Sabtu, 3 Januari 2009

Alam Persekolahan.......

Salam,
Semalam hantar Farah untuk menjalani orientasi darjah 1.....Macam biasa,semua ibubapa diberi taklimat mengenai aktiviti,perkara yang perlu dipatuhi dan pelbagai lagi maklumat yang perlu diketahui oleh ibubapa dan juga para pelajar baru.
Tak tahu siapa yang teruja sebenarnya,ibubapa atau anak-anak bila nak masuk sekolah ni.......tapi memang seronok sebab itu menandakan anak2 kita sudah semakin besar.......Cabaran masa kecil sudah berubah kepada cabaran yg baru samada pada kami sebagai ibubapa dan juga pada anak2 sebagai pelajar.


Farah berlatarbelakang sekolahnya

Sampai je kat sekolah,kami 'terpaksa' lepaskan Farah sebab semua pelajar perlu beratur mengikut kelas yang telah ditetapkan.Dibandingkan tahun lepas,macam tak ramai pulak murid tahun ni.......


Farah di dalam kelas 1 Gigih


Harap prestasi Farah bagus sebab 3 bulan pertama ini semua murid Tahun 1 perlu melalui beberapa peringkat ujian bagi mengenalpasti tahap pengetahuan dan kebolehan dari segi pembacaan,penulisan dan juga pengiraan.Dari keputusan ujian2 tersebut,barulah murid2 akan ditempatkan didalam kelas yang tetap sehingga akhir tahun.Well,that's seem so easy.......tapi tengok abang dia tahun lepas kurang le memberangsangkan........budak lelaki agaknya.Walaupun dia naik 1 kelas tapi keputusan peperiksaan dia seringkali kurang memuaskan,melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku sebab tidak membaca soalan dengan baik......dlm ertikata lain,nak cepat siap......:P

Sesi mewarna

Lepas dah siap mewarna dan selesai membayar yuran sekolah,Farah dibenarkan balik......sekejap je.Bila tanya seronok ke sekolah........seronok.Tapi tak tahu le nanti,kan..........Itu belum pegi sekolah agama lagi......hari Isnin Farah kena pergi 2 sekolah,pagi sekolah kebangsaan dan petang pergi sekolah agama.

That's all for now....jumpa lagi insyaallah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan