Khamis, 22 Disember 2011

Bila sendirian............

Salam,
Minggu ini kami cuma berempat sahaja dirumah.Fikri,Farah Ain dan Firdaus telah belayar ke kampung Bukit Pekan.Kenapa disana?Sebab sepupu-sepupu mereka yang lain pun berada disana.Dan kebetulan pada 24hb En suami dan adiknya merancang membawa anak-anak ke Lost World of Tambun dan pada 25hb pula ada kenduri kahwin di rumah ibu saudara En suami,maka saya merelakan pemergian mereka ke kampung.Memang le sunyi dan aman sikit dirumah namun saya tak nafikan kadang-kadang kesunyian itu amat menyakitkan apatah lagi jika hanya kami bertiga dirumah...ye la sebab En suami tu masih lagi bekerja tidak kira masa aka kerja shift.Huh....11 tahun dah saya lalui keadaan ini entahlah sampai bila...adakah 11 tahun lagi atau sehingga saya pencen di usia 55 tahun nanti.ENTAHLAH...........
Wahai anak-anak,jika ada waktunya ibu marah atau tidak mampu melayan kamu sepanjang masa bukanlah kerana ibu suka-suka berbuat demikian.Anak2 ibu yang besar haruslah faham bahawa kalian ada adik2 kecil yang lebih perlukan perhatian ketika ini.Itu bukanlah bermakna ibu tidak menyayangi kalian...bukankah kalian BUAH CINTA ibu yang terawal namun ada waktunya ibu tidak mampu membahagikan masa dek kerana keseorangan melayan adik2 kamu itu.Ibu sentiasa cuba memenuhi masa bersama kalian jika ada peluang.....yang pastinya ibu sedia untuk mendengar segala cerita kalian.Harapan ibu janganlah kalian berasa hati jika ibu tidak selalu membelai kalian kerana yang pasti ibu sentiasa menyayangi kalian sepertimana pertama kali ibu melihat kamu ketika dilahirkan.
Salam penuh kasih sayang..................

Bila hati ingin berkata-kata.......

Salam,
Saya akui bukan semua benda yang diinginkan akan kita dapat.....mungkin boleh dapat jika sabar menunggu walaupun kebarangkalian untuk mendapatkannya sudah semakin tipis......Ehhh!citer pasal apa ni ekk?Cerita pasal keinginan dan impian......ada yang senang dapat dan ada yang amat-amat sukar untuk dicapai.Bila semakin lama bekerja tetapi masih tidak dapat memiliki apa yang diinginkan...memang la timbul rasa yang tidak seronok dihati.Rasa sedikit terkilan bila apa yang diinginkan terhalang akibat kekangan kewangan.Namun saya redha dengan rezeki yang telah dikurniakan ILLAHI kerana yang lebih penting rezeki yang sedikit ini diberkati ALLAH.Alhamdullilah walaupun sedikit namun masih mampu menampung kami bertujuh cuma saya masih belum mampu memiliki apa yang saya inginkan............Adakah senarainya panjang?? Emmmm......bergantung la kepada kewangan jugak ^_^
Bilakah akan tercapai apa yang diinginkan.........????
Wassalam.

Rabu, 21 Disember 2011

Penyusuan susu ibu....bab ke 2

Salam wahai pembaca yg dihormati,
Ada teman telah bercerita tentang kesukaran dia untuk meneruskan penyusuan secara esklusif.Semuanya berpunca dari halangan di tempat kerja.....dimana ada dikalangan kawan-kawan teman saya ini mempersoalkan kebaikan susu ibu dan kesungguhan teman saya mengumpul EBM.Mungkin kerana kurang pengetahuan...bukan mungkin lagi tapi pastinya mereka itu kurang pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu.Saya akui saya sendiri agak lewat memulakan penyusuan susu ibu...bermula hanya dari anak ke3 walaupun bukan secara esklusif.Walaupun anak pertama dan kedua hanya sempat saya susukan sehingga berusia 4-5 bulan sahaja tapi itu bukan alasan untuk saya tidak menyusukan anak yang lain dan saya tidak pernah mempersoalkan atau menghalang teman-teman yang ingin atau bercadang utk menyusukan anak mereka sepenuhnya.Kerana itu saya mulai mencari dan membaca blog ibu-ibu yang tegar mengamalkan penyusuan bayi mereka dengan susu ibu.Emmm...mungkin itulah perbezaan antara orang yang membaca dgn orang yg tidak berpengetahuan.
Airin yang pada hari ini genap 3 bulan dan alhamdullilah masih minum susu ibu sepenuhnya.
Kesal juga rasanya dengan apa yang teman saya alami....sehingga menggugat kesungguhan dan usahanya untuk memberi yang terbaik buat anaknya.Sehingga membuatkan teman saya ini terus berhenti mengumpul EBM padahal dia baru sahaja mengambil SHAKLEE SET B bagi menghasilkan susu yang berkualiti buat anaknya.
Nasihat saya kepada mereka yang tidak berjaya menyusukan anak2 atau tidak berminat untuk memberi susu ibu kepada anak2 kamu,janganlah kamu menggalakkan orang lain mengikut jejak kamu.Jika kamu tidak tahu mengenai sesuatu itu janganlah kamu bercakap mengenainya.Carilah dulu maklumat mengenainya barulah boleh kamu mempertikaikan atau mempersoalkan usaha orang lain.

Berdasarkan ayat Quran dari Surah Baqarah, ayat 233 yang bermaksud:
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya …
Wassalam.

Penyusuan susu ibu mengikut Islam......

Salam pembaca yang dihormati,
Tidak dinafikan cabaran seorang ibu yang ingin menyusukan anaknya dengan susu yang dikurniakan oleh Illahi adalah cabaran yang amat besar.Ianya menjadi masalah bila halangan datang dari teman-teman yang tidak memahami dan akan menjadi cabaran yang besar jika halangan itu datang dari keluarga sendiri.Pada pendapat saya dan juga mungkin pendapat ibu-ibu yang menyusukan anak secara ESKLUSIF pasti merasakan ianya anugerah ALLAH yang amat besar dan bernilai untuk anak yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan orang yang kita cintai dan juga merupakan kurniaan dariNya.
Banyak artikel samada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang menyatakan kebaikan susu ibu.Malahan ada hari khas untuk penyusuan ibu,menarik bukan!.Ingin saya kongsikan bersama artikel ini untuk makluman kepada mereka yang berminat dengan penyusuan ibu...termasuklah kepada mereka yang masih meragui kebaikannya.
Penyusuan susu ibu menurut perspektif Islam
Manusia adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah swt sebagai khalifah di muka bumi ini. Kita
dijadikan sebagai insan yang lemah ketika dilahirkan, dan berupaya untuk berdikari apabila meningkat
dewasa. Kita amat bergantung kepada kasih sayang ibu dan bapa yang melahirkan dan membesarkan
kita. Kasih sayang yang dicurahkan melalui penyusuan susu ibu, menjadi pengikat kasih yang kuat
antara kita dengan ibubapa. Penyusuan susu ibu mengandungi banyak kelebihan yang tersurat dan
juga yang tersirat.
Penyusuan susu ibu merupakan salah satu komponen utama dalam pendidikan awal seorang anak.
Peranan mendidik anak melalui penyusuan ini, hanyalah dianugerahkan kepada kaum wanita sahaja.
Allah swt telah memilih kaum wanita kerana sifat keibuan yang kuat dalam diri mereka.
Setiap bayi yang baru lahir, dikurniakan naluri untuk menyusu pada payudara ibunya.  Penyusuan
susu ibu mampu melengkapi segala keperluan rohani dan jasmani yang diperlukan oleh seseorang
bayi.  Oleh itu, penyusuan susu ibu telah dijadikan Allah swt, sebagai suatu perkara yang wajib
dilaksanakan oleh setiap ibu yang melahirkan anak. Ketetapan tentang kewajipan ini telah di sebut
oleh Allah swt melalui firmannya di dalam surah Al Baqarah, ayat ke 233.
Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua
tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
(surah Al Baqarah ayat 233)
Menurut sejarah Islam, para nabi dan rasul juga disusui oleh ibu-ibu mereka, sama ada ibu yang
melahirkan, ataupun ibu susuan. Nabi Muhammad saw juga disusui oleh ibunya Siti Aminah dan
kemudiannya disusui oleh ibu susuannya Halimah As-Sa’diyyah. Begitu juga Nabi Musa a.s yang
dihanyutkan ke Sungai Nil setelah disusui oleh ibunya, dan kemudiannya ditemukan semula oleh
Allah swt dengan ibunya. Setelah keluarga Firaun mencari ibu susuan untuk nabi Musa a.s di  seluruh
pelusuk negeri, akhirnya bertemu dengan ibu baginda sendiri, tanpa diketahui oleh keluarga Firaun.
Kisah ini telah diceritakan di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Qasaas.
“ Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa : susukan ia dan apabila kamu khuatir terhadapnya, maka
jatuhkan ia kedalam sungai (Nil) janganlah kamu khuatir dan janganlah pula kamu bersedih hati
kerana sesungguhnya kami akan mengembalikan nya kepadamu dan menjadikannya ( salah seorang )
daripada para Rasul. ”
(al-Qasas:7)
Kredit kepada : HUSM
Saya sendiri merasakan perbezaan hubungan saya dengan anak-anak yang tidak dapat susu ibu secara esklusif dgn yang menyusu secara esklusif.Kepada Fikri dan Farah Ain,maafkan ibu kerana tidak berjaya memberi yang terbaik semasa kamu kecil,dek kerana kurang pengetahuan,kurang galakan dan kurang semangat ketika itu.Yang paling ketara adalah PENGETAHUAN.Tiada sesiapa samada dari kalangan keluarga mahupun teman-teman yang memberi bimbingan mengenainya.Malahan ketika membuat rawatan lanjutan di hospital sepanjang 2 bulan terakhir kehamilan saya tidak pernah dipanggil untuk mendengar apa-apa taklimat berkaitan penyusuan ibu.
Tapi,alhamdullilah ketika mengandungkan Firdaus,saya dapat sedikit sebanyak maklumat mengenai penyusuan ibu.Walaupun ketika itu saya tidak tahu mengenai EBM dan segala macam perkakasan untuk menyediakan susu secara esklusif namun saya dapat la menyusukan Firdaus selama hampir 2 tahun.Dimana waktu siang saya bekalkan Formula Milk dan malam hanya BF sahaja.Dan saya teruskan usaha ketika melahirkan Arissa dengan membeli peralatan mengepam sebagai persediaan utk BF secara esklusif....paling kurang pun 6 bulan.Alhamdullilah saya berjaya.
Dan kini saya akan berusaha meneruskannya untuk Airin.
Amin.

Jumaat, 16 Disember 2011

Stok EBM...

Salam wahai pembaca,
Mengumpul EBM adalah tugas yang perlu saya lakukan samada penat,siang mahupun malam demi mencapai impian agar dapat memberikan yang terbaik buat Airin dan juga Arissa selagi diizinkan Allah.Target saya adalah untuk mengumpul 520oz sebulan kerana itu anggaran keperluan bekalan susu untuk anak saya semasa di rumah pengasuh-4oz x 5 botol x 26 hari.Sejak saya mengambil SET B bermula 1 Disember lalu sehingga semalam15hb Disember 2011 saya telah berjaya mengumpul EBM sebanyak 331.5oz dan saya masih memerlukan sebanyak 188.5oz bagi mencukupkan jumlah yang diperlukan.Jika jumlah yang dikumpul melebihi target tentulah ianya merupakan BONUS yang amat bermakna buat saya.Semoga pengambilan SET B akan terus membantu usaha saya untuk mengumpul dan membekalkan EBM serta FBM yang secukupnya.......insyaallah,amin.Saya juga cuba menyediakan FBM untuk Arissa walaupun dia cuma dapat waktu malam sahaja....yang penting dia masih dapat merasa nutrisi dari susu ibu.Saya masih rasa sedih kerana tidak dapat menyusukan Arissa sehingga dia berusia 2 tahun namun saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya telah berjaya melepasi tahap exclusive breastfeed sehingga dia mencapai usia 6 bulan.....saya masih menyusukan dia sehingga dia berusia 8 bulan apabila susu saya semakin mengering setelah disahkan mengandung semula.Dan saya percaya ada hikmah bagi apa jua yang berlaku dan saya tetap bersyukur kerana dikurniakan Airin yang comel..........
Jadi,ibu akan terus bekerja-keras untuk 2 bayi ibu itu...........
Wasalam.

Selasa, 13 Disember 2011

Bila hati ingin berkata-kata.......

Salam anak-anak ibu,
Ada masanya ibu simpan sahaja keinginan untuk bersuara semata-mata kerana tidak mahu kalian terasa hati,benci ataupun runsing fikiran dek kerana ibu yang asyik membebel ini.Namun,ibu harap kalian boleh fikir semula apa yang ibu katakan pada kalian.Anggaplah apa yang ibu katakan itu sebagai nasihat dan bukannya kerana ibu ingin memarahi....walaupun memang ianya dalam nada marah,maafkan ibu.
Ibu mana yang akan sengaja memarahi anak-anak melainkan ingin membetulkan apa yang salah dan tidak elok dilihat,didengar dan dilakukan.Semuanya sebagai panduan kalian dalam menempuh alam kedewasaan nanti.Inilah masa yang sesuai sebelum kalian menginjak remaja lalu dewasa lantas meninggalkan ibu dan ayah bagi mencapai cita-cita kalian.Doa ibu dan ayah agar kalian akan menjadi anak yang berjaya dalam hidup didunia dan akhirat.Semoga kalian akan terus menjadi anak-anak kami yang baik dan tidak akan lupa pada ibu dan ayah.Besarlah harapan ibu dan ayah untuk melihat kalian berjaya mencapai apa yang kalian impi dan cita-citakan.Janganlah kalian sia-siakan masa muda kalian kerana ianya tidak akan berulang lagi,tidak akan ada waktu untuk kalian membetulkan apa yang telah berlaku dan tidak akan ada peluang lagi untuk kalian berpatah-balik melainkan kalian hanya akan belajar dari kesilapan yang berlaku.Peluang yang ada sekarang ini gunakanlah sebaiknya kerana ibu dan ayah bukan hidup selama-lamanya,berbuat baiklah kepada ibu dan ayah,kepada adik-beradik,kepada keluarga yang lain,kepada mereka yang lebih tua kerana tidak akan rugi jika kita berbuat baik dengan orang lain.
Sentiasalah berbudi-bahasa dan menjaga kesopanan diri kerana ianya cermin hasil didikan ibu dan ayah.Semoga anak-anak akan berjaya dalam hidup....Amin.

Isnin, 12 Disember 2011

Akhirnya............

Salam,
Jumaat bersamaan 9 Disember 2011 saya rasa gembira sangat kerana akhirnya cik Nur Farah Arissa tahu saya ni IBU.Bukanlah selama usianya tu dia tak tahu saya ni ibu dia cuma dia asyik panggil saya emak....heeheheee.....sebab kak Ida yang jaga dia tu bahasakan dirinya EMAK.Walaupun Arissa selalu memanggil saya emak,saya tetap bahasakan diri saya ibu bagi membiasakan dirinya dengan perkataan IBU.Sedih gak bila tanya mana ibu...Arissa seolah-olah tak tahu nak jawap apatah lagi nak sebut perkataan IBU...huhuhuuuu.Bila tengok gambar keluarga pun yang dia tahu AYAH,ABANG,KAKAK dan Arissa tapi IBU dia tak jumpa cari.....:P
Tak mengapalah sayang janji Arissa tahu IBU tetap sayang Arissa lagipun emak ke, ibu ke, mama ke, mommy ke semuanya membawa makna yang sama,kan............

Wasalam

Susu berubah......

Salam,
Setelah membaca blog-blog ibu yang mengambil SHAKLEE Set B....saya turut teruja untuk mencuba set tersebut.Saja saya ambil awal tanpa menunggu susu merudum atau ketika saat susu mula kekurangan lemaknya....sebab terlalu seronok melihat EBM orang lain yang penuh sesak dan lemak berkrim.....heheheee.
Ini rupa susu yang dipam setelah sarapan dan mengambil vitalea dan B Complex.Tengok lemak yang melekat didinding botol susu tu......seronok.Walaupun tengok kuantitinya kurang...cuma 3oz sahaja dibandingkan dgn jumlah yang selalu saya dapat sebelum ini tapi yang penting kualitinya lebih dan amat baik.Ini adalah hari ke 4 pengambilan set tersebut.
Dari sudut berbeza.............
Haaa....kali ini lebih sikit dan juga berbeza warnanya.Yang ini dipam setelah waktu lunch dan mengambil Alfalfa dan Vita-C.Lihat warna susu...sedikit kehijauan,kan.Efek dari Alfalfa yang dimakan.Ada kawan tanya,tak pe ke anak minum susu hijau ni?Kalau vitamin tu baik untuk ibu yang menyusu tentu la ianya turut baik untuk anak,kan............Jumlah pun dah meningkat sikit dari pagi tadi...........bertambah seronok....Alhamdullilah.
Hah....cer tengok dekat sikit..........

Wasalam.

EBM dan Deep Freezer.....

Salam,
Kali ini rezeki yang Allah beri tidak akan saya sia-siakan dimana selepas melahirkan Arissa saya mula mengumpul EBM bila lagi 1 bulan hendak mula bekerja yang mana ada masanya pam ada masanya tidak.Itu yang menyebabkan stok cepat susut.Belajar dari pengalaman dan juga setelah rajin melayari blog-blog ibu menyusu tegar kini saya mula mengumpul EBM selepas 5 hari melahirkan.Tapi saya tidak sempat merekodkan berapa oz keseluruhan jumlah EBM yang saya kumpul dari tarikh tersebut hingga saya mula bekerja.....malas sebenarnya..*_*.Tapi yang pasti freezer peti sejuk saya penuh sesak hingga tiada ruang utk benda lain.Adakalanya bagi menjimatkan ruang,storage bag bersaiz 8oz tu saya penuhkan hingga 7oz.
Ini gambar freezer saya terkini.......
Memenuhi setiap ruang sehingga nak bekukan icepack pun takde tempat....

Oh...ya,perkenalkan gadget baru di rumah saya...Deep Freezer khusus untuk EBM saya.

"Ya Allah,permudahkanlah usahaku untuk menyusukan anakku selama mana yang Engkau izinkan dan aku bersyukur setiap limpahan rezeki yang Engkau berikan" Amin.
Wasalam.

Jumaat, 9 Disember 2011

Konvo Tadika Permata Kreatif_2011

Salam,
Gambar-gambar sekitar Majlis Anugerah bagi tahun 2011.Kali ini diadakan di UIAM,Gombak....emmm ada cerita lama berkaitan UIAM ni.Waktu itu saya perlu menghadiri sesi ujian bertulis bagi kenaikan pangkat dan ketika itu saya sedang mengandungkan Firdaus...kiranya ini kali kedua Firdaus ke sini.Saya berdoa dan berharap semoga akan ada peluang ke 3 untuk dia ke sini lagi iaitu untuk melanjutkan pelajaran....amin.
Bergambar bersama ketiga-tiga pengetua Kumpulan Tadika Naluri.
Break sekejap...jom bergambar diluar.Gambar terlalu terang akibat cuaca yang amat panas....
Arissa tersenyum manis sedang kakak Ain tak tahan panas.....
Love this photo....macam model la pulak anak-anak ibu ni........
And I luv this guy.........
Farah Ain memang suka beraksi di hadapan kamera dan ini salah satu darinya.............
Persembahan pertama dari Tadika Permata Kreatif....lagu nasyid.Emmm...jenuh mencari Firdaus....rupa-rupanya dok nyorok belakang signboard tu.
Baru le nampak sikit budak pemalu tu...........
Lepas habis ambik 'Ijazah'.......
Firdaus.......menahan debar dan malu...........
Sayu dan sebak melihat langkah Firdaus....tak sabar nak tengok dia masuk sekolah kebangsaan nanti.........


