Khamis, 18 Mac 2010

Check-up.......

Salam,
Semalam buat check-up lagi dan mengikur perkiraan doktor kandungan saya dah masuk 37 minggu dan 2 hari......Hasil pemeriksaan biasa saja tiada yang negatif setakat ini cuma berat badan saya selalu turun naik bila pergi check-up....namun setakat ini doktor takde pulak komen apa-apa atau mungkin dia tak perasan.....yang selalu doktor check ialah tekanan darah saya yang hampir setiap kali check-up kena buat 2-3 kali untuk mendapatkan tekanan yang stabil.
Dan setiap kali check-up saya akan berjumpa dengan doktor yang berlainan - biasa la hospital kerajaan, ramai doktor - lain la kalau kat klinik biasa doktor yang sama kita jumpa hingga la ke hari kita nak bersalin.Namun pendapat dari doktor yang berlainan ni sama jek - baby saya agak kecil daripada usianya.Well,I'd try to bare in mind - takpe la kecik pun senang nak bersalin dan saya akan bagi makan dan minum secukupnya setelah dia lahir nanti supaya dia akan tembam dan tembun macam abang2 dan kakak dia semasa bayi dulu.......heeeheee ;p.
Cuma harapan saya biarlah dia dilahirkan sihat walafiat sepertimana abang dan kakaknya....
Wassalam.....

Selasa, 16 Mac 2010

Diantara penyumbang utama kencing manis.....


Salam,
Alamak.....bila baca tajuk rencana dlm akhbar ni menyebabkan saya agak terkedu.......bukan apa dalam keadaan berbadan dua ni dalam 5 hari bekerja tu hampir setiap hari saya order teh tarik.Nak order Milo sesekali boleh le sebab bila minum Milo cepat benar datang rasa mengantuk dan Nescafe pulak perlu dikurangkan atas nasihat doktor kerana dikhuatiri baby akan terlebih aktif dan berjaga malam akibat kafein yang diambil.Alternatif lain adalah Horlick tapi saya pulak rasa muak bila minum Horlick dek kerana rasa susunya......Dan last sekali terpaksa gak order teh tarik (adakah semua itu alasan semata ;p) kerana tekak ni memang rasa teh tarik je yang paling sedap untuk diminum sekarang ni.....????. Dan,alhamdullilah setelah buat check-up di PPUM awal bulan Februari dulu saya belum masuk dlm kategori itu walaupun terpaksa minum air glukos untuk memastikan samada ada kencing manis atau tidak.Harap-harap akan terus begitu sehingga selamat bersalin nanti dan target saya sekarang ni adalah hendak menambahkan berat badan baby saya ni lebih kurang 1 kg lagi. 3 minggu lepas masa buat SCAN di PPUM doktor kata berat baby saya hanya 2.3 kg je untuk kandungan berusia 34 minggu......dengar cara doktor tu cakap memang le buat saya risau sebab dia kata mengikut berat anak2 yang terdahulu semuanya lebih 3 kg masa dilahirkan.Tapi bila saya search dalam internet, ada lagi baby yang kurang berat dari baby saya dalam usia kandungan 34 minggu dan ianya adalah normal jika berat diantara 2.1 hingga 2.5 kg.Emmm.......hilang le sikit rasa risau tu....namun target untuk meningkatkan berat baby masih lagi saya teruskan.Cuma mengandung kali ini saya tidak berapa suka makan malam....apatah lagi kalau nasi,adakah itu juga punca baby saya tidak begitu berat mengikut persepsi doktor? Entah la..........
Apapun tidak sabar nak tunggu dia dilahirkan kerana saya dapat cuti lama.....heeeheeehheee ;p
Dan yang penting saya nak tengok reaksi Firdaus kerana buat masa ini dia masih lagi berlagak seperti baby...cakap pun kekadang pelat macam baby....dah terlebih manja, sikit-sikit nak ibu dia...nak tidur pun nak peluk ibu dia, bila merajuk sikit dia kata ibu tak payah dapat baby.Ibu nak baby tak? kalau nak jangan marah Firdaus....emmmm macam-macam alasan supaya dia boleh bermanja........
Farah Ain pula tak sabar sebab insyaallah sama geng dengan dia........abang Fikri walaupun dia mengaku suka baby tapi dia berlagak cool je tak tunjuk excited sangat....
Minggu ni dah nak masuk minggu 37 dan esok pegi check-up lagi.......kali ni tak tau jam berapa baru siap.......
Wasalam....

Selasa, 9 Mac 2010

Hospital swata atau hospital kerajaan?

Salam,
Tetiba teringat pertanyaan teman saya"Kenapa tak pergi hospital swasta?" dan saya agak terkejut jugak mendengar dia tanya soalan itu padahal saya tak pernah menyatakan hasrat untuk bersalin di hospital swasta.Ketiga-tiga anak saya sebelum ini alhamdullilah selamat dilahirkan di hospital kerajaan walaupun saya agak risau masa mula-mula nak bersalin anak pertama akibat mendengar cerita2 kawan berkaitan staf @ nurse hospital kerajaan.Betapa mereka itu begitu dan begini....cerita yg agak negatif dan kurang sesuai didengar bagi mereka yang pertama kali ingin bersalin.Namun,saya bertawakal kerana saya pasti jika kita tidak buat perangai tentu la staf tersebut akan melayan kita sebaiknya dan jika kita terlalu emosi dan terlalu manja tentu la keadaan sebegitu tidak dapat membantu kita dalam proses untuk bersalin.Dan,alhamdullilah saya tidak mengalami apa jua keadaan atau situasi sebagaimana yang saya sering dengar sebelum ini.
Semua itu bergantung kepada kemampuan masing2,jika anda mampu bersalin dan membayar sejumlah wang untuk bersalin di hospital swasta itu adalah hak anda dan begitu juga sebaliknya.Dan, pada saya pula jika saya boleh bersalin di hospital kerajaan dengan selamat mengapa saya perlu pergi ke hospital swasta dan kehidupan selepas bersalin juga memerlukan perbelanjaan yang besar.Itu yang lebih utama.Walaupun saya tidak tahu bagaimana istimewanya layanan di hospital swasta namun saya tidak ada sebab untuk memilih hospital swasta setakat ini.Semoga kelahiran yang ke empat ini juga akan selamat dan sihat walaupun cuma di hospital kerajaan dan di kelas kedua.
Wassalam.

Susah nak tidur...........

Salam,
Kandungan saya sudah masuk minggu ke 35 dan check-up di PPUM juga sudah mula dilakukan setiap minggu dan akan berterusan sehingga waktu bersalin.Waktu tidur saya pun sudah agak terganggu seperti malam ini........mata agak payah lelap,terlalu banyak perkara bermain di fikiran setiap kali cuba nak melelapkan mata.Mungkinkah akibat dari Nescafe tadi????Dah lama sebenarnya tak minum Nescafe samada ada di rumah atau di luar kerana mengikut nasihat doktor...kurangkan kafein.Tapi bila dah teringin kena la jugak minum dan malangnya bukan sikit-sikit heeeheeehheee......adalah dalam 3 mug.Jadi,tak boleh la nak kata sebab kandungan dah masuk las trimester yek ;).
Akan cuba jugak lelapkan mata lepas ni........nak kena bangun kul 530am sebab anak2 sekolah pagi.....
Jumpa lagi.

Khamis, 4 Mac 2010

Gambar sekolah....SMPT KL

Salam semua,
Lama tak update blog......sekarang ni banyak masa di luangkan kat FB walaupun sebenarnya hanya banyak baca komen member2 FB je.Tak rajin nak berdialog dan yang paling utama meningkatkan kerajinan memasak (cafeworld ;p) heeeheeeehee......sampai anak tanya dpt ke duit tu......ye la kan ramai pelanggan datang makan pastu duit pun banyak......emmm saya cuma bagitau "ibu saja main...nak mengisi masa lapang"........Dan tak sangka dapat pula 'bertemu' dengan kawan2 lama dari SMPTKL.
Anyway, ini gambar masa form 5 (credits to Syama) dan ingin mencari beberapa member lama yang ada didlm gambar ini tapi tak dapat di cari dlm FB.Ye la...ramai benar yang menggunakan nama glamour instead of nama sebenar menyebabkan 'Jejak Kasih Kawan Lama' agak sukar....nak sangat dengar cerita baru Azilah Ismail.....rasa macam baru semalam je tinggalkan sekolah(boleh ke?kalau camtu muda lagi le saya n i heeeheee).
Kalau rasa-rasa ada diantara pembaca yang kenal atau anda sendiri ada didlm gambar ini,daftar la kat FB dengan nama sebenar agar mudah untuk saya dan kawan yang lain cari....bukan apa sekadar ingin berkongsi cerita dan khabar setelah hampir 19 tahun kita berpisah.
Kalau nak tengok gambar2 lain boleh jenguk FB Syamawati.....banyak juga gambar2 sekolah.
Jadi,semoga kita dapat bertemu di suatu hari nanti.....insyaallah.