Khamis, 5 November 2009

Kecanggihan teknologi baru....HSBB

Salam,
Hari ni saya telah menghadiri satu taklimat mengenai HSBB yang mana umum pasti sudah tahu ianya bakal dilaksanakan oleh TM dan akan dilancarkan pada 29 Mac'10 jika tiada apa-apa halangan.Pada saya, ianya satu usaha dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan yang telah sedia diberikan oleh TM yang perlu kita lihat adalah "the outcome" nya nanti.........
Citer pasal HSBB, dikatakan unit tempat saya bertugas ini juga akan terlibat dalam perubahan sistem kerja yang diguna sekarang ini......kemungkinan sistem baru itu akan segera kami praktikkan memandangkan user trial akan mula menggunakan HSBB peringkat awal pada pertengahan November ini.......dan yang lebih menariknya kemungkinan kami yang terlibat dengan urusan pelanggan akan di'tarik' oleh pihak ibupejabat agar dekat dengan mereka sebagai langkah untuk memudahkan sebarang urusan....emmmm dengan ertikata lain kemungkinan besar saya akan kembali bertugas di Kuala Lumpur.........^-^.......setelah bersusah-payah ingin tinggal hampir dengan rumah terpaksa pula kembali ke tempat asal........^0^.........
Walaupun begitu saya suka sebenarnya bila citer pasal sistem, apatah lagi jika sistem itu sesuatu yang baru yang belum lagi digunakan oleh mana-mana pihak.....kira macam perintis la,kan.Sebab saya suka explore dan mencuba sesuatu yang baru mengenai sistem,sesuatu yang baru pasti merupakan sesuatu yang menarik,kan.
Perkara dan suasana baru tu memang saya nantikan tapi yang berat tu kalau benar-benar kena pindah semua ke Kuala Lumpur.......camno???
Nak kata sedih tidak juga....nak kata seronokpun tidak pasti........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan