Sabtu, 10 Januari 2009

Kebebasan......

Salam,
Bebas......merdeka.....itu yang rakyat inginkan.Apa hak sesebuah negara untuk merampas kebebasan dan kebahagiaan rakyat negara lain?Apa perlunya peperangan sekarang ini,di zaman millenium ini?Membesar dalam keadaan merdeka tentulah berbeza dibandingkan sebelum merdeka dan saya pasti rakyat Palestin tua mahupun muda masing-masing inginkan suasana bebas......bukankah kita sudah berada di tahun 2009? Dimana sepatutnya setiap negara sudah bebas dari penjajahan.Atau mungkinkah mereka tidak akan merasa kemerdekaan hingga akhir hayat.........

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." - surah Al-A'raf ayat 167

Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti. Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.

Dan kita sebagai rakyat Malaysia akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saudara Islam di Palestin.......insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan