Jumaat, 11 Disember 2009

Menyaksikan satu pengorbanan.........

Salam,
Senarai nama peserta korban tahun ini.......Lambat sikit upload sebab gambar disimpan ditempat lain.Acara diadakan pada 28hb November 2009 di kampung suami saya - Bukit Pekan,Kampar.

Walaupun belum mandi tapi Firdaus tak melepaskan peluang untuk melihat acara sembelih diadakan......saya tak bagi pergi sebenarnya risau dia takut dan sibuk nak balik rumah tapi nampaknya dia lagi berani dari yang saya sangkakan.......:-0.Insyallah jika ada rezeki lebih tahun depan nak buat aqiqah untuk Fikri dulu......dia pun dah masuk 9 tahun jadik kena la buat cepat sebelum dia dewasa.....rugi rasanya kalau tak dibuat aqiqah sebab itu adalah satu pengorbanan yang perlu dilakukan oleh ibubapa sebelum anak2 capai usia dewasa mereka.....

Emmm....penat nengok orang lapah lembu kita minum dulu.....mungkin ramai yang tak sempat sarapan memandangkan penyembelihan dibuat awal pagi,banyak jugak lembu yang nak disembelih hari tu.....jadi kena la mula awal-awal pagi-dalam gambar Fikri bersama atok dan Opah Chu.........

Saya tak pernah tengok sendiri acara korban dilakukan.....mungkin risau timbul rasa kasihan dan sedih......memandangkan teringin nak makan hati lembu maka saya tidak pergi menyaksikannya.......Kalau lihat dalam gambar ni ramai gak budak-budak yang menyaksikannya tapi apa perasaan mereka tak tau le pulak.........seronok mungkin sebab setahun sekali boleh menyaksikannya.......

Dan,insyaallah jika ada rezeki yang terlebih lagi nak buat untuk mak saya pula.......sekurang-kurangnya itulah 'pengorbanan' untuk mak yang patut dan perlu saya buat sebagai membalas jasa mak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan