Khamis, 19 Februari 2009

Apa kes.........(2)

Salam buat semua yang sudi membaca,
Merujuk kepada post yg terdahulu, saya begitu berminat sekali untuk memberi pendapat dan juga pandangan.
Ahmad Hafizal tiada nama sebaliknya Diana Danielle lebih dikenali.
Dan jika dibandingkan alasan yang digunakan oleh Diana dengan Ahmad Hafizal tentulah amat-amat berbeza.......walaupun kedua-duanya perlu bekerja untuk menyara hidup.
Mengikut cerita Ahmad Hafizal,beliau sudahpun berhenti sekolah waktu tingkatan 2 kerana perlu bekerja untuk menyara keluarga dan terputus terus dari alam persekolahan.Dan apabila membaca ceritanya,saya terfikir "Apakah yang menyebabkan pihak pendakwaraya begitu beria-ria ingin menghukumnya".Dan,mengapa beliau tidak boleh diberikan peluang kedua setelah mendengar alasan dan sebab yang diberikan.Mungkin kerana Akta PLKN yang telah ditetapkan sebegitu.........tapi orang yang telah dijatuhkan hukuman mati sekalipun masih boleh membuat rayuan.......pelik,kan.
Apapun kita tunggu pula apa cerita rayuan Diana Danielle dalam kes ini.

Renung-renungkan..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan