Khamis, 18 Mac 2010

Check-up.......

Salam,
Semalam buat check-up lagi dan mengikur perkiraan doktor kandungan saya dah masuk 37 minggu dan 2 hari......Hasil pemeriksaan biasa saja tiada yang negatif setakat ini cuma berat badan saya selalu turun naik bila pergi check-up....namun setakat ini doktor takde pulak komen apa-apa atau mungkin dia tak perasan.....yang selalu doktor check ialah tekanan darah saya yang hampir setiap kali check-up kena buat 2-3 kali untuk mendapatkan tekanan yang stabil.
Dan setiap kali check-up saya akan berjumpa dengan doktor yang berlainan - biasa la hospital kerajaan, ramai doktor - lain la kalau kat klinik biasa doktor yang sama kita jumpa hingga la ke hari kita nak bersalin.Namun pendapat dari doktor yang berlainan ni sama jek - baby saya agak kecil daripada usianya.Well,I'd try to bare in mind - takpe la kecik pun senang nak bersalin dan saya akan bagi makan dan minum secukupnya setelah dia lahir nanti supaya dia akan tembam dan tembun macam abang2 dan kakak dia semasa bayi dulu.......heeeheee ;p.
Cuma harapan saya biarlah dia dilahirkan sihat walafiat sepertimana abang dan kakaknya....
Wassalam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan