label EBM. Papar semua catatan

Selasa, 3 Januari 2012

EBM....

Salam wahai pembaca,

Setelah tamat 30 hari pemgambilan SET B,stok simpan EBM saya bagi bulan Disember 2011 adalah sebanyak 671.5 oz.Tidak pasti ada berapa oz semua sekali (Nov+Dis) tetapi yang pasti DF saya dah penuh sesak kerana baru hari ini saya mula menggunakan EBM bulan Nov.Saya memang perlu sentiasa menggunakan EBM (2 fresh+ 4 EBM) agar rotation EBM berjalan dengan lancar dan tidak akan expired...sedih ooo kalau EBM dibuang akibat kelalaian sendiri.Walaupun simpanan EBM dalam DF boleh bertahan selama 6 bulan namun kenapa saya perlu simpan sahaja EBM selama itu sedangkan setiap hari saya perlu pam dan simpan stok baru untuk bulan-bulan akan datang aka merudum.Maka sebab itu rotation/pusingan penggunaan EBM perlu dilakukan lagipun lagi FRESH susu lagi baik untuk anak kita,kan.
Tapi hari ni takde eletrik selama 5 jam (10am-3pm) kalau mengikut notis yang dikeluarkan oleh pihak Penyelengara Bangunan.....besar le harapan saya semoga EBM tu terselamat semuanya kerana saya dah 'tanam' dengan ais-ais batu....Amin.Kerana itulah stok utk kegunaan Jan-Mac2012,insyaAllah.
Wasalam.

Rabu, 21 Disember 2011

Penyusuan susu ibu....bab ke 2

Salam wahai pembaca yg dihormati,
Ada teman telah bercerita tentang kesukaran dia untuk meneruskan penyusuan secara esklusif.Semuanya berpunca dari halangan di tempat kerja.....dimana ada dikalangan kawan-kawan teman saya ini mempersoalkan kebaikan susu ibu dan kesungguhan teman saya mengumpul EBM.Mungkin kerana kurang pengetahuan...bukan mungkin lagi tapi pastinya mereka itu kurang pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu.Saya akui saya sendiri agak lewat memulakan penyusuan susu ibu...bermula hanya dari anak ke3 walaupun bukan secara esklusif.Walaupun anak pertama dan kedua hanya sempat saya susukan sehingga berusia 4-5 bulan sahaja tapi itu bukan alasan untuk saya tidak menyusukan anak yang lain dan saya tidak pernah mempersoalkan atau menghalang teman-teman yang ingin atau bercadang utk menyusukan anak mereka sepenuhnya.Kerana itu saya mulai mencari dan membaca blog ibu-ibu yang tegar mengamalkan penyusuan bayi mereka dengan susu ibu.Emmm...mungkin itulah perbezaan antara orang yang membaca dgn orang yg tidak berpengetahuan.
Airin yang pada hari ini genap 3 bulan dan alhamdullilah masih minum susu ibu sepenuhnya.
Kesal juga rasanya dengan apa yang teman saya alami....sehingga menggugat kesungguhan dan usahanya untuk memberi yang terbaik buat anaknya.Sehingga membuatkan teman saya ini terus berhenti mengumpul EBM padahal dia baru sahaja mengambil SHAKLEE SET B bagi menghasilkan susu yang berkualiti buat anaknya.
Nasihat saya kepada mereka yang tidak berjaya menyusukan anak2 atau tidak berminat untuk memberi susu ibu kepada anak2 kamu,janganlah kamu menggalakkan orang lain mengikut jejak kamu.Jika kamu tidak tahu mengenai sesuatu itu janganlah kamu bercakap mengenainya.Carilah dulu maklumat mengenainya barulah boleh kamu mempertikaikan atau mempersoalkan usaha orang lain.

Berdasarkan ayat Quran dari Surah Baqarah, ayat 233 yang bermaksud:
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya …
Wassalam.

Penyusuan susu ibu mengikut Islam......

Salam pembaca yang dihormati,
Tidak dinafikan cabaran seorang ibu yang ingin menyusukan anaknya dengan susu yang dikurniakan oleh Illahi adalah cabaran yang amat besar.Ianya menjadi masalah bila halangan datang dari teman-teman yang tidak memahami dan akan menjadi cabaran yang besar jika halangan itu datang dari keluarga sendiri.Pada pendapat saya dan juga mungkin pendapat ibu-ibu yang menyusukan anak secara ESKLUSIF pasti merasakan ianya anugerah ALLAH yang amat besar dan bernilai untuk anak yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan orang yang kita cintai dan juga merupakan kurniaan dariNya.
Banyak artikel samada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang menyatakan kebaikan susu ibu.Malahan ada hari khas untuk penyusuan ibu,menarik bukan!.Ingin saya kongsikan bersama artikel ini untuk makluman kepada mereka yang berminat dengan penyusuan ibu...termasuklah kepada mereka yang masih meragui kebaikannya.
Penyusuan susu ibu menurut perspektif Islam
Manusia adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah swt sebagai khalifah di muka bumi ini. Kita
dijadikan sebagai insan yang lemah ketika dilahirkan, dan berupaya untuk berdikari apabila meningkat
dewasa. Kita amat bergantung kepada kasih sayang ibu dan bapa yang melahirkan dan membesarkan
kita. Kasih sayang yang dicurahkan melalui penyusuan susu ibu, menjadi pengikat kasih yang kuat
antara kita dengan ibubapa. Penyusuan susu ibu mengandungi banyak kelebihan yang tersurat dan
juga yang tersirat.
Penyusuan susu ibu merupakan salah satu komponen utama dalam pendidikan awal seorang anak.
Peranan mendidik anak melalui penyusuan ini, hanyalah dianugerahkan kepada kaum wanita sahaja.
Allah swt telah memilih kaum wanita kerana sifat keibuan yang kuat dalam diri mereka.
Setiap bayi yang baru lahir, dikurniakan naluri untuk menyusu pada payudara ibunya.  Penyusuan
susu ibu mampu melengkapi segala keperluan rohani dan jasmani yang diperlukan oleh seseorang
bayi.  Oleh itu, penyusuan susu ibu telah dijadikan Allah swt, sebagai suatu perkara yang wajib
dilaksanakan oleh setiap ibu yang melahirkan anak. Ketetapan tentang kewajipan ini telah di sebut
oleh Allah swt melalui firmannya di dalam surah Al Baqarah, ayat ke 233.
Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua
tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
(surah Al Baqarah ayat 233)
Menurut sejarah Islam, para nabi dan rasul juga disusui oleh ibu-ibu mereka, sama ada ibu yang
melahirkan, ataupun ibu susuan. Nabi Muhammad saw juga disusui oleh ibunya Siti Aminah dan
kemudiannya disusui oleh ibu susuannya Halimah As-Sa’diyyah. Begitu juga Nabi Musa a.s yang
dihanyutkan ke Sungai Nil setelah disusui oleh ibunya, dan kemudiannya ditemukan semula oleh
Allah swt dengan ibunya. Setelah keluarga Firaun mencari ibu susuan untuk nabi Musa a.s di  seluruh
pelusuk negeri, akhirnya bertemu dengan ibu baginda sendiri, tanpa diketahui oleh keluarga Firaun.
Kisah ini telah diceritakan di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Qasaas.
“ Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa : susukan ia dan apabila kamu khuatir terhadapnya, maka
jatuhkan ia kedalam sungai (Nil) janganlah kamu khuatir dan janganlah pula kamu bersedih hati
kerana sesungguhnya kami akan mengembalikan nya kepadamu dan menjadikannya ( salah seorang )
daripada para Rasul. ”
(al-Qasas:7)
Kredit kepada : HUSM
Saya sendiri merasakan perbezaan hubungan saya dengan anak-anak yang tidak dapat susu ibu secara esklusif dgn yang menyusu secara esklusif.Kepada Fikri dan Farah Ain,maafkan ibu kerana tidak berjaya memberi yang terbaik semasa kamu kecil,dek kerana kurang pengetahuan,kurang galakan dan kurang semangat ketika itu.Yang paling ketara adalah PENGETAHUAN.Tiada sesiapa samada dari kalangan keluarga mahupun teman-teman yang memberi bimbingan mengenainya.Malahan ketika membuat rawatan lanjutan di hospital sepanjang 2 bulan terakhir kehamilan saya tidak pernah dipanggil untuk mendengar apa-apa taklimat berkaitan penyusuan ibu.
Tapi,alhamdullilah ketika mengandungkan Firdaus,saya dapat sedikit sebanyak maklumat mengenai penyusuan ibu.Walaupun ketika itu saya tidak tahu mengenai EBM dan segala macam perkakasan untuk menyediakan susu secara esklusif namun saya dapat la menyusukan Firdaus selama hampir 2 tahun.Dimana waktu siang saya bekalkan Formula Milk dan malam hanya BF sahaja.Dan saya teruskan usaha ketika melahirkan Arissa dengan membeli peralatan mengepam sebagai persediaan utk BF secara esklusif....paling kurang pun 6 bulan.Alhamdullilah saya berjaya.
Dan kini saya akan berusaha meneruskannya untuk Airin.
Amin.

Jumaat, 16 Disember 2011

Stok EBM...

Salam wahai pembaca,
Mengumpul EBM adalah tugas yang perlu saya lakukan samada penat,siang mahupun malam demi mencapai impian agar dapat memberikan yang terbaik buat Airin dan juga Arissa selagi diizinkan Allah.Target saya adalah untuk mengumpul 520oz sebulan kerana itu anggaran keperluan bekalan susu untuk anak saya semasa di rumah pengasuh-4oz x 5 botol x 26 hari.Sejak saya mengambil SET B bermula 1 Disember lalu sehingga semalam15hb Disember 2011 saya telah berjaya mengumpul EBM sebanyak 331.5oz dan saya masih memerlukan sebanyak 188.5oz bagi mencukupkan jumlah yang diperlukan.Jika jumlah yang dikumpul melebihi target tentulah ianya merupakan BONUS yang amat bermakna buat saya.Semoga pengambilan SET B akan terus membantu usaha saya untuk mengumpul dan membekalkan EBM serta FBM yang secukupnya.......insyaallah,amin.Saya juga cuba menyediakan FBM untuk Arissa walaupun dia cuma dapat waktu malam sahaja....yang penting dia masih dapat merasa nutrisi dari susu ibu.Saya masih rasa sedih kerana tidak dapat menyusukan Arissa sehingga dia berusia 2 tahun namun saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya telah berjaya melepasi tahap exclusive breastfeed sehingga dia mencapai usia 6 bulan.....saya masih menyusukan dia sehingga dia berusia 8 bulan apabila susu saya semakin mengering setelah disahkan mengandung semula.Dan saya percaya ada hikmah bagi apa jua yang berlaku dan saya tetap bersyukur kerana dikurniakan Airin yang comel..........
Jadi,ibu akan terus bekerja-keras untuk 2 bayi ibu itu...........
Wasalam.

Isnin, 12 Disember 2011

Susu berubah......

Salam,
Setelah membaca blog-blog ibu yang mengambil SHAKLEE Set B....saya turut teruja untuk mencuba set tersebut.Saja saya ambil awal tanpa menunggu susu merudum atau ketika saat susu mula kekurangan lemaknya....sebab terlalu seronok melihat EBM orang lain yang penuh sesak dan lemak berkrim.....heheheee.
Ini rupa susu yang dipam setelah sarapan dan mengambil vitalea dan B Complex.Tengok lemak yang melekat didinding botol susu tu......seronok.Walaupun tengok kuantitinya kurang...cuma 3oz sahaja dibandingkan dgn jumlah yang selalu saya dapat sebelum ini tapi yang penting kualitinya lebih dan amat baik.Ini adalah hari ke 4 pengambilan set tersebut.
Dari sudut berbeza.............
Haaa....kali ini lebih sikit dan juga berbeza warnanya.Yang ini dipam setelah waktu lunch dan mengambil Alfalfa dan Vita-C.Lihat warna susu...sedikit kehijauan,kan.Efek dari Alfalfa yang dimakan.Ada kawan tanya,tak pe ke anak minum susu hijau ni?Kalau vitamin tu baik untuk ibu yang menyusu tentu la ianya turut baik untuk anak,kan............Jumlah pun dah meningkat sikit dari pagi tadi...........bertambah seronok....Alhamdullilah.
Hah....cer tengok dekat sikit..........

Wasalam.

EBM dan Deep Freezer.....

Salam,
Kali ini rezeki yang Allah beri tidak akan saya sia-siakan dimana selepas melahirkan Arissa saya mula mengumpul EBM bila lagi 1 bulan hendak mula bekerja yang mana ada masanya pam ada masanya tidak.Itu yang menyebabkan stok cepat susut.Belajar dari pengalaman dan juga setelah rajin melayari blog-blog ibu menyusu tegar kini saya mula mengumpul EBM selepas 5 hari melahirkan.Tapi saya tidak sempat merekodkan berapa oz keseluruhan jumlah EBM yang saya kumpul dari tarikh tersebut hingga saya mula bekerja.....malas sebenarnya..*_*.Tapi yang pasti freezer peti sejuk saya penuh sesak hingga tiada ruang utk benda lain.Adakalanya bagi menjimatkan ruang,storage bag bersaiz 8oz tu saya penuhkan hingga 7oz.
Ini gambar freezer saya terkini.......
Memenuhi setiap ruang sehingga nak bekukan icepack pun takde tempat....

Oh...ya,perkenalkan gadget baru di rumah saya...Deep Freezer khusus untuk EBM saya.

"Ya Allah,permudahkanlah usahaku untuk menyusukan anakku selama mana yang Engkau izinkan dan aku bersyukur setiap limpahan rezeki yang Engkau berikan" Amin.
Wasalam.