Jumaat, 5 Februari 2010

Mesyuarat Selangor Complaint unit di Setapak

Salam,
3hb Februari 2010 pergi ke exchange Setapak untuk sama-sama bermesyuarat mengenai prestasi kerja dan hala-tuju 2010.

Unit Complaint Shah Alam
Unit Complaint Selangor.
Lunch kami selepas mesyuarat adalah di Nelayan Titiwangsa.Ok jugak buffet di sana cuma harga minuman tidak termasuk dalam harga bufet....:-p

Heeeheee,,,,,ini bukanlah menu utama - pengat ubi........seeeedaaapppp.

Ini pun bukan menu utama - ini cuma sampingan (ulam-ulaman)......sedap gak sebab ada budu.....
Saya tak bawa kamera jadi takde la gambar-gambar makanan yang lain.......ini gambar ehsan dari kak Nor Fatimah.
Ok la jumpa lagi......
Wassalam.

Selasa, 2 Februari 2010

Scan day.......

Salam semua,

Hari ini ambil cuti gantian Thaipusam sebab nak pergi buat 3D scan.....Dah lama booked untuk buat scan ni.....ikutkan nak scan diantara 24-28 minggu tapi malang sekali Januari dah fully booked dan yang ada cuma hari ni itupun agak lewat petang..jam 4.Dan hari ini kalau ikut ukuran baby saya dah masuk 30w1d.....kata staff tu ruang dah agak padat sebab baby dah besar.Walaupun agak sedikit kecewa sebab tak dapat lihat muka baby dengan lebih jelas namun saya lebih bersyukur kerana kondesi baby dalam keadaan baik.Itu yang penting sebenarnya.........Bukan nampak tak jelas tapi kaki dan tangan dia naikkan keatas menyebabkan muka dia terlindung lagipun pergerakkan dah terbatas....
Ini diantara gambar yang diambil....dah cuba beberapa mengejutkan baby supaya boleh alihkan tangan dan kaki dari melindungi muka dia tapi dia alih kejap je lepas tu tutup balik....:-P
Maybe dia nak buat suprise.......

Ini pula video....harap takde masalah untuk menontonnya.......

Kalau ikutkan gender dia pun tak begitu dapat dipastikan kerana kakinya diangkat keatas dan terkepit :->....emmmm......suprise lagi?

Kalau takde apa-apa masalah insyaallah dalam tempoh 9 minggu lagi dia akan dilahirkan......

Itu sahaja buat kali ini.Wassalam.