Isnin, 21 Disember 2009

Tahniah pasukan bolasepak MALAYSIA.........

Salam,
Malaysia dapat pingat EMAS setelah 20 tahun!

Emmm.......saya bukanlah fanatik dengan perlawanan atau mana-mana pasukan bolasepak.Tapi suami dan anak-anak lelaki saya(termasuk Firdaus yang berusia 4 tahun) memang tidak pernah lepaskan peluang untuk menonton siaran bolasepak.Firdaus peminat setia CHELSEA walaupun saya tak pasti samada CHELSEA tu bagus atau tidak dan mengapa dia minat dengan CHELSEA.Dan dia juga minat dengan RONALDO - tak kisah la RONALDO tu dalam pasukan mana semuanya dia akan minat janji ada RONALDO........pandai betul.Fikri pula tengok mana yang menang atau yang mendahului yang itu yang dia pilih walaupun pasukan utama yang dia suka MU.Dan suami saya pula minat MU....Tapi bila menonton perlawanan bolasepak minggu lalu saya tumpang seronok sebab ianya penentuan untuk mendapatkan emas.Petang itu suami ambil dari tempat kerja memandangkan mata saya masih kurang baik untuk memandu kereta dan sepanjang perjalanan pulang saya dapati kenderaan lebih banyak dari biasa sedangkan waktu saya balik kerja sama saja macam selalu dan saya terus terfikir betapa hebat penangan EMAS itu........atau mungkin mereka ingin cepat pulang sebab nak balik kampung sebab 18hb kan cuti umum tapi yang pasti dalam radio kebanyakkan pendengar menyampaikan rasa hampa dengan situasi jalan yang menyebabkan mereka lewat sampai ke rumah untuk menonton perlawanan tersebut.........Dan yang buat kami suami isteri nak marah ialah sikap penjaga gol pihak lawan yang seolah-olah banyak membuang masa ......dah tau sakit keluar je la kenapa nak terus beraksi.Saya pasti semua pemain tentu ingin beraksi memandangkan ini perlawanan terakhir dan EMAS adalah ganjarannya namun kenapa nak seksa badan dan mental pemain lain dengan bersikap degil macam tu..........Dan akhirnya keputusan belum tentu berpihak pada anda walaupun anda sanggup menahan sakit meneruskan perjuangkan......Kalau dalam medan perang itu lain lah cerita memang kita takde pilihan kena berjuang berhabis-habisan tapi ini dalam perlawanan bolasepak..........Apapun tahniah buat pasukan Malaysia dan tahniah juga buat pihak lawan kerana berjaya ke peringkat akhir........apa yang penting semua sudah berusaha.....!
Jumpa lagi...

1 ulasan:

  1. setiap perlawanan mereka ada strategy kak ima.. tu sebab keeper hold bola sebab nak buang masa.. dornag nak masa tambahan 30minit lagi selepas berehat.. dorang nak kumpul energy balik..
    tapi aper2 pun Malaysia dah menang kan..

    BalasPadam