Jumaat, 29 Julai 2011

Arissa...Arissa...kisah suatu pagi

Salam,

One of those days yang mana Ibu tak tahu nak marah ke atau nak ketawa....???

Ibu sibuk nak siapkan Abang Firdaus dan dia pulak sibuk membancuh krim camomile....huhuhuuuhuuu

Aiyokkk...cape buat ni???

Terkedu bila kena tegur dengan Ibu tapi sempat senyum sebab bergambar punya pasal......

Cik Na datang rumah......

Salam,
Ini gambar yang diambil ketika Cik Wana dan suami datang bertandang ke rumah kami pada 23hb Julai 2011.

Cik adik Arissa busyuk mengenakan skirt yang ibu refashion dari baju Hawaii abang Firdaus....Percubaan pertama utk mengubah baju lama jadi sesuatu yang baru.....Banyak lagi baju-baju lama yang telah dirancang utk diubah....Tunggguuuu...........


Cik Adik Arissa yang malu-malu tapi mau bergambar dengan Cik Wana.....tp memang Arissa suka bergambar.Itu je dia suka sebab lepas habis bergambar cepat-cepat dia beralih arah kepada Ibu dia...hahahahaha....


Posing lagi.........


Yang bawah ni gambar Cik Adik Arissa dengan baju kaftan lama Ibu yang ibu ubah jadi baju kaftan+seluar utk Arissa.....dan sebahagian lagi Ibu buat Kaftan utk Kak Ain....



Enjoy the post..........

Beberapa aktiviti minggu lepas.....

Salam,

Beberapa gambar kenangan untuk aktiviti kami pada hujung minggu lalu.........

Ini adalah gambar kami menjamu selera pada 26hb Julai 2011 di Spring Potato restoran di Sri Gombak....
(Susunan gambar tidak teratur....:P) dan tiada gambar makanan yang kami order kerana segan dengan pelanggan lain....orang lain sibuk makan tapi kami sibuk bergambar...ape ke heynya????

Abang Fikri habiskan semangkuk Seafood Noodle,1setengah gelas air(termasuk air bandung cincau Ibu) dan 2 setengah cucuk Spring Potato....memang berbaloi bawak abang Fikri makan.....Ibu sayang abang....

Firdaus hanya makan Spring Potato jadik abang Fikri jangan marah kalau dia mintak Spring Potato abang Fikri walaupun sebenarnya Firdaus dah habiskan 3 cucuk Spring Potato sebelum ini...huhuuuuhuuu

Cik adik Arissa sayang sempat berkenalan dengan pakwe sebelah meja dan berkejar-kejaran...nasib baik tak ramai pelanggan waktu ini kalau tidak mesti diorg runsing nengok budak kecik ni dok berpusing-pusing tengah jalan....;)

Kak Ain sedang berposing berlatar-belakang poster Spring Potato

Cik kak Spring Potato sedang ambil order kami.......


Antara menu yang tersedia di restoran Spring Potato ini.


Cik Adik Arissa yang memang suka berposing...


Ini pula gambar abang Firdaus bersukan utk kali terakhir bersama Tadika Permata Kreatif kerana mulai tahun 2012 abang Firdaus akan mula bersukan di Sekolah Ren Taman Bukit Subang pula....


Sukan diadakan di tempat yang sama seperti tahun lalu...Tasik Titiwangsa....Tapi maaf abng Firdaus sebab Ibu tak dapat ikut,Arissa busyuk masih tidur dan Ibu pun rasa macam tak larat nak berjemur dalam keadaan yang sarat ketika ini....


Abang Firdaus dalam kumpulan Pink Panther sebab tu serba PINK...abang Firdaus malu-malu kucing la pulak...


Cikgu tengah touch-up abang Firdaus....


Ini pula gambar "Fathers And Children Activities" yang berlangsung pada 9hb Julai 2011...hehehheee bukan minggu lepas....tersimpan lama la pulok.Nama aktiviti sebegitu kerana saya dan Tini masing-masing tinggal dirumah kerana babysitting anak kami..hehehhehehee....But no worries kerana saya dah pun menonton filem tersebut bersama cik abang sayang pada 5hb Julai 2011.....


Mimi,Alya,Asyraf,anak sedara Tini dan abang Fikri bergambar setelah selesai menonton "Transformers"


Bergambar lagi......


Ini pula kegemaran abang Firdaus...kartun....Gambar diambil sebelum menonton "Transformers"...


Ini kawan lama abang Firdaus....Handy Manny


So kita tengok pula aktiviti lain di waktu lain.....wasalam.

Selasa, 19 Julai 2011

Video klip.........

Atas permintaan....saya uploadkan video baby no 5 yang diambil awal Julai lalu melalui 3D scan yang dibuat di Vision College.Takde la lama sgt movienya tp boleh la nampak yg baby ni main nyorok-nyorok disebalik kakinya yang comel tu...So enjoy.


p/s: emmmm....tak lama lagi baby no 5 nak dilahirkan tp CHANEL no 5 masih tak dapat-dapat hingga sekrg...huuuhuuuuhuuuu



Khamis, 14 Julai 2011

Aksi Arissa........................

Suka makan.........

Suka senyum

Suka-suka.....


So sweeeeettttt...........


Arissa dan tudung...........






Gambar pertama bakal baby yang ke-5....

Salam,
Agak lewat upload gambar baby ni.....kerana lepas tu kena pi kursus 4 hari.....Alhamdullilah,kelihatannya baby sihat,itu yang penting sebenarnya sebab kehamilan tanpa dirancang ni kekadang buat kita risau.Ialah,baby tu dalam perut...kita tak nampak bagaimana dan apa yang berlaku sebelum,ketika dan selepas dia membentuk memjadi baby yang sempurna.Jadi,bila dah buat 3D scan ni....lega lah sikit perasaan kerana dapat melihat baby dalam keadaan baik....ALHAMDULLILAH.
Walaupun tidak kisah baby boy atau girl....dalam hati berharap jugak agar ianya baby boy...kononnya nak B,G,B,G,B.....tapi nyatanya ALLAH telah kurniakan saya seorang lagi anak perempuan.Dan saya fikir,elok juga dapat baby girl sebab boleh pakai baju Arissa....sambung pakai hehehheee....Baju pun masih dalam keadaan elok lagi jadik tak perlulah saya memborong baju baby seperti masa Arissa dilahirkan.Banyak baju baby yang lama sudah dilupuskan-hantar pada RECYCLE bin.
Susah juga nak tengok muka dia....sama macam Arissa......muka ditutup dengan kaki dan tangan.Tapi bila dapat tengok...eheheh....iras Arissa.......

Main nyorok-nyorok muka....


Nampak tu kaki sampai ke muka........


Semoga anak selamat dilahirkan...sihat walafiat......

Yang paling utama...anak dilahirkan secara normal...........amin..amin...amin

Tak mahu lagi duduk hospital 1 minggu.....penat dan sunyi.........