Itu sahaja setakat ini.
Wasalam.

Isnin, 5 Disember 2011

Emmmm.........

Salam,
Mengapa susah sangat nak senangkan hati seorang isteri yang telah bersusah-payah melahirkan anak buatmu?
Penting sangatkah waktu tidurmu itu sehingga tidak berupaya mencari apa yang isteri inginkan?
Sedih dan terasa hati bila dengar....."saya belum tidur lagi ni"...........
Apakah nanti jika isteri ini terlentang sakit dan tidak mampu menguruskan diri sendiri...anda akan beri alasan yang sama?
Tidak sanggup melepaskan waktu tidur dan rehatmu untuk menjaga isteri yang sakit ini...........
Aku cuma sedih kerana belum pernah minta apa-apa selepas melahirkan walaupun telah terputus pelbagai urat dan kehilangan berpain darah......
Semuanya kerana redha untuk anak dan suami...........
Tapi...........

Entah laaaaa............hati ini amat sensitif....sukar untuk digambarkan rasa sedih ini.........

Gelagat Anak-anak.......

Salam,
Memang tak jemu menatap gambar anak-anak sewaktu kecil dan ketika membesar....membuatkan saya kembali rindu ketika mereka baru dilahirkan.Membuatkan saya terfikir-fikir macamana kami nanti bila mereka telah dewasa....bila kami hanya tinggal berdua.....pabila kami berdua akan tinggal di kampung setelah pencen.....pasti saat2 sebegini akan menjadi saat yang amat dihargai.....
Emmm......tak terjangkau fikiran......namun ibu dan ayah sentiasa mendoakan anak-anak akan menjadi anak yang baik di dunia mahupun di akhirat serta berjaya didalam hidup masing-masing.Semoga apa yang dilalui di masa remaja dan dewasa akan menjadi sempadan dan teladan untuk diri kamu dan kamu akan sentiasa bersama walau apa jua yang berlaku.Pada ibu,ikatan kekeluargaan itu adalah segala-galanya melebihi harta kekayaan yang ada didunia ini.
Comel.....
Ketika Firdaus berusia dalam 6 bulan.........
So sweet.....macam ni la ibu mahu....adik-beradik mesti bersama.
Nur Farah Arissa yang comel......
Nur Farah Ain ketika berusia 3 tahun.........
Kakak yang terlalu ambil-berat pasal adik.......
tapi tak boleh dengar orang puji adiknya...mesti dia bengang pastu cepat je nak tepuk adiknya....
3 Farah......semoga 3x ganda kegembiraan saya dan suami juga keluarga.......

Farah-Farah yang memang suka berposing.....

Wahai anak-anak,
Ibu dan ayah cuma dapat mendoakan yang terbaik untuk kalian namun segalanya akan hanya tercapai jika kalian rajin berusaha dan tidak lupa berdoa kepada ALLAH semoga apa yang kamu lakukan akan mendapat keberkatan dan keredhaanNYA.
Wassalam.

Jumaat, 2 Disember 2011

Fikri dah selamat berkhatan........

Salam,

Sabtu 26 November 2011 lalu Fikri telah selamat dikhatankan oleh doktor melalui acara berkhatan anjuran TM untuk kawasan Klang Valley.Seramai 31 anak2 staf TM melalui proses tersebut dengan yang paling muda berusia 5 tahun.......huh kalau Firdaus ni mau nangis,jerit-jerit,meronta-ronta dan macam2 jenis aksi trauma la yang akan berlaku.

Fikri menunggu giliran bersama dengan anak kak Maryati Mahmud......


Bila tengok aksi budak lain dalam bilik tentu la serba-sedikit mengugat kemachoan,kan abg Fikri....:P


Dan,semalam 1hb Disember 2011 alat SMARTKLAMP telah selesai dibuka jadi bebas le sikit rasanya....walaupun cara jalan masih lagi macam baru lepas berkhatan.Jenuh nak suruh dia berjalan biasa tapi tak boleh katanya......Hemmm,cubalah jadi kuat sikit anak ibu ni....kata nak jadi lelaki macho.Lelaki macho kenalah bertahan.....

Apapun selesai sudah misi tahun ini iaitu nak menghatankan Fikri.Harapan saya misi tahun depan akan terlaksana juga iaitu hendak buat akikah untuk kelima-lima anak saya dengan mengorbankan seekor lembu..insyaallah.Senang kalau buat sekaligus namun rezeki itu dari Allah maka jika ada rezeki dengan segera ianya boleh dilaksanakan jika tidak maka saya perlu buat akikah seorang demi seorang anak saya memandangkan Fikri sudahpun berusia 11 tahun pada 2012.Takut tak sempat pulak nanti seblm dia menjadi "dewasa"...heheheheee.

Wassalam.

New edition....few months back..huhuuhuuu

Salam,
Dah mula kerja seminggu lalu tp baru hari ini berkesempatan untuk bercerita pasal kelahiran NUR FARAH AIRIN.Ya itu nama anak saya yang ke 5....huuiii dah 5 dah....dilahirkan pada 21.9.2011.


Airin selepas beberapa minit dilahirkan....dengan beratnya 3.8kg memang le sangat tembam pipinya...


Saya akui memang setiap kali waktu ingin melahirkan adalah saat yang tidak ingin saya ulangi.....tp setiap kali lepas melihat anak yang dilahirkan dengan segera perasaan itu beransur hilang.Selepas menyusukan anak itu,perasaan sayang bertambah-tambah.Selepas melihat anak yang baru berusia beberapa jam itu memandang saya dengan pandangan yang mesra membuatkan saya ingin dia kekal sepertimana dia ketika itu...comel,mulus dan lembut.Betapa bahagianya hati seorang ibu melihat anak yang dilahirkan sebegitu walaupun 2 hari yang lalu mengharungi rasa sakit yang amat sangat.


Saya masih lagi BF Airin dengan harapan akan lebih lama dari Arissa...insyaallah.Stok EBM pun dah penuh 1 freezer...hingga buat saya STRESS...oooppppssss.....itu sangat le bahaya,kan.SAY NO TO STRESS!!!!!! tp memang saya stress setiap kali nak simpan EBM yang dibawa pulang dari pejabat walaupun hanya 2 pek tp tak tahu nak sumbat celah mana sebab dah penuh sesak.Even,ice gel saya yang 6 ketul tu pun saya tak tahu macamana nak bekukan.....so weekend ni saya kena buat operasi membungkus EBM mengikut minggu-minggu dengan harapan freezer akan lebih free..huhuuhuuu.


Lalu,terjadi la adegan rayu-merayu dengan En suami agar dibelikan barang saya yang dah lama saya idamkan..(diantara wishlist2 yang saya dah senaraikan...banyak tau)...drawer freezer.Dan mungkin En suami malas nak layan pujuk rayu saya atau mungkinkah kerana dia malas nak tolong saya organize itu EBM tiap kali freezer penuh so dia setuju le nak belikan itu drawer freezer...tp minggu depan je baru dia pi beli.Ahhhh tak kisah la janji dia beli.....So saya dah susun-atur dah dalam minda saya ni macamana nak susun EBM saya dalam freezer tu nanti....ini yang tak berapa nak syok....ye la dok berangan jek bendanya belum ada lagi........


So kalau ada rezeki saya dan EBM saya tu,maka minggu depan dapat le saya DRAWER FREEZER yang diidamkan........


Wassalam.