Rabu, 7 Januari 2009

Sekolah pun bermula........

Salam,

Hari ini adalah hari ketiga anak-anak mula bersekolah.Saya sendiri pun baru mula bekerja hari ini kerana bercuti selama 2 hari untuk menyelesaikan hal persekolahan.Hari ini juga Farah perlu melalui waktu persekolahannya tanpa kehadiran kami berdua........macamana yek?Selagi dia di sekolah saya tak risau sangat tapi yang saya risau ialah waktu balik sekolah,betul ke dia naik kereta Tok Nab tu.Kalau ikutkan tak de la susah sangat untuk dia mengenali Tok Nab sebab dah kenal, orang yang sama hantar abangnya ke sekolah tahun lepas,lagipun Tok Nab bawa kereta bukan van @ bas warna kuning tu......Tadi dah telefon taska tempat singgah Farah sementara nak ke sekolah agama......rupanya dia dah sampai dan sudahpun siap.Alhamdullilah,kira dah selamat le 1/2 hari ni......Esok macamana pulak?

Jumpa lagi di lain kali,insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan