Jumaat, 9 Januari 2009

Peperangan.........

Salam,
Kita- anak2 yang lahir selepas kemerdekaan dan hidup dalam kesenangan pasti tidak dapat membayangkan bagaimana suasana keperitan,ketakutan dan huru-hara suatu peperangan itu.......dan apabila melihat suasana peperangan di Gaza,Palestin sekarang ini menyebabkan hati dan diri ini turut merasa ketakutan.Takut kalau dan bagaimana jika peperangan itu melanda Malaysia....takut akan kehilangan kaum keluarga dalam keadaan begitu.....Subhanallah.

Tak terbayangkan bagaimana perasaan ini mampu menghadapinya.....hanya berserah pada Allah atas ujianNya ini.

Apa yang kita boleh buat selain dari berdoa kerana 'kuasa' kita tidak mampu menahan gelodak jahat jiwa Yahudi.Apakah mereka tidak sedar bahawa mereka juga ada keluarga......

Kematian itu adalah sesuatu yang pasti dan tidak dapat kita elakkan tetapi pastinya semua manusia tidak mahu kehilangan yang tersayang atas sebab kerakusan manusia lain........Ya Allah,besar sungguh ujianMu ini.....Sesungguhnya kami sering lupa akan kebesaranMu,mungkinkah ini tanda Engkau murka.......ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah sesungguhNya Engkau Maha Pengampun.........
Mereka yang melakukan kekejaman ini sesungguhnya akan dilaknati Allah.........bukankah itu janjiMu ya Allah.......
Berilah kekuatan pada mereka yang dianiaya ini..........
PadaMu kami memohon dan padaMu jua tempat kami berdoa........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan