Isnin, 29 Disember 2008

Selamat pagi

Salam,

Bertemu kembali di arena blog.Hari ini bersama 29hb Disember 2008 adalah permulaan bagi tahun baru Islam.........penghijrahan baru akan bermula buat semua umat Islam.Tapi,apakah semuanya mahu dan akan 'berhijrah'?Tepuk dada tanya selera........sebab semuanya bergantung kepada nawaitu seseorang.Tiada siapa yang boleh memaksa dan tiada siapa yang boleh menentukan kecuali diri sendiri.Jika fikir fasal perubahan,banyak perubahan yang telah dilalui sejak dari kecil hingga dewasa dan masing-masing telah merancangkan kehidupan yang ingin dilalui cuma apa yang akan berlaku seterusnya adalah ketentuan Illahi.
Dan,saya sendiri sering merancang perjalanan hidup keluarga kami walau sedar ada waktunya sesuatu yang dirancang itu seringkali tidak kesampaian........merancang masa berkualiti dengan anak-anak dan juga merancang masa depan anak-anak.
Tapi yang pasti kehidupan perlu diteruskan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan