Rabu, 18 November 2009

Minggu ini.......

Salam,
Emmmm........dah 5 hari asyik batuk dan selesema,badan pun rasa lemah.Dah tak larat nak pegi ke tandas je sebab asyik nak buang air kecil......ye la dalam keadaan sekarang ni kalau terbatuk atau terbersin asyik nak terbuang air jek........


Minggu ni bayi saya dah berusia 20 minggu.....adalah rasa sedikit 'electric shocking' dan pergerakan yang lain dari biasa.Walaupun masih belum aktif tapi sekurang-kurangnya ada terasa pergerakannya sudah cukup buat saya senang hati sebab kata doktor kalau dah biasa mengandung ibu pasti dapat rasa pergerakan bayi lebih awal dibandingkan ibu yang pertama kali mengandung.Firdaus asyik bertanya baby perempuan ke baby lelaki....bila diberitahu tak tahu lagi cepat2 dia bagitau baby lelaki la........Saya pulak cakap....emmm cukup la ada abang dan Firdaus, bagi la kakak kawan pulak.....dan Firdaus tetap kata baby lelaki.......Anak2 saya pun sibuk dok memilih nama untuk bayi ini...kalau lelaki macam ni namanya...kalau perempuan macam ni namanya....dah pandai nak pilih nama yang sedap didengar bagi mereka....Tapi saya beritahu juga dengan anak2, saya tak mahu beri nama yang panjang berjela kemudian dipendekkan apabila memanggil......emmm apa lagi anak2 pun mula fikir nama yang mudah...janji mula dengan F.Dan,saya sendiri sudah ada menyimpan senarai nama pilihan dan masih perlu dibincangkan dengan suami tercinta.

Mungkin begini la rupanya di usia 20 minggu ni....
Minggu ini adalah minggu terakhir anak2 bersekolah dan kami suami isteri ada merancang untuk membawa anak2 bercuti tapi masih dirahsiakan kerana tak mahu mereka teruja sangat.....bukankah kami sentiasa merahsiakan perancangan kami :-P?Tapi bila suami saya bekerja di Cyberjaya ni agak payah nak berjalan jauh sebab dia masih belum boleh mohon cuti tahunan....masih dalam tempoh percubaan 6 bulan.Apatah lagi bulan Disember ni suami ada final exam untuk semester ini.....jadi kena la rancang percutian dengan baik.Nak bawak anak2 menonton ASTRO BOY pun tak tahu bila sebab waktu asyik tak kena jek........tengok la nanti kalau ada peluang,insyaallah....
Jumpa lagi.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan