Khamis, 1 Januari 2009

Salam 2009

Salam buat semua pembaca walau dimana saja anda berada........
Semoga sihat disamping keluarga dan apa jua yang sedang dilakukan......Apa jua azam anda semoga ianya akan tercapai pada tahun ini.Hari ni macam biasa sahaja sebab lebih banyak menguruskan hal persekolahan Farah yang akan berorientasi esok hari.Emmm......sekejap je masa berlalu,bila menatap gambar-gambar dia masa kecil rasa macam tak percaya esok dia akan mula bersekolah - darjah 1.Macam tu jugak masa Fikri nak masuk sekolah darjah 1 tahun lepas (2008),sekejap rasanya masa berlalu dan tahun ini dia dah pun masuk darjah 2.Seronok?Tentu lah tapi lebih banyak risau sebenarnya memikirkan bagaimana nak tinggalkan dia di sekolah sementara kami bekerja......macam masa Fikri mula bersekolah dulu.......risau kena tinggal bas sekolah.....risau dia tak dapat jawap periksa........risau dia masuk kelas tercorot......dan macam-macam lagi.Namun,ternyata harapan dan doa pada Illahi membantu kami untuk melalui setahun itu dengan redha dan tawakal.Dan kini,setahun lagi akan tiba untuk menguji kecekalan kami dan ketabahan anak-anak dalam mengharungi waktu persekolahan mereka.
Doa ibu dan ayah semoga kalian berjaya dalam persekolahan dan sentiasa mendengar kata guru......Amin.
Jumpa lagi........insyallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan