Isnin, 16 November 2009

An evening with Tun Sri Siti Hasmah.......

Salam,
Saya jarang sekali menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Tiaranita - kelab Isteri dan anggota wanita TM.Tapi bila baca sahaja email yang dihantar kali ini saya terus mendaftar untuk menghadirinya.Tidak pernah menemui beliau secara dekat dan apabila peluang itu tiba ianya sesuatu yang istimewa buat saya....bukanlah kerana memuja atau menyanjung tetapi kerana kagum dengan kredibilit WANIT A ini.Dan mungkin juga ini akan menjadi catitan sejarah hidup saya jika selepas ini mungkin tidak ada lagi peluang sebegini.Majlis diadakan pada 14hb November 2009 bermula jam 2.45pm di Legend Hotel,KL.

Kerana terlalu asyik memerhatikan langkah beliau masuk ke dlm dewan,saya lupa untuk mengambil gambar.Bila dah hampir baru teringat saya ada bawa kamera......dapat la juga snap walaupun sipi-sipi jek!
Acara dimulakan dengan DOA oleh Pn Megawati kemudian ucapan aluan oleh Pengerusi Tiaranita-Datin Sharifah Aamenah.
Ucapan dan cerita digabung bersama kerana Tun Sri Siti diminta menceritakan perjalanan dan pengalaman sepanjang kehidupan beliau.Tidak bosan mendengar cerita beliau kerana diselang-seli dengan cerita yang lucu.....

Acara diserikan dengan kehadiran penyanyi Noryn Aziz-suaranya yang bernada besar amat sesuai dengan lagu-lagu yang dibawa.Bukan nak promote tapi itu kenyataan yang diakui oleh kebanyakkan yang hadir.....kira macam dia amat sesuai dengan acara-acara sebegini....Terpaksa menyelit-nyelit untuk mengambil gambar Noryn sebab masing-masing mengambil peluang apabila dia turun dari pentas.
Menu pada petang itu biasa sahaja - Hi-tea biasa la kan.Ini adalah diantara desert yang disediakan.Sebenarnya saya ambil spaghetti sebelum tu tapi lupa nak snap sebab dah lapar...heehehee.Tapi kalau makan bufet ni memang tak boleh ambik banyak-banyak....cepat kenyang.Ambik banyak jenis tapi dalam kuantiti sedikit ok la......janji dapat rasa semua.......kalau tak habis lagi le.....

Ini pula Kueh Tiaw goreng.......boleh dikatakan sedap juga..........
Ok la saya akan masukkan gambar lagi dientri lain.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan