Selasa, 5 Januari 2010

Musim persekolahan bermula...

Salam,

Saya masih lagi bercuti hari ini kerana menguruskan waktu persekolahan anak-anak.Minggu pertama persekolahan memang agak payah memandangkan mereka perlu kembali bangun seawal 530am......kasihan tu memang la tetapi itu sebahagian dari rutin harian yang perlu mereka hadapi selagi bernama pelajar.Dan, mungkin dalam minggu ini anak-anak belum lagi rasa penat atau letih sebab aktiviti di sekolah mungkin masih kurang memandangkan persekolahan baru bermula.Tahun ini mudah sikit sebab anak-anak ke sekolah yang sama - pagi sekolah agama dan petang sekolah kebangsaan,balik dan pergi bersama......takde la saya risau sangat fikir tertinggal van sekolah sebab mereka berdua.Lupa pulak nak ambil gambar hari pertama ke sekolah memandangkan tahun ini Fikri dilantik sebagai pengawas.......berapa lama tak tahu lagi tapi harap-harap biarlah hingga ke hujung tahun,atleast.......:-).
Saya tak kisah sebenarnya jika dia bukan seorang pengawas pun sebab pada saya yang penting pelajaran dia meningkat dan aktif dalam aktiviti sekolah.....tahun ini juga saya harap dapat hantar anak-anak ke kelas taekwan-do walaupun Fikri memang amat tidak setuju.....katanya takut tangan sakit masa nak pecahkan kayu......emmm.....saya jelaskan pada dia benda-benda itu semua hanya akan dipelajari selepas beberapa lama mendalami taekwan-do,jadi kita tengok je la nanti macamana,kan....Oh lupa lagi seorang tu pun mula bersekolah tahun ini,kalau ikut tarikh lahir memang baru masuk 4 thn pada 17 Disember lalu namun kalau ikut tahun dah masuk 5 thn. Dia tanya saya dia sekolah darjah berapa-sebab kakak darjah 1 dan abang darjah 2 saya jawap darjah 0 dia macam pelik tapi masih boleh terima....em ada ke darjah 0?...:-P. Lepas uruskan yuran sekolah abang dan kakaknya kami jenguk juga la Firdaus di tadika namun belum ada apa-apa aktiviti sebab cikgu kata ini minggu orientasi.......Insyaallah jika Firdaus dah terima uniform dia saya akan snap gambar dan paparkan disini.
Jumpa lagi.......wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan