Memaparkan catatan dengan label Permata hati kami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Permata hati kami. Papar semua catatan

Isnin, 9 September 2013

Maaf...........

Hari semalam biarlah tinggal sejarah........
Sekali lagi anakku itu mencabar kesabaranku.......
Fahamilah wahai anakku......adalah menjadi tanggungjawap Ibu menegur kesilapan,tingkahlaku dan tuturkata mu jika ianya tidak betul.Adalah menjadi tanggungjawap Ibu dan Ayah untuk mendidik anak-anak kami dengan didikan yang betul berlandaskan agama Islam.Atau kami akan disoal oleh Allah kelak mengapa kami tidak menjalankan tanggungjawap kami sedangkan Allah telah kurniakan cahayamata kepada kami.
Maafkan Ibu anakku...dari saat kamu dilahirkan sehingga kamu telah menginjak remaja kini.....Maafkan Ibu jika Ibu bukan seperti Ibu yang kamu inginkan...Namun Ibu dan Ayah tidak pernah putus-asa untuk memberikan segala yang terbaik buat anak-anak kami mengikut kemampuan kami.......percayalah.
Apa yang terjadi malam tadi amat Ibu kesalkan...Ibu tidak berniat untuk menolak kamu berulangkali...namun perbuatan kamu benar-benar menguji kesabaran Ibu.Salahkah Ibu menegur kamu untuk mandi dan solat setelah balik dari meraikan hari lahir kawan kamu??Lama benar Ibu lihat kamu menggunakan Twitter kemudian FB kemudian Instagram....sehingga waktu Maghrib hampir tamat....Dan kerana teguran itu kamu campakkan telefon Ibu...Ya..betul telefon iitu tidak rosak....tetapi apakah tingkahlaku kamu itu wajar kepada teguran seorang ibu?
Wahai anakku Nur Farah Ain binti Basima Suryati,ampun dan maafkan Ibu jika teguran Ibu untuk kebaikan kamu tidak boleh kamu terima.Maafkan Ibu atas sikap kasar Ibu setiap kali kamu mencabar perasaan Ibu.Maafkan Ibu kerana tidak dapat memberi segala kemewahan yang kamu impikan.Ibu redha dengan segala dugaan yang Allah berikan...Ibu redha jika suatu hari nanti kamu akan lupakan kami sebagai Ibu dan Ayah....jika itulah yang tersurat dari Illahi.





Rabu, 21 Ogos 2013

Buat hal lagi...

Assalamualaikum,

Hari ini Encik Muhammad Firdaus buat hal lagi......Tak nak pergi sekolah lagi.....Mengantuk lagi padahal dia yang tidur paling awal semalam.....Abang Fikri balik dari tuisyen dia dah tidur....Dah lah ibu tak sempat bersahur....itu satu hal lagi....pastu layan kamu buat perangai pulak.....
Dah pesan dengan abang Fikri "Lepas guna hp ibu tu letak dalam bilik ibu...esok ibu nak bangun sahur susah...jam loceng takde...lagipun nak kena charge sbb bateri dah sikit..." ye la ,abang Fikri jawap.Alhamdullilah, ibu tersedar dari tidur jam 5.45am tapi tak sempat nak teguk air sebab dok sibuk cari hp...rupa-rupanya abang Fikri nyorok bawah bantal dia dan SILENT pulak tu....angin satu badan ibu.
Lepas tu kejut abang Fikri dengan kakak Ain dah lah susah...van sekolah sampai 6.20am tapi kul 6am masih belum bangun lagi walaupun ibu dah kejut berapa kali.....abang Fikri tu ok lagi 2-3 kali kejut dah bangun...kakak Ain kamu yang susah ya amat.......Dia yang paling lambat siap susah nak bangun awal.....huhuhuuu....bertambah la tension ibu.Alhamdullilah,Airin dan Arissa masih tidur jadi sempat la ibu solat dulu.
Dan akhirnya kakak Ain ditinggalkan van sekolah untuk SEKIAN KALINYA.Memang dalam hati nak hantar kakak Ain pi sekolah tapi bila kamu buat perangai dan jam pun dah kul 7am....ibu terpaksa batalkan niat tu....kesian kakak Ain....

Ni budak yang sentiasa menguji kesabaran ibu....tak tau dia nak tayang apa dengan tak berbaju tu....











Semoga anak-anak ibu akan menjadi anak-anak yang berjaya dunia dan akhirat.....amin.

Wassalam.

Selasa, 20 Ogos 2013

Cabaran.....

Assalamualaikum.....

Satu cabaran...(ye ke 1..hurmmm)...apabila anak2 perlu ke sekolah selepas cuti panjang....kadang-kadang lepas cuti hujung minggu pun susah inikan pulak cuti 2 minggu.Yang paling mencabar kesabaran apabila dah sampai sekolah buat hal pulak tak nak masuk sekolah.
Hai Encik Muhammad Firdaus...kalaulah ibumu ini tidak berperasaan tentu dah ibu tinggalkan kamu di depan pintu pagar sekolah semalam tanpa memandang kebelakang.Tapi bersyukurlah kamu kerana ibu kamu ini masih mempunyai perasaan keibuan....kasih sayang berpanjangan tanpa  mengira apa jenis perangai pun yang kamu tunjuk hampir setiap jam hampir setiap hari....letih.Kadang rasa lebih baik ibu layan Arissa atau Airin daripada melayan rajuk kamu yang tak tentu pasal.
Sikit-sikit nak salahkan ibu...ibu la...tu la ibu....semua salah ibu...Apa kamu tu tak salah ke,Muhammad Firdaus?Memanglah kamu baru berusia 8 tahun...masih kanak-kanak tapi apa yang ibu cakap dan nasihat pada kamu amat mudah difahami.Kamu kata kamu akan hanya ke sekolah kalau ibu bagi kamu menonton hingga lewat malam...baik...malam tadi ibu izinkan tapi tengoklah,pagi ini bila ibu kejut untuk ke sekolah kamu kata kamu mengantuk.Siapa yang suruh kamu tidur lewat?Kamu kata ibu yang suruh...........arrgghhhh.Lepas tu kamu buat pulak alasan sebab ibu tak bagi kamu main kat bawah malam tadi....hey...kamu tahu tak ibu kamu ini seorang ibu yang bertanggungjawap.Hanya ibu yang bertanggungjawap sahaja tidak akan membenarkan anak-anaknya merayap malam-malam buta.Kamu nak main bunga api.....pergi sekolah tak nak....asyik nak main je.Esok-esok kalau tak berjaya..ibu jugak yang kamu salahkan......Yang ibu tak faham kenapa kamu susah nak terima nasihat ibu....
Harapnya hari ini tiada masalah untuk Muhammad Firdaus pergi ke sekolah.
Setiap kali kamu buat perangai...ibu cuba nasihat dan slow talk dgn kamu tapi langsung kamu tak boleh terima.....hah bila dah tak dengar tu...hanger la jawapnya.Tapi,tahukah anak-anak betapa hancur dan remuk hati ibu jika ibu terpaksa gunakan kekerasan untuk mengajar anak-anak.....setiap kali ibu rotan anak-anak setiap kali itu juga ibu menangis mengenangkan.Kalaulah anak2 ibu menurut kata dan menghormati ibu dan ayah tentu ibu lebih ceria....tentu ibu boleh tersenyum sepanjang masa memandang anak2.Bila setiap hari hati ibu didera dengan perangai anak2...semakin kuranglah rasa ceria ibu....ibu sedih ayah sedih.....
Namun,ibu redha dengan anak2 ibu dan sentiasa mendoakan agar anak2 ibu akan lembut hati terhadap kedua ibu dan ayah...agar lembut hati mengerjakan solat....agar lembut hati dengan agama Allah.

Amin.

Selasa, 13 Ogos 2013

Puasa sunat Syawal

Wahai anak-anak yang Ibu cintai,

Semalam aku mula berpuasa ganti...cadangnya ingin menghabiskan 5 hari yg telah ditinggalkan dalam bulan Ramadan lalu dengan segera agar aku berpeluang menunaikan puasa 6 atau sunat Syawal,InsyaAllah.
Oleh kerana anakku Muhammad Fikri masih bercuti sekolah...dia merasa hairan kenapa aku berpuasa ganti sedangkan aku selalu berbuka puasa sama ketika Ramadan.Pada pendapatnya jika orang tidak berpuasa tidak boleh berbuka bersama yang lain.Tergelak sekejap bila dengar kata-katanya...aku jelaskan Ibu bukan Muhammad Firdaus yang bila tidak berpuasa makan seperti hari biasa..kejap-kejap nak air...kejap-kejap nak makan.Oleh kerana Ibu hanya makan ketika sahur dan tidak makan apa-apa sepanjang waktu kecuali minum tentulah Ibu boleh berbuka bersama.Namun Muhammad Fikri masih tidak berpuashati malahan beliau pelik kerana tidak pernah nampak aku minum...bila masa Ibu minum?Aku jelaskan bukankah kita tidak boleh makan dan minum dihadapan orang yang berpuasa sebagai tanda menghormati bulan Ramadan.Kenapa Ibu berpuasa ganti..kenapa Ibu tidak boleh puasa?Aku jelaskan lagi bahawa itulah ISTIMEWAnya wanita itu dimana ALLAH memberinya cuti tetapi perlu diganti.Jika datang bulan ketika Ramadan puasa perlu diganti pada hari-hari yang dibolehkan berpuasa.Ibu berpuasa ganti sekarang kerana Ibu ingin sambung berpuasa sunat Syawal atau puasa 6.
Muhammad Fikri hairan mengapa aku sibuk-sibuk ingin berpuasa sunat Syawal.Sunat saja,kan kata beliau.Aku pun bertanya,solat Tarawikh juga sunat tetapi mengapa umat Islam berebut-rebut melakukannya?Umat Islam sibuk melakukannya kerana ganjaran yang diterima begitu juga dengan puasa 6 Syawal....ianya adalah perbuatan sunat yang amat besar pahalanya.
Dan sebagai panduan kepada Muhammad Fikri dan anak-anak yang lain:

DALIL PUASA SUNAT ENAM SYAWAL

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata:


Rasulullah saw bersabda:


Maksudnya:


“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”


[Muslim no: 1164]


Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.


 Para ulama‟ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut, kerana setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.


Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari.


Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.


Picture1


HUKUM PUASA ENAM SYAWAL


a. Hukumnya adalah sunat.


Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam alSyafi‟e, Imam Ahmad, Daud dan ulama‟ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).


b. Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh.


Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]


BILAKAH DIMULAKAN PUASA SUNAT ENAM SYAWAL ?


Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal.


Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut.


Abu Hurairah ra berkata:


Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil)


Adha.” [Al-Bukhari no: 1991].


pes


BAGAIMANA MELAKSANAKAN PUASA SUNAT ENAM SYAWAL ?


Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti


puasa wajib pada bulan Ramadhan.


Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama ialah:


1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?


Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal.


Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya.


Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.


Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:


Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Ali Imran:133]

Isnin, 12 Ogos 2013

UPSR 2013

Salam semua,

Tahun ini giliran Muhammad Fikri pula...10 September 2013 tarikh bermula perjuangan beliau.Sebagai seorang Ibu tentulah besar harapanku untuk melihat dia mendapat paling kurang pun 3A.....namun semuanya bergantung pada diri Muhammad Fikri sendiri.Kata-kata semangat dan panduan telah kami sediakan hanya terserah pada beliau untuk gunapakai apa yang telah diberikan.
Hanya pada Allah sahaja harapan itu ku panjatkan.Aku juga selalu mohon agar dilembutkan hati Muhammad Fikri untuk rajin bersolat.Usaha tanpa berdoa kepada Allah adalah sombong dan berdoa tanpa usaha adalah bodoh.Maka solatlah anak-anakku kerana hanya dengan redha Allah kejayaan akan engkau perolehi.
Bila dengar kejayaan anak-anak orang lain,aku sedikit terasa.Apa kurangnya aku dan ayahnya yang selalu memberi perangsang dari segi kata-kata dan nasihat malahan ayahnya sanggup membeli pelbagai jenis buku bagi memudah Muhammad Fikri mengulangkaji.Tidak cukup dengan itu,beliau telah dihantar tuisyen sejak tahun 5.Muhammad Fikri bukan bodoh..begitu juga dengan anak-anakku yang lain.Semasa di tahun 1 dan 2 dia sering mendapat keputusan yang cemerlang begitu juga tahun 3.Tetapi bila masuk tahun 4,dia mula malas...mula asyik bermain bola.Kalau beliau bodoh tentu tidak masuk kelas harapan UPSR 5A.Bila baca memo itu dari sekolah..hatiku berbunga-bunga...macam gadis mendapat surat cinta yang pertama.
Tapi,bila kukenangkan cara beliau belajar,hatiku terus gundah...terus takut...Macamana kalau beliau tidak mencapai target yang ditetapkan oleh sekolah?Macamana kalau nanti beliau akan diturunkan ke kelas yang kurang menjadi harapan sekolah?
Memang harapan yang kami letakkan itu berat untuk dipikul namun kalau beliau rajin membaca aku pasti segalanya mudah bagi beliau.Aku ingin beliau menjadi contoh yang baik kepada adik-adik terutama Nur Farah Ain kerana tahun depan giliran Ain pula.

Ya ALLAH yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani,permudahkan bagi Muhammad Fikri bin Azelin dalam menghadapi UPSR nanti.Amin.

Wassalam,
12/08/2013.

Isnin, 5 Ogos 2013

Aidilfitri 2013

Salam,

Aidilfitri datang lagi dan alhamdullilah aku masih berkesempatan menjalankan ibadah puasa pada tahun ini.Masih belum dapat melakukan solat tarawikh kerana Arissa dan Airin belum boleh ditinggalkan.Berusaha menjaga solat sepanjang bulan Ramadan ini semoga berkekalan.
Cuba menjaga hubungan dengan anak-anak agar kami sentiasa gembira bersama.Namun,biasalah bila punya anak-anak yang semakin meningkat remaja...kerenah dan tutur-kata yg dilontarkan  pada ibu dan ayah selalunya mengikut perasaan.
Kadangkala cuma memahami hati dan perasaan anak-anak..selalu cuba memenuhi kehendak anak-anak...selalu cuba untuk mengambil hati anak-anak namun seringkali juga aku bertanya sendiri siapa pula yang sudi menjaga hati dan perasaanku sebagai IBU.Aku cuba lemparkan perasaan itu jauh-jauh dengan mengatakan aku redha dengan segala apa yg Allah telah berikan...kehidupan bersama suami dan anak-anak.
Sesungguhnya aku benar-benar bersyukur dengan apa yg Allah kurniakan terutamanya anak-anak.Memang sunyi jika mereka tiada...lain benar rasanya bila rumah yg selalunya riuh-rendah tiba-tiba sunyi bila anak-anak bercuti di kampung ayahnya.
Seringku sedekahkan Al-Fatihah kepada anak-anak semoga kehidupan mereka berjaya didunia dan akhirat.Semoga segala apa yang mereka usahakan akan mendapat keberkatan dari Allah, Maha Pencipta.
Ya Allah,lembutkanlah hati anak-anakku Muhammad Fikri,Nur Farah Ain,Muhammad Firdaus,Nur Farah Arissa dan Nur Farah Airin agar rajin mengerjakan solat.Lembutkan tuturkata anak-anakku itu kepada kedua ibubapa mereka.Lembutkanlah hati anak-anakku itu agar memahami dan menurut perintahMu,ya Allah.Semoga mereka berada di jalan yg benar.

Selamat menyambut Aidilfitri 1434H kepada semua.

Ibu sayang kalian.

Jumaat, 20 Januari 2012

Semakin membesar....

Salam wahai pembaca,


















Esok bersamaan 21hb Januari 2012,genaplah 4 bulan usia Cik Farah Airin......bermakna tinggal lagi 2 bulan tempoh penting dalam penyusuan ibu buat saya dan Cik Farah Airin.Alhamdullilah juga kerana srok EBM mencukupi sehingga usianya 6 bulan dan kemungkinan lebih dari itu........syukur kepada Allah dengan kurnianya."Ya Allah,semoga engkau permudahkan usahaku untuk menyediakan susu buat anakku selama mana yang Engkau izinkan".
Dan,esok kita pergi cucuk ye Cik Farah Airin buyat-buyat....^_^


Jumpa lagi....insyaAllah.....
Wassalam.

Penat...........

Salam wahai pembaca,
(lukisan pertama dari En Muhd Fikri yang tidak akan saya lupakan.....)















Hari ini saya berjaya menjalankan tanggungjawap yang perlu dipikul apabila ada anak yang susah nak ke sekolah....huhuhuhuuu.Memandangkan hari ini hari Jumaat,saya perlu mengambil En Muhd Firdaus dari taska kemudian hantar ke sekolah....sebab semalam dia beritahu..."cikgu pesan supaya tidak datang awal...cikgu suruh datang pukul 1..."....emmm..."adakah...?"...alasankah?....apapun saya turutkan juga agar dia pergi ke sekolah...
Mungkin Cik Farah Ain dan En Muhd Fikri sedikit jengkil....boleh ke guna perkataan itu?....bila dapat tahu En Muhd Firdaus dihantar ke sekolah yang mana masa diorg dulu bukan jarang-jarang-jarang-jarang malahan tak pernah ibu hantar ke sekolah waktu tengahari....maafkan ibu wahai anak-anak sebab masa itu ibu belum berani bawa kereta (masa tu lesen berusia 4 tahun) dan kita hanya ada sebuah kereta yang sedang digunakan oleh ayah kamu yang tercinta....boleh ke terima "alasan" ibu tu???
Sebenarnya, itu menunjukkan Cik Farah Ain dan En Muhd Fikri adalah anak2 yang bertolenrasi....tidak seperti En Muhd Firdaus yang lebih gemar mengugut merajuk bila kehendak tidak dituruti.Terima kasih kerana sentiasa memahami keadaan ibu yang sibuk utk bersiap ke tempat kerja diwaktu pagi walaupun kalian sehingga kini amat susah untuk dikejutkan kecuali bila nak balik kampung....tak perlu kejut dah boleh bangun sendiri.....namun dalam sekelip mata En Muhd Fikri sudahpun masuk tahun 5...ye ke sekelip mata? Tapi bila teringatkan susah-payah masa dulu dan masa mula-mula anak2 bersekolah memang tidak sangka masa begitu cepat berlalu.........dari bertiga tetiba dah berlima anaknya...:P
Melayan kerenah anak2 memang memenatkan terutama jika saya seorang dirumah...sekrg ini saya melayan 4 jenis perangai yang berbeza sementara menunggu Cik Farah Airin besar dan memiliki perangainya sendiri dan semoga ALLAH sentiasa memelihara hati saya agar tabah,sabar dan kuat melayan kerenah mereka.....kerana pabila mereka telah dewasa dan pergi meninggalkan kami bagi mencapai cita-cita masing-masing pasti ianya akan menjadi kenangan terindah...kan En Suami!
Jumpa lagi........insyaAllah.
Wassalam

Rabu, 18 Januari 2012

Dan sekolah pun bermula.....

Salam wahai pembaca,
Minggu ini adalah minggu ke3 anak-anak bersekolah.....dan sudah 3 minggu jugalah saya  melayan kerenah En Muhammad Firdaus yang kejap-kejap tak nak pergi sekolah.Perghhh.....macam-macam alasan yang direkanya bila saya tanya apasal tak nak pergi sekolah.....Kadang tu rasa macam nak jerit pun ada tapi saya muhasabah diri dengan menyatakan pasti ada kanak-kanak lain yang lebih banyak perangai dari En Muhammad Firdaus saya ini.
4hb-6hb Januari 2012 adalah hari-hari yang sungguh perit bagi ibu dan ayah yang menguruskan anak yang susah ke sekolah.Setiap kali masuk baris utk ke kelas,dengan mata sayu memandang saya  dan En Suami seolah-olah memohon kami jangan tinggalkan dia disitu.....itu belum lagi pegang kaki dan tangan tak bagi balik.......^~^.Sehingga En Suami mengalihkan pandangannya,mungkin tidak mahu rasa sedih melihat anak yang hampir-hampir nak nangis tu.....
Yang pastinya,bangun pagi adalah masalah yang paling utama kami hadapi....sejak dia mula ke taska lagi.Bangun pagi memang satu trauma bagi dia dan terapi suara buat saya....huhuhuhh.Kekadang rasa macam 1 blok boleh dengar dia jerit...."tak nak pergi sekolah...tak nak mandi.....kita nak tidur..." itu belum lagi ayat-ayat cinta yang tidak enak didengar....^~^
Setiap hari kena pujuk untuk bangun pagi...yang mana kadang-kala saya serahkan pada En Suami...tapi memang cara seorang ibu dengan seorang ayah memujuk itu lain dan berbeza kerana akhirnya saya jugak yang berjaya pujuk dia mandi.Belum lagi setiap kali lepas masuk je rumah dah cakap..."Esok kita tak nak pergi sekolah agama..." Ibu pun tanya..."Kenapa?"...."kita rasa tak selesa la..." Ibu tanya lagi.."tak selesa?kenapa?"....."kita takde buku....." dan En Suami pun semak le beg dan jadual sekolah....semua lengkap...(dah la ayah yang kena siapkan beg sekolah....suh dia tengok,apapun tak boleh...)....pelik,buku apa yg takde????.......Hemmm....alasan rupanya....^~^
Pagi tadi masa mandi,En Muhammad Firdaus bagitau....."Kita tak nak pergi sekolah..."Ibu tanya..."Kenapa pulak?"...."Kita takut acik bas tu lambat..." Kenalah ibu ni terangkan satu-satu dan berbagai jenis kalau jika bas tu sampai lambat......syukurlah dia tak sebut lagi.....untuk hari ini le........^-^.
Dan,pagi semalam dia cakap..."Takpelah...hantar kita depan pagar sekolah je..." padahal kelmarinnya nangis-nangis minta Ibu tunggu di sekolah.....Alhamdullilah tapi setiap kali menjelang dia pulang pasti saya ternanti-nanti...apakah alasan dan cerita baru yang akan muncul dari En Muhammad Firdaus...emmmm!
Tunggu je la.......dengan senyuman manis + kelat sikit   ^~^

Selasa, 3 Januari 2012

Imunisasi....

Salam wahai pembaca....
Pada hari Sabtu bersamaan 31.12.2011,saya dan en suami telah membawa Arissa dan Airin bagi mendapatkan imunisasi dimana Arissa akan mendapatkan suntikan terakhir bagi usia 18 bulan dan Airin mendapat suntikan bagi usia 2 bulan.Saya akui memang agak lewat kami membawa mereka berdua utk mendapatkan suntikan mengikut usia yang sepatutnya....ada saja halangan yang datang,anak-anak demam,en suami kerja dan macam-macamlah.
Dan akhirnya pada Sabtu lalu berjaya juga melakukannya walaupun agak segan bila tuan Doktor menegur kenapa lewat...hhehehheee.
Yang bestnya masa timbang Arissa dgn Airin....hanya beza 3 kilo sahaja.Yup...Arissa 10 kilo dan Airin 7 kilo....beratnya kamu Airin oooiiii...Patut le bila ibu dukung penuh dalam tangan.Ahhh! takpelah janji kamu sihat dengan susu ibu ekkk.
Wasalam.

Khamis, 22 Disember 2011

Bila sendirian............

Salam,
Minggu ini kami cuma berempat sahaja dirumah.Fikri,Farah Ain dan Firdaus telah belayar ke kampung Bukit Pekan.Kenapa disana?Sebab sepupu-sepupu mereka yang lain pun berada disana.Dan kebetulan pada 24hb En suami dan adiknya merancang membawa anak-anak ke Lost World of Tambun dan pada 25hb pula ada kenduri kahwin di rumah ibu saudara En suami,maka saya merelakan pemergian mereka ke kampung.Memang le sunyi dan aman sikit dirumah namun saya tak nafikan kadang-kadang kesunyian itu amat menyakitkan apatah lagi jika hanya kami bertiga dirumah...ye la sebab En suami tu masih lagi bekerja tidak kira masa aka kerja shift.Huh....11 tahun dah saya lalui keadaan ini entahlah sampai bila...adakah 11 tahun lagi atau sehingga saya pencen di usia 55 tahun nanti.ENTAHLAH...........
Wahai anak-anak,jika ada waktunya ibu marah atau tidak mampu melayan kamu sepanjang masa bukanlah kerana ibu suka-suka berbuat demikian.Anak2 ibu yang besar haruslah faham bahawa kalian ada adik2 kecil yang lebih perlukan perhatian ketika ini.Itu bukanlah bermakna ibu tidak menyayangi kalian...bukankah kalian BUAH CINTA ibu yang terawal namun ada waktunya ibu tidak mampu membahagikan masa dek kerana keseorangan melayan adik2 kamu itu.Ibu sentiasa cuba memenuhi masa bersama kalian jika ada peluang.....yang pastinya ibu sedia untuk mendengar segala cerita kalian.Harapan ibu janganlah kalian berasa hati jika ibu tidak selalu membelai kalian kerana yang pasti ibu sentiasa menyayangi kalian sepertimana pertama kali ibu melihat kamu ketika dilahirkan.
Salam penuh kasih sayang..................

Selasa, 13 Disember 2011

Bila hati ingin berkata-kata.......

Salam anak-anak ibu,
Ada masanya ibu simpan sahaja keinginan untuk bersuara semata-mata kerana tidak mahu kalian terasa hati,benci ataupun runsing fikiran dek kerana ibu yang asyik membebel ini.Namun,ibu harap kalian boleh fikir semula apa yang ibu katakan pada kalian.Anggaplah apa yang ibu katakan itu sebagai nasihat dan bukannya kerana ibu ingin memarahi....walaupun memang ianya dalam nada marah,maafkan ibu.
Ibu mana yang akan sengaja memarahi anak-anak melainkan ingin membetulkan apa yang salah dan tidak elok dilihat,didengar dan dilakukan.Semuanya sebagai panduan kalian dalam menempuh alam kedewasaan nanti.Inilah masa yang sesuai sebelum kalian menginjak remaja lalu dewasa lantas meninggalkan ibu dan ayah bagi mencapai cita-cita kalian.Doa ibu dan ayah agar kalian akan menjadi anak yang berjaya dalam hidup didunia dan akhirat.Semoga kalian akan terus menjadi anak-anak kami yang baik dan tidak akan lupa pada ibu dan ayah.Besarlah harapan ibu dan ayah untuk melihat kalian berjaya mencapai apa yang kalian impi dan cita-citakan.Janganlah kalian sia-siakan masa muda kalian kerana ianya tidak akan berulang lagi,tidak akan ada waktu untuk kalian membetulkan apa yang telah berlaku dan tidak akan ada peluang lagi untuk kalian berpatah-balik melainkan kalian hanya akan belajar dari kesilapan yang berlaku.Peluang yang ada sekarang ini gunakanlah sebaiknya kerana ibu dan ayah bukan hidup selama-lamanya,berbuat baiklah kepada ibu dan ayah,kepada adik-beradik,kepada keluarga yang lain,kepada mereka yang lebih tua kerana tidak akan rugi jika kita berbuat baik dengan orang lain.
Sentiasalah berbudi-bahasa dan menjaga kesopanan diri kerana ianya cermin hasil didikan ibu dan ayah.Semoga anak-anak akan berjaya dalam hidup....Amin.

Isnin, 12 Disember 2011

Akhirnya............

Salam,
Jumaat bersamaan 9 Disember 2011 saya rasa gembira sangat kerana akhirnya cik Nur Farah Arissa tahu saya ni IBU.Bukanlah selama usianya tu dia tak tahu saya ni ibu dia cuma dia asyik panggil saya emak....heeheheee.....sebab kak Ida yang jaga dia tu bahasakan dirinya EMAK.Walaupun Arissa selalu memanggil saya emak,saya tetap bahasakan diri saya ibu bagi membiasakan dirinya dengan perkataan IBU.Sedih gak bila tanya mana ibu...Arissa seolah-olah tak tahu nak jawap apatah lagi nak sebut perkataan IBU...huhuhuuuu.Bila tengok gambar keluarga pun yang dia tahu AYAH,ABANG,KAKAK dan Arissa tapi IBU dia tak jumpa cari.....:P
Tak mengapalah sayang janji Arissa tahu IBU tetap sayang Arissa lagipun emak ke, ibu ke, mama ke, mommy ke semuanya membawa makna yang sama,kan............

Wasalam

Jumaat, 9 Disember 2011

Konvo Tadika Permata Kreatif_2011

Salam,
Gambar-gambar sekitar Majlis Anugerah bagi tahun 2011.Kali ini diadakan di UIAM,Gombak....emmm ada cerita lama berkaitan UIAM ni.Waktu itu saya perlu menghadiri sesi ujian bertulis bagi kenaikan pangkat dan ketika itu saya sedang mengandungkan Firdaus...kiranya ini kali kedua Firdaus ke sini.Saya berdoa dan berharap semoga akan ada peluang ke 3 untuk dia ke sini lagi iaitu untuk melanjutkan pelajaran....amin.
Bergambar bersama ketiga-tiga pengetua Kumpulan Tadika Naluri.
Break sekejap...jom bergambar diluar.Gambar terlalu terang akibat cuaca yang amat panas....
Arissa tersenyum manis sedang kakak Ain tak tahan panas.....
Love this photo....macam model la pulak anak-anak ibu ni........
And I luv this guy.........
Farah Ain memang suka beraksi di hadapan kamera dan ini salah satu darinya.............
Persembahan pertama dari Tadika Permata Kreatif....lagu nasyid.Emmm...jenuh mencari Firdaus....rupa-rupanya dok nyorok belakang signboard tu.
Baru le nampak sikit budak pemalu tu...........
Lepas habis ambik 'Ijazah'.......
Firdaus.......menahan debar dan malu...........
Sayu dan sebak melihat langkah Firdaus....tak sabar nak tengok dia masuk sekolah kebangsaan nanti.........


Itu sahaja setakat ini.
Wasalam.

Isnin, 5 Disember 2011

Gelagat Anak-anak.......

Salam,
Memang tak jemu menatap gambar anak-anak sewaktu kecil dan ketika membesar....membuatkan saya kembali rindu ketika mereka baru dilahirkan.Membuatkan saya terfikir-fikir macamana kami nanti bila mereka telah dewasa....bila kami hanya tinggal berdua.....pabila kami berdua akan tinggal di kampung setelah pencen.....pasti saat2 sebegini akan menjadi saat yang amat dihargai.....
Emmm......tak terjangkau fikiran......namun ibu dan ayah sentiasa mendoakan anak-anak akan menjadi anak yang baik di dunia mahupun di akhirat serta berjaya didalam hidup masing-masing.Semoga apa yang dilalui di masa remaja dan dewasa akan menjadi sempadan dan teladan untuk diri kamu dan kamu akan sentiasa bersama walau apa jua yang berlaku.Pada ibu,ikatan kekeluargaan itu adalah segala-galanya melebihi harta kekayaan yang ada didunia ini.
Comel.....
Ketika Firdaus berusia dalam 6 bulan.........
So sweet.....macam ni la ibu mahu....adik-beradik mesti bersama.
Nur Farah Arissa yang comel......
Nur Farah Ain ketika berusia 3 tahun.........
Kakak yang terlalu ambil-berat pasal adik.......
tapi tak boleh dengar orang puji adiknya...mesti dia bengang pastu cepat je nak tepuk adiknya....
3 Farah......semoga 3x ganda kegembiraan saya dan suami juga keluarga.......

Farah-Farah yang memang suka berposing.....

Wahai anak-anak,
Ibu dan ayah cuma dapat mendoakan yang terbaik untuk kalian namun segalanya akan hanya tercapai jika kalian rajin berusaha dan tidak lupa berdoa kepada ALLAH semoga apa yang kamu lakukan akan mendapat keberkatan dan keredhaanNYA.
Wassalam.

Jumaat, 2 Disember 2011

Fikri dah selamat berkhatan........

Salam,

Sabtu 26 November 2011 lalu Fikri telah selamat dikhatankan oleh doktor melalui acara berkhatan anjuran TM untuk kawasan Klang Valley.Seramai 31 anak2 staf TM melalui proses tersebut dengan yang paling muda berusia 5 tahun.......huh kalau Firdaus ni mau nangis,jerit-jerit,meronta-ronta dan macam2 jenis aksi trauma la yang akan berlaku.

Fikri menunggu giliran bersama dengan anak kak Maryati Mahmud......


Bila tengok aksi budak lain dalam bilik tentu la serba-sedikit mengugat kemachoan,kan abg Fikri....:P


Dan,semalam 1hb Disember 2011 alat SMARTKLAMP telah selesai dibuka jadi bebas le sikit rasanya....walaupun cara jalan masih lagi macam baru lepas berkhatan.Jenuh nak suruh dia berjalan biasa tapi tak boleh katanya......Hemmm,cubalah jadi kuat sikit anak ibu ni....kata nak jadi lelaki macho.Lelaki macho kenalah bertahan.....

Apapun selesai sudah misi tahun ini iaitu nak menghatankan Fikri.Harapan saya misi tahun depan akan terlaksana juga iaitu hendak buat akikah untuk kelima-lima anak saya dengan mengorbankan seekor lembu..insyaallah.Senang kalau buat sekaligus namun rezeki itu dari Allah maka jika ada rezeki dengan segera ianya boleh dilaksanakan jika tidak maka saya perlu buat akikah seorang demi seorang anak saya memandangkan Fikri sudahpun berusia 11 tahun pada 2012.Takut tak sempat pulak nanti seblm dia menjadi "dewasa"...heheheheee.

Wassalam.

Selasa, 13 September 2011

Minggu 38.......

Assalam,


Esok check-up lagi di PPUM untuk minggu ke 38.....Kemalasan untuk bekerja akibat penat dah lama ada tapi tidak pernah berani nak minta MC dari doktor....cukup sekadar time-slip...huhuhuhuhuuu.


Alhamdullilah,setakat minggu ke 38 ni BP masih di tahap selamat..emmmm.....risau masa nak bersalin kalau-kalau tetiba BP naik mendadak lak.Tak tahu sebab apa .....adakah kerana saya minum Hi-Goat sewaktu awal kehamilan?Tapi kalau baca mmg Hi-Goat boleh mengawal tahap BP kita.......tapi saya cuma sempat minum 1 kotak je sebab dealernya dah pindah tempat lain dan malas lak nak order secara on-line.....tak terdesak kata hati.......En Suami kata cubalah selawat ke doa ke.....sebab bila tiba nak check BP je mesti saya nerves..hehhehee.Entah...tak tahu kenapa......


Setakat ini memang sering berlaku kontraksi palsu (Braxton Hicks)....dah mula rasa sejak minggu 34.Tapi oleh kerana namapun palsu takde la saya risau sangat lagipun ini kandungan ke 5 so serba sedikit dah tahu apa yang patut berlaku kalau dah dekat nak bersalin.Cuma saya harap biar la tanda yang keluar tu sama macam masa saya nak bersalinkan Farah Ain.....sakit dari jam 1am untuk tempoh berselang 15 minit dimana tanda darah keluar pada jam 5am.....ketika itu sakit dah berselang 10-5 minit.Dihantar ke HKL pada ketika azan subuh oleh Umi (babysitter Fikri di Tmn Melati) dan bersalin dalam jam 7am hari yang sama dan En Suami siap tunggu disana sebab kerja shift malam.......lega.Dan besarlah harapan saya agar kali ini En Suami ada di rumah....tak nak menyusahkan orang lain.Cuma bilakah masanya?


Dan, sesekali rasa kebas dan krem di kawasan pinggang dan belakang badan berlaku...memang menyiksakan terutama ketika saya memandu......Itu juga salah satu punca mengapa saya rasa macam malas nak kerja.......T_T.Masih memandu diwaktu ini?...huhuhuuhuu sedey kan......tu la En Suami kerja jauh sangat,kerja shift pulak dan out of the way untuk ke tempat kerja saya.Jadi,saya memang5x ambik kesempatan bila OFF DAY dia, suruh dia hantar pi kerja......Thank you sayang sebab sedia berkhidmat tanpa banyak persoalan (...ye ke????).


Cuma harap En Suami boleh ubah rasa keperihatinan En Suami memandangkan ini adalah anak yang ke 5....takkan masih nak main game kat HP ketika melawat isteri bersalin???Takkan apa2 keperluan isteri masih perlu dijelaskan dan diminta sedangkan ini adalah kelahiran ke5 sedangkan sepatutnya En Suami dah sediamaklum apa yang diperlukan....(dengan nada kecewa sikit...).


Tolong ye En Suami............




Wassalam..............

Khamis, 11 Ogos 2011

Keputusan check-up..........

Salam,
Selesai sudah janjitemu di PPUM untuk hari ini pada jam 11am tadi.....Alhamdullilah kerana tekanan darah tidak tinggi (walaupun hampir border....135/83...huhuhuhuuhuu),berat pun tidak ada banyak beza dengan check-up 2 minggu lepas....+_ 78kg......Yang penting denyut jantung baby ok.Penat juga la travelling ke PPUM dalam bulan Ramadan ni......dan miss lak nak makan waffle kat situ.Emmm....macam tak boleh cari tempat lain,kan.Tapi tahun lepas masa check-up mesti beli punya....takkan lupa.
Next appointment ialah pada 15 Ogos 2011 untuk scan dan 25 Ogos 2011 untuk jumpa doktor....pastu minggu depannya cuti raya seminggu.....yehuuuu..........
Semoga sentiasa sihat dan beringat masa makan rendang nanti....kena kawal sikit makan rendang sebab pas raya mesti ada appointment so sebelum tekanan darah naik semasa check-up baik saya kawal pemakanan saya.....boleh ke????
Tunggu cerita scan nanti yek...........
(Rasanya baby ni yang paling banyak scan....)
1.scan untuk memastikan kedudukan baby
2.scan lagi utk lihat jantung baby
3.scan 3D
4.scan untuk dapatkan tarikh sebenar bersalin
5.doktor PPUM nak tengok keadaan baby.....ini 15hb nanti....

Jumpa lagi...........

Rabu, 10 Ogos 2011

Check-up di PPUM

Salam,


"Haiiiii....rasa macam baru jek datang sini buat check-up"...itu kata2 En Suami semasa menghantar saya untuk booking appointment date di PPUM pada hari Selasa lepas.Huhuhu.....nak tergelak pun ada,takut pun ada.......

Memang la baru cik abang sayang ooiiii......tahun lepas bulan April saya baru je check-out dari sini dan kini lagi sekali kena check-in.Huh sedey............walaupun takut (sebab sepatutnya kena pegi buat blood test lepas bersalin Arissa tp saya tak pegi :p),saya rasa seronok sebab saya akan mendapat BABY.......siapa yang tidak seronok bila nak dapat baby,kan!Dan,saya pun selalu juga tanamkan dalam hati bahawa saya telah berusaha untuk mengelak dari mengandung tapi rezeki Allah nak beri kenalah redha dan bersyukur.Terima dia dengan rasa gembira supaya tempoh 9 bulan kandungan dilalui dengan rasa seronok dan senang.

Esok,Khamis 11.8.11 kena terus pergi PPUM untuk check-up seterusnya kerana kandungan telah masuk 8 bulan.....kejap je,kan.......Kalau ikutkan kena check-up pada 25.8.11 tapi bila jururawat tu tengok rekod bersalin dimana saya telah bersalin secara pembedahan sebelum ini,dia minta saya datang pada 11hb.Saya benar-benar berharap agar kali ini dapat bersalin secara normal......kerana sukar untuk berpantang dan berehat apabila anak-anak dan kerja rumah perlu diuruskan sendiri.Sekurang-kurangnya kalau bersalin normal tempoh untuk pulih lebih cepat....mungkin 1-2 minggu sedangkan kalau c-sec ianya mengambil masa lebih dari 1 bulan dan kalau jahitan dalam mengambil masa 6bulan ke 1 tahun.Letih jugak sebab Arissa masih mahu didukung walaupun dah berjalan sendiri.......nak dukung baby lagi...huhuuhhuu sedih........

Bila keadaan begini berlaku,saya memang benar-benar berharap agar En suami bekerja waktu normal-office hour.Kerana dia pasti ada dirumah pada waktu hujung minggu untuk menjaga anak-anak yang lain..emmmm bukanlah anak-anak yang lain tu perlu dijaga sangat-Fikri 10thn,Ain 9th,Firdaus 6thn dan Arissa 1thn 4 bulan cuma boleh la En suami tolong uruskan makan minum anak2 tu tanpa perlu saya ke dapur.Memang dah lama tak pernah rasa berpantang yang benar-benar makan-tidur-rehat-bersantai-dengan baby sahaja 24jam.Sebab itu kali ini saya bercadang hendak menghantar Firdaus ke tadika walaupun dia terpaksa balik lewat apabila En suami habis kerja jam 8 mlm-2 hari je pun.Hanya waktu anak-anak ke sekolah dan Arissa ke rumah babysitter je lah saya dapat berehat dan relaks......Pengalaman semasa berpantang selepas melahirkan Arissa mengajar saya supaya tidak mengalakkan Firdaus tinggal dirumah sepanjang 2 bulan tu.....penatnya melayan dia apatah lagi saya bersalin secara c-sec.Sakit amat sangat apabila perlu bangun-duduk-bangun-duduk untuk melayan kehendak dia yang kejap2 nak minum,kejap2 nak makan.Sebab itu saya benar-benar berdoa semoga dapat bersalin secara normal kali ini.

Jumpa lagi.......

Jumaat, 29 Julai 2011

Arissa...Arissa...kisah suatu pagi

Salam,

One of those days yang mana Ibu tak tahu nak marah ke atau nak ketawa....???

Ibu sibuk nak siapkan Abang Firdaus dan dia pulak sibuk membancuh krim camomile....huhuhuuuhuuu

Aiyokkk...cape buat ni???

Terkedu bila kena tegur dengan Ibu tapi sempat senyum sebab bergambar punya pasal......