Selasa, 17 Februari 2009

Isu semasa

Salam,

Hampir sebulan tidak mengisi ruang ini......agak sibuk menguruskan anak-anak.Apa isu yang menarik sekarang ini yek?
Syukur alhamdullilah Gaza sudah di'bebas'kan.....walau tak tahu sampai bila.......dan bila-bila pun Israel Laknatullah itu boleh menyerang Palestin semula........dengan alasan demi mempertahankan tanahair mereka.
Oh ya!Baru-baru ini saya ada dengar satu isu dari sebuah stesen radio.......kisah isteri orang bercinta dengan suami orang.Emmm.......amat sensitif isu ini........amat menggusarkan bagi mereka yang sudah berumahtangga.Kekadang bukan salah pasangan masing-masing apabila si suami atau si isteri mula berpaling pada yang lain tapi lebih kepada perasaan yang tidak boleh dikawal.Sangka kita si isteri sudah cukup baik dan cantik tetapi rupanya ada yang lebih 'menarik' dari yang di rumah.Semua itu kerana nafsu.......Kalau ikutkan semua manusia ada keinginan namun manusia itu sendiri juga sepatutnya tahu membataskan keinginan mereka.......Tahu laluan mana yang patut dan yang betul.......

Sampai jumpa lagi.......fikir-fikirkanlah.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan